Sabtu, 28 Februari 2009

Kreativiti pengubat stres

Dalam kehidupan stres hadir tanpa diduga. Stres berpunca drp kegagalan perjalanan hidup berfungsi dengan baik mengikut yang sepatutnya. Akibatnya berlaku gangguan2 yang menjejaskan kecergasan fizikal, mental dan emosi. Sesetengah orang dapat mengawal dengan baik dan kembali pulih. Namun demikian, stres dan tekanan tetap mengganggu kehidupan, silih berganti.

Pelbagai cara kita boleh mengatasi dan menghilangkan stres. Antara yang sering saya lakukan ialah dengan melahirkan kreativiti dalam tugas. Selalunya idea dan kreativiti yang terhasil membolehkan kita tersenyum puas. Apa lagi, ianya memberi impak yang besar kepada organisasi dan orang lain di sekeliling kita. Buatlah sesuatu yang baru dengan yakin dan berani. Hasilnya, sangat hebat. Saya juga sering menghilangkan stres dan tekanan dengan bersukan. Melalui sukan, banyak sekali manfaat dan kita dapat melepaskan segala tekanan secara profesional. Cubalah dua perkara ini, saya sangat yakin anda akan merasa sesuatu kelainan dalam kehidupan wpun tekanan dan stres sentiasa mengejar kita.

Selasa, 24 Februari 2009

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Semalam, sehari saya di Auditorium AMREC, Hi-Tec, Kulim menghadiri taklimat SKPM oleh Jemaah Nazir dan Sektor Jaminan Kualiti JPN Kedah. SKPM ni diimplemen sejak 2003. Secara peribadi saya setuju dengan SKPM ni. Ia dijadikan sebagai satu panduan lengkap untuk mengurus dan memimpin sekolah. Melihat kepada lengkapnya instrumen ini, bila dibandingkan dengan sekolah yang sedang kita pimpin ini, masih banyak kerja perlu dibuat untuk mencapai satu tahap yang dikatakan sekolah cemerlang. Keseluruhan aspek pengurusan sekolah menjurus kepada matlamat utama, kemenjadian murid mengikut falsafah negara. Itu hala tuju sebenar. Tetapi apa yang berlaku di sekolah hari ini, agak terpesong sedikit, terutama kemjadian murid dari aspek sahsiah dan kokurikulum. Ini kerana, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Saya sentiasa mengimpikan sebuah sekolah yang lengkap dengan segala ruang dan peluang untuk melahirkan kemenjadian murid yang benar2 memenuhi hasrat FPK. Justeru, saya menyeru seluruh warga SKTI, marilah kita bangun bersama-sama memikul tanggungjawab ini.

Rabu, 18 Februari 2009

Kejutan, kejayaan, kemeriahan dan penghargaan

Setinggi penghargaan, terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua warga sekolah, pibg, ibu bapa, murid2 serta yang turut membantu menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah kali ke14. Alhamdulilah, semuanya selesai dengan berjaya dan meriah sekali. Semua guru dan warga sekolah telah memain peranan dengan baik sekali. Pada saya, ia satu kejayaan yang besar kepada sekolah dan seluruh warganya. Saya juga yakin, banyak yang telah dipelajari bukan sahaja oleh guru tetapi juga murid-murid yang kita sasarkan matlamat pendidikannya. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih di atas semua sumbangan, walaupun tidak besar, tetapi sudah cukup membantu dan merangsang perkembangan yang sihat di sekolah ini. Saya juga sangat kagum dengan kebolehan guru-guru mengikut bidang masing-masing. Setengahnya menunjukkan kebolehan membuat kejutan yang sangat baik dan sesuai untuk menambahkan kemeriahan kejohanan sebagai satu acara utama sekolah pada tahun ini.

Apapun keterujaan kami hari ini agak terganggu sedikit dengan satu kejutan kebakaran kecil di satu bilik punca utama eletrik bangunan blok C. Peristiwa itu berlaku dengan sekelip mata lebih kurang jam 10 pagi. Kami amat bernasib baik, kerana pada ketika itu semua murid tahun 4, 5 dan 6 yang menjadi penghuni blok ini semuanya berada di padang untuk raptai akhir kejohanan. Api yang marak membakar bilik itu berjaya dikawal oleh guru-guru menggunakan alat mengawal kebakaran yang ada di sekolah sebelum pasukan bomba tiba 10 minit kemudian. Dalam kejutan, kelam-kabut dan rasa agak tertekan itu, alhamdulilah semuanya berjaya diatasi dengan baik dengan sokongan dan nasihat daripada guru-guru, pegawai-pegawai bomba dan tenaga nasional yang begitu mesra pelanggan.

Peristiwa dan apa sahaja yang belaku pada hari ini, seharusnya menjadi iktibar kepada seluruh warga sekolah. Kita semua mempunyai tanggungjawab yang sangat berat bukan sahaja mendidik tetapi juga untuk sentiasa memastikan sekolah dan murid-murid selamat.

Selasa, 17 Februari 2009

Semangat yang ditunjukkan guru

Hari ini raptai penuh kejohanan olahraga sekolah yang akan berlangsung petang esok (18 Feb). Melihat apa yang berlaku di padang, saya sebagai Gb merasa sangat bangga dan terharu dengan semangat yang ditunjukkan guru. Mereka tahu apa yang perlu dibuat mengikut kapasiti masing-masing. Yang penting pada hari sebenar semuanya berjalan lancar dan penuh bersemangat seperti bersemangatnya para peserta mengambil bahagian. Semuanya hampir bersedia sepenuhnya. Kalau ada yang tertinggal dan sedikit cacat celanya, mungkin kerana terlepas pandang atau masih ada kelemahan di mana-mana bahagian.

Sebagai GB, saya sentiasa cuba bersama-sama memberikan sokongan dan bimbingan kepada rakan2 guru agar apa yang dibuat sentiasa ada penambahbaikan, walaupun sedikit. Prinsip saya, tidak lagi mahu mendengar, tahun lepas kita sudah buat macam ni. Pada saya tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Secara diam2 saya membuat check list dan menyemak, bahagian mana yang belum benar-benar bersedia. Ini bermakna secara tidak langsung, saya sentiasa membuat penilaian sejauh mana kekuatan, kemahiran dan tindakbalas guru terhadap apa yang dirancang. Saya sedar, dalam sesebuah organasasi, masih ada orang yang boleh dianggap sebagai penumpang. Tapi saya sentiasa berharap ia akan berubah dan meletakkan dirinya sebaris dengan rakan2 yang lain dalam kerjasama mencapai visi sekolah.

Isnin, 16 Februari 2009

Turun padang

Sejak mula main peranan sebagai pentadbir sekolah, saya tak kisah sangat pasal protokol. Maksud saya perhubungan antara saya dan guru-guru. Saya taknak jadi mcm sesetengah GB, bila dia masuk kantin je, semua guru lari atau duduk meja lain. Ada setengahnya pula, ada meja khas dan waktu khas untuk GB makan. Teori kepimpinan kata, macam2 ttg kepimpinan ni. Tapi saya memilih untuk cuba sentiasa bersama-sama guru dan saling menghormati. Saya tak kisah, wpun saya duduk sama-sama dgn guru dan buat sesuatu kerja. Rasanya tak jatuh martabat saya sebagai pemimpin. Dan yang paling penting, saya dapat memberi bimbingan kepada guru2 tentang sesuatu perkara yang mgkin saya lebih tahu dan mahir drp mereka.

Minggu ni, antara minggu yang sibuk dan memenatkan sebab rabu nanti kejohanan olahraga sekolah. Jadi saya ambil kesempatan turun padang bersama guru-guru bantu dan bimbing mana yang patut. Alhamdulilah, adalah sikit ilmu dan pengalaman pasal olahraga ni. Jadi saya tak rasa kekok turun padang dgn trek suit. Bahkan murid2 dan guru2 terkejut tgok GB nya mengenakan pakaian sukan yang kemas, sesuai dan bergaya mcm ahli sukan. Mmg betul, kerana saya sejak dulu lagi sentiasa maintain cergas dan bergaya dengan pakaian sukan yang berjenama, seperti adidas, reebok dan sebagainya. Barulah kena. Jangan pakai yang selekeh, ditambah dengan perut yang memboroi, kita akan jadi badut dan bahan gelak ketawa guru dan murid. Jadi sebagai pemimpin sekolah, kenalah bersedia dengan set pakaian sukan yang berjenama sikit, sesuai dan kemas.

Sudah dua hari, saya membantu guru-guru rumah sukan menyiapkan nombor peserta. Pada awalnya kami bercadang untuk ditempah, tetapi memandangkan kosnya agak mahal wpun saiznya kecil, saya ambil keputusan untuk buat sendiri. Oleh kerana guru2 tak mahir melukis, apa lagi, sayalah yang terpaksa main peranan menulis (free hand) pada kain putih nombor2 mengikut rumah sukan masing-masing. Heran juga saya, sekolah yang besar mcm ni, rupa2nya masih tidak ada stok nombor dalam simpanan untuk digunakan pada setiap kali kejohanan olahraga tahunan sekolah. Sebenarnya, saya mempunyai kemahiran yang boleh tahan juga dalam kerja2 seni, jadi alhamdulilah, dengan dibantu oleh rakan2 guru, nombor2 siap untuk digunakan nanti.

Saya tidak kekok wpun duduk dan membuat kerja2 yang sepatutnya saya boleh arahkan guru2 membuatnya. Bahkan saya merasa bangga kerana boleh memberikan bantuan dan bimbingan kepada guru2 bgmana untuk menyelesaikan masalah dalam jangka waktu yang singkat. Memang ada baiknya dan sangat perlu seseorang pemimpin sekolah, mempunyai kelebihan dan kemahiran dalam pelbagai aspek. Hasilnya, ia boleh merangsang perkembangan yang sangat baik dan sihat. Pada saya, sangat memalukan, jika seorang GB hanya tahu bercakap dan memberi arahan, tetapi dia sendiri jauh ketinggalan.

Khamis, 12 Februari 2009

Merancang dan membina networking

Hari ini, saya mengambil kesempatan ke Jabatan Pertanian Daerah untuk memohon buat projek tanaman nanas di dalam kawasan sekolah yang luas dan terbiar. Sebenarnya idea projek ni hasil perbincangan lisan saya dengan seorang rakan yang juga pegawai pertanian. Matlamat saya, adalah serampang 2 mata, iaitu untuk mengelakkan daripada kawasan itu ditumbuhi semak dan belukar dan yang kedua sebagai mengisi tabung kelab staf sekolah. Menariknya projek ini jika berjaya, setiap pokok nanas boleh menghasilkan sekurang2 RM1 bila buahnya dipetik. Maknanya, jika 10 ribu pokok, kita akan memperolehi rm10 ribu. Daripada tinjauan seorang rakan yang juga berpengalaman membuat projek tanaman nanas, kawasan terbiar sekolah saya ini, boleh ditanam sehingga 100 ribu pokok. Jadi bayangkanlah hasilnya. Saya bukanlah mengharapkan hasil sebanyak itu. Matlamat awal saya hanya untuk menjadikan kawasan sekolah bersih dan bebas daripada pembiakan ular dan anjing liar yang mengancam keselamatan murid dan guru. Lagi pula, tanaman nanas tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti tanaman lain.

Pertemuan dan permohonan saya secara rasmi ini dilihat sebagai sesuatu yang positif berdasarkan sokongan dan kerjasama yang sangat baik daripada pegawai yang saya temui. Harapan saya projek ini akan berjaya.

Ketika saya dibawa oleh seorang rakan ini, saya juga sempat diperkenalkan dengan beberapa orang yang bukan saja sebagai kawan baru saya, tetapi juga mereka ini adalah rupa2nya parent kepada anak murid di sekolah saya. Gembiranya saya kerana orang saya baru kenal ini sangat positif dengan wawasan pembangunan sekolah yang saya buat. Beliau berjanji akan sentiasa membantu saya. Dan saya pula telah senaraikan beliau sebagai calon AJK PIBG.

Isnin, 9 Februari 2009

Pengelolaan Kejohanan Olahraga Sekolah dan Pendidikan

Hampir semua sekolah mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Kononnya acara wajib. Tapi jarang diambil peduli rasional, matlamat dan objektifnya. Yang cikgu2 dan pemimpin sekolah tahu, kejohanan olahraga mesti dibuat setiap tahun. Ada juga yang disebut Sukan Tahunan. Walhal, sukan bermaksud semua acara termasuk bola sepak, badminton dan sebagainya, macam sukan olimpik tu. Cerita pasal kejohanan olahraga ni, selalunya ada orang-orang yang memang boleh diharapkan dan sangat berpengalaman. Orang-orang ini adalah PKKO, SU Sukan, Guru yang ada tauliah POAK dan sebagainya. Pendek kata, kejohanan olahraga pasti akan berjaya dibuat. Lagi pengalaman dan lagi cekap orang-orang ini, lagi baiklah temasya tahunan ini dijalankan.

Tetapi apa yang nak saya perkatakan ialah, rasional, matlamat dan objektif acara tahunan ini. Bukan sekadar memenuhi takwim dan rutin sekolah sahaja. Justeru para pemimpin sekolah, GB dan Penolong Kanan perlu arif tentang selok-belok pengelolaannya. Jangan kata, saya PK1 dan saya PKHEM, saya tak perlu ambil tahu. Guru besar pula kata, semua kerja ini perlu diuruskan oleh PK dan SU Sukan. Sebagai pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan PK dan guru2 diberi bimbingan yang sewajarnya. Hukum hakam acara dan istilah2 perlu diketahui dan perlu dipastikan semuanya diuruskan dengan baik. Saya pernah tengok, sekolah menganjurkan kejohanan olahraga, ikut suka2 mereka menentukan syarat dan undang2nya. Jadi agak lucu juga bila guru2, PK dan GB, langsung tidak tahu sedikit peraturan olahraga. Ini bermakna, tujuan dan matlamat mengadakannya tidak tercapai.

Berasaskan pendidikan Jasmani dan Kesihatan, acara Kejohanan Olahraga adalah menjadi kayu ukur kepada pelajaran tadi. Kerana melaluinya, murid-murid diajar asas2 olahraga yang berfokuskan kepada amalan gaya hidup sihat. Selain itu, hari ini ahli sukan sudah menjadi sebahagian daripada profesion yang sangat hebat. Jadi, segala-galanya bermula di sekolah. Kita sering mendengar perdebatan untuk menjulang mutu sukan negara, tetapi, kita tidak bekerja ke arah itu. Secara logiknya, pembangunan sukan harus bermula pada peringkat kanak2 atau di sekolah rendah. Tetapi, kita tidak pernah mendengar atau ada satu rancangan untuk program pembangunan sukan di sekolah. Kalau adapun, hanya di sekolah sukan. Itupun, tak sampai ke mana. Ada setengah sekolah, takda padangpun, walaupun sekolah tu baru siap dibina. Maknanya, kita cakap tak serupa bikin. Antara KPM dan KBDS mereka tidak duduk semeja dan rancangan yang sepatutnya tak sampai ke peringkat kita di sekolah rendah. Yang KPM selalu tanya, berapa ramai murid sekolah kita dapat A.

Saya ingin mengajak guru2 supaya sentiasa mengambil kesempatan bukan sahaja bermatlamatkan pendidikan untuk murid tetapi juga untuk diri kita sebagai seorang guru. Biarlah kita ini, boleh melakukan apa saja tugas di sekolah dengan baik sekali, kerana kalau kita tidak pakarpun, tetapi kita sentiasa belajar dan mencuba jadi yang terbaik. Kita faham hukum dan peraturan2 dalam sesuatu acara olahraga dan kita boleh kembangkan bakat dan potensi pelajar kita ke tahap yang membanggakan wpun mereka tidak berupaya mendapat A dalam akademik. Justru, ambillah kesempatan ini untuk sentiasa belajar melalui pelbagai sumber yang ada agar kita menjadi guru yang sangat hebat dalam dunia pendidikan dan negara yang kita cintai ini.

Ahad, 8 Februari 2009

7.15 pagi hingga 5 petang

Letihnya hari ini. Sampai di sek 7.15 pagi saya terus memperkemaskan persiapan untuk aktiviti hari ini. 7.30 pagi perhimpunan rasmi sekolah. Ada sedikit penambahbaikan apabila Cikgu Che Razali mengambil tanggungjawab memimpin nyanyian murid dan warga sekolah. Penuh bersemangat. Tamat perhimpunan rasmi, saya bergegas bersedia untuk Majlis Iltizam Ibu Bapa UPSR 2009 sebagai tanda meletak kerja program kecemerlangan UPSR walaupun sudah bermula pada awal sesi persekoahan lagi. Majlis berjalan lancar ditambah dengan sesi perkongsian Dr. Norain (NYDP PIBG ) yang juga pensyarah di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim sungai petani. Daripada bahasa badan ibu bapa, jelas menunjukkan ada banyak perkara positif yang boleh sekolah gembleng tenaga dengan mereka. InsyaAllah.

Menjelang tengah hari, tugasan menanti bertimbun2 di atas meja. Hampir semuanya perlu disegerakan. Para tetamu perlu juga dilayan dengan baik sesuai dengan kapasiti mereka di sekolah. Boleh dikatakan sudah banyak perkara yang sudah saya selesaikan ketika itu. Memandangkan 2.30 ptg nanti ada mesyuarat AJK PIBG, saya juga memesti beberapa perkara yang perlu saya perkatakan dalam mesyuarat tersebut, dalam keadaan bersedia. Selepas solat zohor, tepat jam 2.30 saya bergegas ke bilik mesyuarat. 245, mesyuarat bermula, lewat sedikit, biasa... tunggu kehadiran AJK.

Banyak juga perkara yang dibincangkan. Yang menariknya, jauh di sudut hati saya, ternyata ada perbezaan antara AJK PIBG sekolah bandar dan kampung. Agak tercabar juga saya bila perkara-perkara remeh dipersoalkan. Payahnya berkomunikasi dengan orang-orang pandai. Setakat kita GB ni, mereka tak heran. Tapi kadang-kadang saya rasa macam tak bijak juga mereka kerana perkara2 kecil cuba diperbesarkan, dan yang besar, takut pula nak bawa ke mesyuarat agung nanti. Perasaan kecil hati dan tak gembira mula menyelubungi diri bila cadangan2 kita yang lebih tahu tentang keperluan sekolah, seperti tidak diendahkan. Terasa diri saya berjuang dan bekerja seorang diri. Inilah yang saya katakan, sejauh mana kuasa kita sebagai GB untuk menongkah arus, apa lagi tiada siap yang bersedia jatuh bangun bersama kita. Tapi pada hakikatnya, kita sebenarnya berhak membubarkan PIBG jika sekiranya ia tidak sedikitpun membantu sekolah.

Cadangan saya bukanlah yang bukan2. Hanya cuba menarik perhatian pasal bayaran yang perlu ibu bapa sumbangkan untuk sekolah serta pelan pembangunan dgn sumber kewangan tersebut. Heran juga saya, bila anak2 masuk asrama penuh, PIBG kenakan bayaran sampai beratus ringgit, tiada siapa merungut. Mungkin rasa hebat sebab anak dapat belajar di asrama penuh, sekolah anak orang elit. Jadi, wpun terasa perit, senang saja dijelaskan bayarannya.

Jadi betapa sukarnya mengurus sekolah, jika sekolah itu sudah lama berbudaya dengan budaya2 negatif. Pada mereka, cukup hanya menghantar anak sahaja dan mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku di sekolah, tanpa perlu bersusah payah. Inilah hakikatnya orang kita. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan masyarakat cina yang lebih bersedia menyumbang untuk membantu membangunkan sekolah.

Mesyuarat tamat hampir jam 5. Saya pulang ke rumah dengan perasaan yang bercelaru. Kuatkah saya untuk menghadapi cabaran yang mendatang?

Jumaat, 6 Februari 2009

Potensi muridku

Petang khamis kelmarin, saya menghadiri kejohanan olahraga SK seri Gedung sebagai menghormati jemputan rakan GB Cikgu Bakar. Memang hebat kejohanan ini sehebat GBnya yang memang sudah terkenal itu. Perbarisan lintas hormat kontijen diiringi pancaragam khas angkatan tentera. Melihat keseluruhan kejohanan, ternyata sek ini membuat persediaan rapi. Banyak juga idea yang saya peroleh sebagai persediaan kojohanan sekolah sendiri nanti.

Saya mengambil kesempatan untuk melihat acara lari berganti-ganti jemputan antara 6 buah sekolah yang turut disertai SKTI, sekolah saya. Ternyata walaupun acara ini diadakan agak lewat, tetapi penantian saya agak puas bila melihat kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan memenangi pertandingan itu. Lelaki, johan dan perempuan naib johan. Rasa bangga juga saya apabila rakanGB yang ada di situ memperkatakan kehebatan anak2 SKTI.

Sebenarnya, dari pemerhatian dan analisis yang saya buat, SKTI mempunyai banyak potensi untuk maju. Semua aspek mempunyai kekuatan tersendiri termasuk murid-muridnya. Ketika pertandingan berlangsung, saya lihat murid-murid SKTI jauh lebih baik dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk menjadi juara. Ini bermakna, guru-guru perlu mwngambil kesempatan di atas segala kekuatan dan peluang yang ada untuk memajukan diri, murid dan sekolah. Saya sangat yakin SKTI boleh bergerak maju dalam tempoh yang singkat jika semua guru dan warga sekolah meletakkan komitmen yang tinggi dalam bidang masing-masing. saya berjanji akan sentiasa bersedia memberikan sepenuh sokongan dan bimbingan untuk sama-sama kita bangun dan berjaya.

Rabu, 4 Februari 2009

Dalam sehari

Dalam sehari hari ini, banyak yang berlaku di SKTI. Awal pagi lagi, ketika saya sama-sama mendaftar nama bersama Ust Amir, beliau mohon untuk bercuti kerana baru mendapat panggilan tokwannya meninggal dunia. beliau bergegas ke Kulim. Takziah buat ust dan keluarga, kehilangan yang tiada ganti.

Seperti biasa SKTI sibuk bermula dgn Majlis Perlantikan Rasmi Ketua Darjah 2009 dan macam-macam lagi. Mood bercuti sudah semakin pudar dan warga sekolah sudah kelihatan cuba memenuhi rutin dan tugas-tugas utama dengan mencuba membuat penambahbaikan. Saya macam biasa, penuh dengan impian dan idea2 yang sentiasa ingin saya kongsikan dengan guru-guru agar guru-guru sentiasa bersemangat dan melihat matlamat dan impian sekolah. Minggu ini juga SKTI sibuk menyiapkan kemudahan wireles intenet ke seluruh kawasan sekolah untuk merialisasikan e-pentadbiran dan e-learning di sekolah. Saya sangat yakin, usaha ini akan membuahkan hasil dan akan merangsang perkembangan yang sihat dalam semua aspek. Kecuali guru-guru tidak bersedia dan bersikap negatif. Prinsip dan impian saya, sentiasa ingin melihat setiap hari ada perubahan dan penambahbaikan, wpun sedikit.

Menjelang tengah hari, ketika para pelajar mula meninggalkan sekolah, kami dikejutkan dengan satu kebakaran di kawasan padang sekolah yang berpunca drp orang awam membakar sampah berhampiran dengan sekolah. Kebetulan kawasan pdg yang luas, yang sebahagiannya ditumbuhi semak samun, mula dijilat api. Saya dan ust Izad serta beberapa pekerja sek dan kantin bergegas cuba memadamkan api yang mula marak membakar lalang dan kaw padang sekolah yang sudah dibersihkan dan sudah mempunyai trek untuk kejohanan olahraga sekolah. Nasib baik bomba yang dipanggil sampai tepat pada waktunya dan balapan kami terselamat.

Kesempatan ini saya ambil untuk berkenalan dan mendapatkan maklumat tentang keselamatan sekolah drp pegawai bomba. Dalam masa yang singkat ini, banyak yang saya belajar tentang betapa penting dan besarnya pili bomba yang berkebetulan ada di dalam kawasan SKTI. Kata mereka Jabatan Bomba mempunyai satu program khas yang dinamakan Sekolah Angkat Pili Bomba yang akan dipertandingkan dan diberi hadiah kepada mana-mana premis yang dpt menjaga pili bomba dengan baik. Justeru, kotak fikiran saya mula berlegar dengan pelbagai idea yang memfokuskan kepada pembelajaran keselamatan.

Petang ini adalah hari latihan rumah sukan untuk persediaan Olahraga Sekolah. Saya mengambil kesempatan bersama guru-guru memberikan sedikit tunjukajar dan bimbingan tentang latihan untuk murid. Kebetulan, saya mempunyai pengalaman dalam kejurulatihan olahraga ketika di maktab dan sedikit ilmu ketika di UPSI. Saya gambarkan kepada guru-guru, alangkah hebatnya sekolah, jika setiap masa hidup dengan pelbagai aktiviti. Pada saya sekolah adalah pusat perkembangan dan pembelajaran komuniti setempat. Justeru ia perlu sentiasa 'hidup' dan bermanfaat. Hampir 6.30 petang, saya tiba di rumah. Penat tetapi rasa puas.

Selasa, 3 Februari 2009

Potensi besar guru-guruku

Saya bersyukur dan merasa bertuah kerana di sekolah saya ini saya mempunyai rakan-rakan guru daripada penilaian saya mempunyai potensi yang sangat besar dalam pelbagai bidang. Inilah satu-satunya sekolah yang pernah saya pimpin tidak ada guru yang boleh dikategorikan sebagai guru bermasalah. Dalam SWOT analisis perancangan stategik sekolah, sekolah saya mempunyai kekuatan yang sangat utuh. Boleh dikatakan dalam semua aspek, ada guru yang mahir dan berkemampuan tinggi. Ada yang menjadi orang kuat atau orang harapan PPD dan JPN, ada yang mempunyai sijil specialist dalam bidang masing-masing dan ada pula yang sangat berpengalam dari usia menjadi guru dan bidang yang diajarnya. Pendek kata, nak buat apapun akan jadi, jika nak buat dan ada kemahuan untuk melonjak ke hadapan. Dengan kekuatan yang ada ini, saya sentiasa berani dan yakin untuk terus merancang dan melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan.

Namun demikian, untuk menjayakan sesuatu yang dirancang bukanlah senang. Tabiat dan menjadi kebiasaan guru-guru mereka sangat merendah diri dan kadang-kadang merasa tidak layak untuk mengepalai sesuatu tugas. Mungkin ini budaya orang kita, jarang sekali nak tonjolkan diri. Kalau boleh biarlah orang lain, bukan aku. Inilah sikap dan budaya yang perlu diperbetulkan. Sebagai pemimpin saya perlu menurunkan segala kebolehan dan kepakaran untuk mendorong, membimbing dan menggerakkan guru-guru ini. Harapan saya, semua guru sentiasa melihat aspirasi saya sebagai rakan pemimpin di sekolah kita ini dengan cara yang sangat positif dan sentiasa bersama. Marilah kita bangunkan kembali SKTI tempat kita bukan sahaja mencari rezeki buat menyambung hidup ini, tetapi tempat kita membangunkan insan dan anak-anak kita ke jalan yang lurus dan cemerlang. Sekolah adalah asas segala-galanya yang kita hadapi hari ini, samada yang positif dan negatif. Jadi, kitalah yang bertanggungjawab.

Ahad, 1 Februari 2009

Hari yang agak perlahan

Hari ini kembali ke sekolah setelah seminggu bercuti, raya Cina. Permulaan yang baik sejak 3 minggu lalu nampaknya agak perlahan hari ini. Mungkin momentum agak terganggu. Beberapa aktiviti penting sekolah yang telah dijadualkan pada minggu lepas tergendala dan akan mengganggu aktiviti2 lain yang telah siap menunggu giliran di dalam takwim. Bukan senang nak ubah takwim dan perancangan yang disusun awal kerana ia akan menjejas banyak perkara.

Tapi, boleh diubah dan dilaksanakan dengan baik, dengan syarat seluruh organisasi sekolah dalam keadaan bersedia, bukan hadir dalam mood bercuti dan masih longlai. Sepatutnya 2 hari sebelum tamat cuti, guru-guru dan murid-murid sudah mula 'memanaskan badan' untuk mendapatkan kembali momentum yang telah kita perolehi sejak sesi persekolahan 2009 bermula. Saya agak terkejut dan terganggu dengan situasi pagi ini yang sangat lembab dan mendatar walaupun kita buat Majlis Pelancaran Program Kelas Bersih Ceria 2009. Justeru sebagai peringatan kepada guru-guru buatlah persediaan yang rapi bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga seluruh sekolah. Perjalanan harian sekolah tetap berlalu walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang proaktif. Janganlah hanya melihat sahaja apa yang berlaku sebaliknya kita harus menjadi sebahagian daripada apa yang akan kita lakukan untuk menghidupkan sekolah.