Sabtu, 17 Oktober 2009

Sungai Petani yang semakin berkembang maju

Hampir 10 tahun saya berkelana di Sungai Petani Kedah, sebuah bandar di utara tanah air yang sedang berkembang maju. Ketika awal penghijrahan saya dan keluarga ke Sungai Petani (2000), rasa sedikit kaku, maklumlah 18 tahun saya membina kehidupan dengan pelbagai rintangan di bandaraya Kuala Lumpur. Namun hari ini, kehidupan di Sungai Petani sudah banyak berubah dan apa yang ada di Kuala Lumpur, jika tidak samapun, boleh dikatakan ada juga di Sungai Petani. Pendek kata, jika pertama kali sampai di Sungai Petani, dan jika nak mencari rumah saudara mara, pastinya perlukan panduan yang jelas. Jika tidak, berpusing-pusinglah di Sungai Petani yang sedang berkembang kepada beberapa bahagian bandar. Saya masih ingat ketika saya mula2 menjejakkan kaki ke bandar Sungai Petani untuk menikahi seorang gadis di pekan Tikam Batu, pada sekitar 1986, bandar Sungai Petani masih tidak ada lampu isyarat pun. Tetapi hari ini bandar Sungai Petani merupakan bandar lampu isyarat. Pergerakan anda di jalan utama (utara-selatan) pastinya membosankan dengan jumlah lampu isyarat yang begitu banyak. Namun demikian, sekarang ini bandar Sungai Petani telah dilengkapi jalan lencong timur dan barat yang tidak memerlukan anda melalui pusat bandar yang sibuk dan berlampu isyarat itu.

Minggu lepas, penduduk Sungai Petani, dikejutkan lagi dengan pembukaan Pasaraya Besar Tesco Sungai Petani Selatan, iaitu pasaraya Tesco yang kedua di Sungai Petani, selepas pasaraya Tesco Sungai Petani Utara. Jadi, bayangkan perkembangan pesat ini. Pembangunan perumahan tidak terkira banyaknya sehingga wujud bandar2 kecil seperti Taman Sejati, Lagenda Hieght, Ambangan Hieght, Bandar Laguna Merbok dan sebagainya. Dari segi pendidikan, Bandar Sungai Petani mempunyai beberapa pusat Pengajian Tinggi seperti, UiTM, Open Universiti, AIMST Universiti, Institut Kemahiran Mara dan lain-lain. Industri Perhotelan juga berkembang pesat, dari yang kecil sehinggalah ke taraf 4 bintang. Jadi, jika anda berkunjung ke Sungai Petani, anda tidak perlu risau di mana untuk menginap, menjamu selera, membeli-belah dan bersantai. Pendek kata, Sungai Petani hidup 24jam dan anda boleh menjamu selera wpun anda tiba dinihari. Selamat Datang.

3 ulasan:

Unknown berkata...

bila datang ke Sungai Petani, bolehlah singah di rumah saya di
37 Lorong 6 Taman Petani jaya, betul-betul dibelakang Central Square,

mantan berkata...

apa khabar? semoga sihat sejahtera.

chehassan berkata...

Alhamdulilah Mantan. Maaf tidak berkesempatan berbloger. Macam2 hal terpaksa dilalui dan diurus dengan baik.