Khamis, 15 Oktober 2009

Hak murid-murid di sekolah

Pagi2 lagi anak murid kita yang sesetengahnya liat bagun tidur itu, sampai juga di sekolah sebagai memenuhi tanggungjawab untuk belajar sebanyak mungkin ilmu bagi membina diri bekalan hidup masa depan. Saya kagum dengan kesungguhan kanak-kanak untuk berada di sekolah sepanjang hari untuk menghadapi pelbagai aktiviti dan kerenah guru-guru. Wpun di dalam hati, kadang-kadang berat untuk hadir dek pelbagai tekanan dan tiada daya penarik di sekolah, tetapi kebanyakan mereka tetap tercongok di dalam kelas bila tiba waktunya. Dan mereka sebenarnya mempunyai hak yang sangat besar, iaitu pendidikan. Hak ini dituntut daripada orang yang diberi tanggungjawab mendidik iaitu guru. Namun demikian sejauh mana kanak-kanak yang masih mentah ini mampu menuntut sepenuhnya hak mereka sehingga membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan ini tidaklah sangat diambil kisah. Dan mereka sendiripun tidak mampu menilai sejauh mana hak mereka telah diperolehi. Kerana mereka kanak2, mereka hanya boleh bergantung harap kepada orang-orang yang bertanggungjawab seperti guru di sekolah, ibu bapa di rumah serta masyarakat di sekitar mereka. Melihat kepada senario hari ini, boleh dikatakan sebahagian kanak2 bernasib baik jika mereka dilahirkan di dalam keluarga yang statusnya lebih baik. Selebihnya, mereka benar-benar berharap mereka memperolehi hak sebenar daripada orang-orang yang bertanggungjawab tadi.

Dalam proses mendidik kita sebagai guru sepatutnya mengaplikasikan semua ilmu tentang pendidikan seperti Pedagogi, Psikologi, Falsafah dan sebagainya. Ilmu ini seharusnya membolehkan seseorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan. Tiada rungutan begini dan begitu tentang seadanya kanak-kanak yang mereka bimbing. Pelbagai pendekatan boleh dilakukan berdasarkan pengetahuan tentang keperluan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh, keperluan dalam pengurusan bilik darjah untuk kanak-kanak sesuai dengan perkembangan mereka mengikut psikologi dan pedagogi. Bilik darjah sepatutnya sesuai dengan naluri dan pergerakan kanak-kanak yang melihat alam sekelilingnya penuh keriangan dan warna warni. Namun apa yang berlaku hari ini, hampir 11 tahun mereka didera dengan kehendak kita orang dewasa, dengan menyediakan sebuah kerusi dan meja dan mengongkong pergerakan mereka dengan peraturan yang sangat rijik bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar. Jadi, sejauh mana sebenarnya kanak-kanak di sekolah mendapat hak mereka. Banyak lagi perkara di sekolah yang kita dapati tidak menyebelahi mereka. Keinginan dan minat mereka jarang sekali kita cungkil dan suburkan mengikut keperluan yang sepatutnya. Apa yang berlaku kita sering menyalahkan mereka dan berkata mereka itu lemah dan tidak berbakat. Malangnya mereka kerana kita tidak melihat perkara ini secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perasaan saya begitu tersentuh membaca tulisan che.Bagi saya keprihatinan che terhadap perkembangan dan kehendak kanak-kanak adalah sangat tulus.

chehassan berkata...

Terima kasih. Saya pernah berkuliah dengan seorang pensyarah, Dr Lim Chong Yu, di UPSI. Kata beliau, kanak2 di Malaysia didera selama hampir sebelas tahun. Dalam waktu ini, jiwa mereka memberontak minta difahami, alam kehidupan kanak-kanak dan remaja. Jadi, sebagai guru, fikir2kanlah.

Puteri Azizul berkata...

kita bukan sepenuh mengongkong mereka dengan duduk di meja n kerusi, tapi sebagai guru kita boleh bawa mereka keluar kelas dengan duduk ditepi padang melihat pemandangan luar dan melakar apa yang mereka lihat cthnya dalam subjek PSV, minda mereka akan terbuka dan rasa bebas....

amalhaj berkata...

zaman kanak2 dan zaman remaja telah hilang kerana mereka telah dibelenggu dan dipasung semenjak tadika lagi.