Rabu, 3 Februari 2010

Mengetuai Kontinjen Gimrama

Tahun ini saya dilantik sebagai pengerusi pengelola Kejohanan Gimrama peringkat Daerah KMY. Sebenarnya secara kebetulan, kerana Pn. Sharifah Shahrina, guru sekolah saya adalah Pengerusi Teknik Gimrama negeri Kedah. Nasib baik juga saya meminati hampir semua jenis sukan, tugas ini saya cuba buat sebaik mungkin. Mula2 mendekati sukan gimrama ini, saya rasa agak kekok juga untuk berada di kalangan guru-guru wanita dan para pelajar perempuan yang mengambil bahagian. Maklumlah, sukan ini memerlukan pergerakan dan penonjolan seluruh bentuk badan pelajar2 perempuan. Dalam sesi latihan pusat, saya diperkenalkan kepada semua peserta secara rasmi sebagai ketua kontinjen. Wpun agak kekok, saya cuba memperlihatkan saya serius dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Esok, 4 Feb, kami akan bertanding di peringkat negeri Kedah di SMK Hosba, Jitra.

Mendekati sukan ini, jelaslah betapa semua jenis sukan mempunyai keistimewaan tersendiri. Gimrama, yang dilihat sebagai sukan hanya untuk sesetengah golongan saja ini, sebenarnya mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek sukan dan seni. Bukan senang untuk menggerakkan seluruh badan mengikut disiplin2 yang telah ditetapkan dalam sukan ini. Kelembutan, ketepatan dan kesenian pergerakan menjadi aset kepada seseorang gimnas. Ianya perlu diberi pendedahan seawal umur 3 atau 4 tahun. Dan kejayaan sukan ini juga bergantung kepada aspek disiplin diri dan kesungguhan peserta.

5 ulasan:

taifor berkata...

Tahniah! cikgu Hassan mampu memimpin mereka untuk mencipta kemenangan.

Puteri Azizul berkata...

Tahniah, ada boleh melakukannya; seorang yang `all rounder'

kembara kelana berkata...

kau memang berbakat hassan...

chehassan berkata...

Terima kasih atas pujian2 anda. Daerah saya berjaya menjadi juara keseluruhan bahagian Junior dan Naib Juara bahagian PreJunir.

Tanpa Nama berkata...

menonjolkan bentuk tubuh badan terutamanya wanita walau apa peringkat umur sekalipun, walau dgn apa tujuan sekalipun adalah HARAM dan DILARANG di dalam ISLAM..sebagai pemimpin seharusnya kita lebih bijak mencari ruang utk sentiasa dekat dengan ALLAH dalam setiap perkara..tahniah tuan!