Rabu, 27 Januari 2010

Bila hati sudah tidak sayang

Soal kasih sayang sukar untuk kita berbicara lebih tepat dan ilmiah. Walaupun ada kajian-kajian ilmiah tentang kasih sayang, tetapi kasih sayang boleh dianggap begitu subjektif mengikut tafsiran individu. Kita tidak tahu apa yang terdetik di hati seseorang walaupun dia begitu dekat dengan kita. Kita hanya mungkin mampu mentafsir apa yang ada di dalam diri kita sendiri. Dan kita, tetap kita, dengan rahsia tersendiri. Terlalu banyak yang boleh kita jadikan iktibar sejauh mana untuk mengukur kasih sayang diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita. Di mana-mana saja kita mampu melihat bagaimana kasih sayang wujud dan tidak ternilai pada pandangan biasa. Perhubungan antara binatang juga kadang-kadang memberikan kita makna kasih sayang yang tersendiri. Alangkah baiknya jika perhubungan kita semua sentiasa terbentuk melalui hubungan kasih sayang. Namun, manusia terlalu banyak ragam dengan naluri yang sukar dibaca sehinggakan sukar untuk kita mengerti mengapa jadi begini dan begitu akibat kasih sayang. Terbaru, pasangan kekasih selebriti negara, Fahrin dan Linda yang dulunya saling menyintai dengan kasih sayang, tiba-tiba berubah menjadi sebaliknya. Dan banyak lagi yang pernah kita dengar yang menjadi sebutan rakyat seluruh negara, tiba-tiba berubah sebaliknya. Inilah yang saya maksudkan, betapa kasih sayang yang begitu bermakna di dalam hidup ini bisa menjadi onak yang menyakitkan. Sehingga ada yang sanggup membunuh dan memperlakukan melebihi tabiat biasa seorang insan.

Soalnya, benarkah kasih sayang itu wujud dan benarkah ianya boleh berubah sehingga menjejaskan kehidupan kita?

5 ulasan:

yusofsipan berkata...

salam che,
kelihatannya mcm keliru jer....

kasih sayang mmg wujud dan kita sangat memerlukannya demi kelangsungan sebuah kehidupan baik yg sementara di dunia fana ini apatah lagi di akhirat yg kekal abadi dan yg hakiki adalah kasih sayang drp yg Maha Pencipta!

Puteri Azizul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
LAH_BK berkata...

salam cikgu..
kasih sayang??hahahah
satu topik yg mmg agak menarik...
pada hakikatnya kasih sayang mmg wujud...
tapi cuma sesetengah org yg tidak mahu mencarinya...atau sengaja lari dari kasih sayang...kasih sayang adlah satu nikmat yg cukup hebat selain nikmat islam itu sndr..
tanpa kasih sayang manusia itu boleh bgn dari kegagalan dan ada jugak dgn kasih sayang boleh mmbw kehancuran...
cuma bgmana cara kita menggunakan kasih sayang diberikan itu terpulang pada kiter...
krn bila adanya kasih sayang maka wujudlah satu bnd yg dipanggil kepercayaan...bila hilangnya kasih sayang maka hilanglah kepercayaan dan jika tidak ada kasih sayang maka tiadalh kepercayaan...

kunan berkata...

Dalam cerita-cerita Inggeris kerap kali kita disajikan dengan situasi kasih sayang antara pasangan suami isteri, seperti menlafazkan "I LOVE YOU" "I LOVE YOU TOO" Tetapi kasih sayang itu boleh berubah dengan keganasan dengan sekelip mata saja apabila berlakunya suatu perselisihan faham.

Tanpa Nama berkata...

kasih sayang?, ia memang wujud- tetapi yang penting dan paling utama kepada YANG MAHA ESA.ia kekal abadi. sesama manusia ia cukup jika kita faham pasangan dan puashati dengan apa kita ada.tetapi jika kita sentiasa nak lebih ikut nafsu maka lesulah kasih sayang itu