Ahad, 9 Januari 2011

Sebuah Perkahwinan

Penghujung tahun lepas perkahwinan seorang sahabat menuju penghujungnya. Walaupun usia ikatan murni itu masih baru dan baru juga dikurniakan cahaya mata, namun kekusutan sudah sukar terlerai lagi. Seorang lelaki, walaupun sudah beristeri, keinginan terhadap wanita lain sudah menjadi lumrah dan sangat normal. Tiada salahnya dari segi hukum selagi ia tidak melakukan kemungkaran. Lumrah juga wanita, seorang isteri, pastinya cuba mempertahankan lelaki yang dikahwininya itu, hanya miliknya sampai mati. Tidak mungkin dia bermadu dan berkongsi hak dengan kaum sejenisnya. Namun langit tidak selalu cerah. Akhirnya, rumah tangga sahabatku ini runtuh dek keanggkuhan seorang wanita kononnya hanya dia berhak menentukannya. Seorang suami yang cuba mempertahankan istana kasih sayang isteri dan anak kecilnya, diseret ke mahkamah syariah untuk dipaksa melafazkan cerai. Ini sesuatu yang jarang berlaku. Keangkuhan seorang isteri yang disokong keluarganya, kononnya takut suami menikahi perempuan lain, telah mengakibatkan istana perkahwinan runtuh, hancur berderai.

Puas. Puas. Itukah yang dirasainya? Tuhan maha adil, dan Dialah penentu segalanya. Genap selepas edah, khabarnya bekas isteri sahabat saya ini sudah berpunya, mendapat suami yang baru. Saya tidak tahu adakah ini suami idamannya. Saya agak terkejut dan sangat bersimpati bukan saja kepada sahabat saya ini, tetapi juga kepada seorang ibu muda yang kononnya tidak mungkin hidup bermadu, kini bergelar isteri ketiga. Anehnya hati seorang wanita. Tetapi itu kata kita, mungkin pada dia, suami barunya adalah payung emas kepadanya di syurga. Paling menyedihkan sang suami barunya itu adalah kononnya menjadi kaunselor rumahtangga dan agama kepadanya ketika rumahtangganya dengan sahabat saya sedang bergelora. Bayangkanlah, dan fikir-fikirkan kenapa ini terjadi. Kepada sahabat saya, betul kata anda, terlalu banyak pilihan di luar sana, dan anda semakin matang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya,...fikir-fikirlah sang suami dan isteri....redhalah dengan apa yg ada demi anak2 dan keluarga......amin.

Tanpa Nama berkata...

demikian kisah kawan Che Hassan kawan saya pula terpaksa menghadapi kesulitan kerana sang suami bermain dengan melafazkan talak 3 buah sang isteri yg mengajar sama2 di satu sekolah di kelas pra. Mula2 bermain talak melaui sms kemudian melafazkannya sendiri....setelah bertengkar kerana hubungan suami dgn perempuan lain..akhirnya isteri dan 2 anak merana kerana sang suami kata talak tak jatuh sedangkan kes dirujuk ke mahkamah syariah dan melarang mereka duduk serumah sehingga perbicaraan selesai....isteri balek kg di kawasan yg jauh tidak mengajar sang suami terus menebalkan muka berdepan muka dengan masyarakat sekolah dan masy sekitar.Begitulah sebab mulut semua binasa ijazah yg dimiliki kedus-duanya tidak dapat mengemudi nafsu...ikut hati mati ikut rasa binasa....

Puteri Azizul berkata...

itulah terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata badan binasa.........jgn ikut kata hati je
maka kita fikirlah sebelum bertindak..