Sudah begitu lama ruangan ini sepi. Entah dari mana datangnya keinginan untuk menukil sedikit tinta yang kesepian.Saya terbaca secebis perkongsian tentang 'Kebahagiaan' oleh Ustaz Azmi Fajri Osman, ustaz muda di Kota Banda Aceh ketika kali kedua saya berkunjung ke sana. Artikel pendek yang saya temui dalam mobilnya ketika beliau membawa saya dan para sahabat ngopi di sudut kota yang damai itu, saya merasa perlu juga saya berkongsi di sini untuk rakan2 yang mungkin membacanya. Menurut beliau, para malaikat telah berdebat, di mana harus diletakkan 'kebahagiaan' untuk dinikmati oleh manusia seluruhnya. Malaikat pertama mengusulkan supaya kebahagiaan itu diletakkan di puncak gunung. Para malaikat sekalian tidak bersetuju. Lalu ada pula yang mengusulkan agar diletakkan di dasar Samudra. Juga tidak dipersetujui oleh sekalian malaikat. Lalu di mana sebenarnya 'kebahagiaan' itu? DI HATI YANG BERSIH.
Isnin, 19 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
betul hati yang bersih , tiada dendam kesumat dan hasad dengki
Assalamualaikum sahabatku .. Bagaimana kita mencari kebahagian sejati.Sememangnya di dalam hati terletak semua kebahagian.Hati yang tidak mengenal hakikat ketuhanan sebenar.Kecintaan kpd Allah dan Rasul tidak boleh dipisahkan.Wahai insan..Bagaimana mungkin cinta bersemai sekiranya wahyu Allah (Ai-Quran) tidak dibaca setiap hari.Lidah cair menghafal,mengamal dan menyampaikan kalimah suci Allah.Oh..agung wahyu mu.Rasul penyampai kalimah,pembimbing ke jalan kebenaran,agar hati tidak tersesat di alam dunia yang fana serta bahagia menuju akhirat yang abadi.Iman yang suci,Ikhlas melahirkan kebahagian yang tiada tolak bandingya di dunia dan akhirat.Carilah Allah dan Rasul dengan Ilmu..amin. Ingatlah doa Syaidina Ali r.a...Wahai dunia,janganlah mengkhianat aku, aku telah lama memisah dan meninggalkan kamu, aku benci kamu..jangan menggoda aku,usiamu singkat penghujung hayatmu adalah kemusnahan.Kehidupan mu singkat, sesungguhnya perjalanan di akhirat amat panjang dan penuh bahaya.Aku memohon perlindungan daripada fitnah dunia dan masihi Dajjal.
Catat Ulasan