Isnin, 30 Mac 2009

Terima kasih ibu bapa

2 hari yang lalu berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18. Mesyuarat berjalan lancar. Terima kasih dan syabas ibu bapa yang hadir. Tapi jauh di sudut hati saya rasa terkilan dengan ketidakhadiran sebahagian ibu bapa. Saya nampak jelas situasi ini, kerana seingat saya ketika saya mengadakan Majlis bersama Ibu bapa murid UPSR 2009, banyak ibu bapa yang hadir boleh dikatakan nampak educated dan berwibawa jika nak dipilih sebagai pemimpin PIBG. Tapi sayangnya sebahagian besar mereka tidak kelihatan pada hari mesyuarat Agung sehingga proses untuk memilih AJK baru saya rasa tiada calon yang benar2 berwibawa. Mungkin inilah sikap orang2 yang lebih berpelajaran, tidak meletakkan diri pada tempat yang sesuai.

Jika begini caranya, hasrat saya untuk melihat PIBG dan sekolah ini berkembang maju mungkin terbantut. Apapun, saya sangat berterima kasih dan menghargai rakan2 ibu bapa yang hadir dan menunggu sehingga tamat majlis. Begitu juga AJK yang terpilih, siapapun kita, marilah kita bekerja keras untuk membangunkan PIBG dan sekolah.

Kepada guru-guru, saya sangat menghargai apa yang telah kita sama-sama lakukan untuk menjayakan majlis mesyuarat agung itu. Semua kita telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik dan berkesan. Jika terdapat kekurangan, itu merupakan ruang dan peluang terbaik untuk kita belajar dan memperbetulkan diri. Jangan 'bebai' tak ketahuan. Ambillah kesempatan untuk membangunkan diri dan sekolah bersama-sama saya yang sentiasa merasakan diri ini masih banyak kelemahan dan kedangkalan ilmu. Justeru, marilah kita melihat kehadapan dengan penuh yakin dan kuat bahawa kita akan bersam-sama di puncak kegemilangan.

Ahad, 22 Mac 2009

SKTI, Where education gets better

Sebagai memulakan suku kedua sesi persekolahan 2009 selepas bercuti seminggu, saya cuba merangsang seluruh warga sekolah dengan satu cogan kata baru untuk sekolah; SK Tunku Ismail, Where education gets better. Matlamat saya adalah untuk mengajak semua warga sekolah menjadikan sekolah ini antara sekolah terbaik untuk mendapatkan pendidikan. Justeru, semua aspek harus diuruskan dengan baik mengikut keperluan pendidikan berasaskan falsafah, kurikulum dan mandat yang dipertanggungjawabkan. Berdasarkan analisis SWOT, saya tidak nampak sebarang alasan mengapa visi ini tidak dapat dicapai. SKTI mempunyai kekuatan dan peluang yang sangat baik ke arah itu. Apa yang perlu, ayuh kita lakukan (Just do it) .

Wpun baru menghabiskan cuti seminggu, guru-guru dilihat sudah bersedia untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ini juga menunjukkan satu potensi yang sangat baik untuk berada dipuncak.

Hari ini berlangsung majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu yang akan berlansung selama 2 minggu. JK program dan Panitia Bahasa Melayu telah membuat persediaan awal dengan program dan aktiviti yang telah disusun. Saya merasa sangat bangga dengan apa yang telah dilakukan. Syabas kepada Pn. Sharani dan rakan2 guru dalam Panitia Bahasa Melayu dan yang turut membantu. Semoga program ini mencapai matlamat dan memberikan impak yang besar kepada perkembangan pembelajaran murid. Sebagai pemimpin, harapan saya semua guru sentiasa melihat kehadapan dengan penuh rasa positif bahawa kita mampu jadi yang terbaik. Kitalah pembela dan pengangkat martabat warga pendidik. Kita harus rasa bangga dan penuh yakin ketika melangkah masuk dan keluar dari halaman SKTI yang kita bangga dan cintai ini. Ikhlasnya, saya sentiasa ingin melihat SKTI sentiasa berubah menjadi lebih baik dan terbaik. Percayalah, kita semua boleh.

Di sebelah petangnya sebahagian guru mengorbankan masa untuk bersama keluarga, hadir mesyuarat JK PIBG untuk membuat persediaan mesyuarat Agung yang akan berlangsung pada Ahad depan. Ini juga satu tanggungjawab yang harus diuruskan sebaik mungkin. Ada guru-guru yang cuba mengelak untuk dilantik sebagai AJK PIBG. Ini lumrah tabiat guru-guru. Saya ingin kongsikan pengalaman dengan rakan2 guru bahawa saya pernah menjadi AJK, Setiausaha, Naib YDP (SK Berapit) dan YDP( SM Teknik, Butterworth). Pada saya pengalaman ini sangat bermakna dan menjadikan kita seorang yang lebih matang, kerana PIBG merupa satu organisasi komuniti yang besar dan mempunyai ahli bukan calang-calang. Hari ini, sebagai pemimpin sekolah, saya ternanti2 rakan2 guru yang hadir kepada saya mohon untuk diberi kesempatan sebagai AJK PIBG dan mencuba melakukan yang terbaik dalam persatuan yang sering kali dilihat sebagai beban kepada guru dan ibu bapa. Namun pada saya, PIBg harus diurus dan dibangunkan dengan baik jika sekolah benar2 berhasrat untuk menjadi sekolah terbaik dan cemerlang. Ibu bapa merupakan tonggak utama yang perlu menyokong dan merangsang warga sekolah untuk sentiasa bergerak dengan lebih kompetatif. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru2 AJK PIBG yang menunjukkan komitmen yang tinggi menjalankan tanggungjawab bagi sesi 2008/2009. Harapan saya juga JK kerja Mesyuarat Agung pada minggu depan dan AJK PIBG yang akan dilantik, akan bersedia menjadi yang terbaik dalam sejarah penubuhan PIBG.

Jumaat, 20 Mac 2009

Persediaan suku kedua sesi persekolahan 2009

Lusa kita akan kembali ke sekolah untuk meneruskan tanggungjawab pada suku kedua sesi 2009. 3 bulan atau suku pertama sesi 2009 sudah berlalu. Seharusnya semua guru dan staf sekolah sudah membuat penilaian tahap pencapaian diri dalam melaksanakan tugasan masing-masing dan merancang penambahbaikan menjelang sesi kedua ini.

Melaksanakan tanggungjawab dengan membuat post mortem terhadap apa yang telah berlalu dan merancang ke hadapan dengan memberi fokus kepada penambahbaikan merupakan satu sikap yang sangat baik. Walaupun sekolah sudah menyediakan takwim dan pelan strategik tahunan, adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan staf untuk menyediakan pelan perancangan kendiri berasaskan tugas masing-masing. Sesungguhnya bekerja dengan cara merancang dan memfokuskan kepada matlamat, visi dan misi sekolah merupakan kaedah terbaik kepada pencapaian kecemerlangan diri, murid dan sekolah. Walaupun kita sudah lama menjadi guru dan boleh dianggap berpengalaman di sekolah, tetapi situasi hari ini memerlukan kebijaksanaan kita untuk bertindak dengan cara yang lebih efisien. Kemudahan teknologi dan sumber yang terkini di sekolah seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya agar kita tidak lagi ketinggalan dan sentiasa signifikan kepada perkembangan dunia hari ini.

Merujuk kepada takwim dan perancangan, kita sebenarnya tidak punya masa untuk bersenang lenang. Setiap minggu kita sentiasa sibuk dan bergerak dengan pelbagai aktiviti. Apa yang saya harapkan, kesibukan dan pergerakan kita ini seharusnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bukan membebankan. Justeru, saya sangat berharap kita sentiasa bersedia mengikut tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan2 guru yang sentiasa peka dengan takwim dan perancangan sekolah dengan bertindak secara proaktif untuk memastikan sekolah sentiasa 'hidup' dengan pembelajaran dan pendidikan.

Selamat kembali ke sekolah.

Rabu, 18 Mac 2009

Sentuhan untuk pelajar UPSR

Hari ini hari kedua saya menjalankan Program Sentuhan pelajar UPSR secara peribadi. Semalam untuk kelas A dan B, dan hari ini untuk kelas C dan D. Program 2 jam bersama saya ini, saya fokuskan kepada usaha membantu para pelajar membina impian, matlamat dan headcount pencapaian mereka menjelang UPSR 2009. Walaupun agak keletihan kerana baru balik dari Majlis Istiadat Konvokesyen ke 11 UPSI, yang saya sendiri menerima Ijazah Sarjana Muda ( Pengurusan Pendidikan ) pada lewat usia begini, tetapi ianya menjadi sebagai tonik untuk diolah dalam bahan perbincangan dengan pelajar. Sebenarnya untuk menceritakan bagaimana membina impian dan matlamat dalam kehidupan, saya banyak menimba pengalaman di luar arus pendidikan. Saya memperolehi perkongsian ilmu dengan rakan bisnes tentang bagaimana mereka bangun dan berjaya membina empayar perniagaan yang besar dan hebat wpun hanya berbekalkan pendidikan asas yang sangat sedikit. Rupa-rupanya untuk menempa kejayaan dalam hidup banyak bergantung kepada kegigihan dan usaha yang luar biasa berasaskan impian yang sangat besar yang dibina dan sentiasa difokuskan itu.

Saya mengajak para pelajar membina impian yang besar ini dengan membayangkan suatu hari pada usia dewasa dan apa yang diingini dalam mengecap kesempurnaan dan kebahagiaan hidup. Berasaskan impian yang sudah dibina, para pelajar dibimbing membina matlamat2 jangka pendek mengikut keperluan semasa, seperti mencapai tahap tertentu dalam ujian dan mencapai kelulusan yang baik dalam UPSR. Dengan pendekatan yang menarik dan bersahaja, para pelajar memahami dengan jelas perkaitan antara matlamat dan impian. Di mana mereka cuba untuk meletakan matlamat yang jelas. Anne Nyler (1990 ) dalam bukunya ” The Seven Step That Spell success” menyatakan bahawa untuk berjaya setiap individu harus mempunyai matlamat yang jelas.

Dalam hal ini, guru-guru harus memberi bimbingan kepada para pelajar untuk menetapkan matlamat yang jelas, terutama matlamat untuk mencapai tahap tertentu ( ETR dalam headcount ) dalam mata pelajaran. Matlamat ini harus diransang dan diusahakan secara bersama oleh guru dan murid dengan petua-petua yang dikemukakan oleh pakar2. Seperti Hary Alder (1994),

Antaranya:
1. Tahu apa yang anda mahu
2. Ambil tindakan ke atas kemahuan itu.
3. Faham kesan dan perubahan yang berlaku hasil tindakan anda lakukan itu
4. Bersedia untuk melakukan perubahan tingkahlaku sehingga anda berjaya mendapat hasil apa yang anda mahukan.

( Sebagahagian isi perkongsian ini, dipetik drp blog sahabat taiformahyidin.blogspot.com. Kaunselor Cemerlang JPN Kelantan )

Pencapaian dan Kejayaan membanggakan

Dua minggu lebih tak update blog ni. Bukan merajuk, tetapi perasaan bercampur baur dengan pelbagai perkara yang datang dan pergi. Sesekali agak tertekan dan bosan dengan perjalanan hidup dan tugas yang dipikul. Apa daya, hidup mesti diteruskan dan tanggungjawab mesti dilaksana sebaik mungkin.

Dalam 2 minggu, berbagai-bagai perkara berlaku di sekolah dan dalam hidup ini. Saya sangat bertuah setiap kali diberi peluang memimpin sesebuah sekolah, masih banyak peluang dan ruang untuk dibuat perubahan ke arah penambahbaikan pendidikan. Yang paling menarik pada saya, adalah kekuatan yang ada pada guru-guru dan staf sekolah. Apa saja yang dirancang dalam takwim sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan dilihat mempunyai ciri2 perubahan ke arah yang lebih baik. Kadang-kadang ia merupakan satu kejutan apabila idea guru-guru begitu hebat dan memberi impak yang sangat baik kepada sekolah. Antara program besar sekolah yang dapat dilaksanakan dengan baik dalam 2 minggu ini ialah, Majlis Anugerah Cemerlang 2008 dan Program Motivasi Diri UPSR 2009. Selain itu, kejayaan-kejayaan yang ditempa murid-murid dalam pertandingan MSS Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan serta aktiviti koakademik juga turut mewarnai perubahan positif sekolah. Pengemblengan tenaga dan kesepakatan guru-guru menampakkan satu kuasa kepada mementum perjalanan perubahan dan pencapaian semasa sekolah.

Saya sangat merasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh semua guru mengikut bidang dan tanggungjawab yang telah dipikul dengan melaksanakan tugas yang baik. Wpun menghadapi kesukaran, halangan dan cabaran, guru-guru begitu tabah mempertahankan maruah diri, pelajar-pelajar dan sekolah seluruhnya. Paling membanggakan kejayaan sekolah melahirkan olahragawan harapan dalam kejohanan olahraga daerah, johan bercerita majlis tadarus al-Quran peringkat Kuala Muda 2, serta berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai JK Kebersihan Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Muda/Yan 2009.

Kejayaan dan perubahan penambahbaikan sekolah turut mendorong saya mengatur langkah dengan penuh semangat ketika menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) di istiadat Konvokesyen ke 11 UPSI pada 16 Mac yang lalu. Pencapaian ini serta kekuatan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sekolah membakar semangat saya untuk turus bekerja keras membangunkan sekolah ini dan dunia pendidikan negara.