Isnin, 8 Februari 2010

Kita semakin terbalik

Aneh dan semakin luar biasa. Kalau dulu, guru-guru mendidik kita bagaimana cara melintas jalan, berjalan kaki di sebelah kiri jalan dan berbagai lagi, walaupun pada waktu itu, jumlah kenderaan sedikit. Tempat saya mula-mula membesar di Hulu Kelantan, boleh dikatakan bukan saja kenderaan, jalan raya yang sempurnapun hampir tidak ada. Tetapi guru-guru masih tetap memberi bimbingan tentang keselamatan di jalan raya. Namun, hari ini berbeza sekali, dan kebanyakan guru seperti menganggap murid-murid sudah faham sendiri. Kesannya, di jalan raya hari ini, kita seperti tidak ada peraturan langsung. Di mana-mana kita akan melihat perlanggaran peraturan jalan raya sewenang-wenangnya. Kebanyakan orang kadang2 kita lihat seperti dia merasakan dia lebih tahu undang-undang daripada orang lain. Sebagai contoh2 paling mudah antaranya memandu perlahan di lorong utama, menukar warna lampu kepada lampu yang menyilaukan mata, memasang lampu kecemasan ketika hujan lebat dan sebagainya. Terfikir kita, sekolah memandu mana dan JPJ mana yang membimbing dan meluluskan lesen memandu mereka?

Merenung apa yang belaku dalam negara kita, semakin banyak perkara yang seakan terbalik, pelik dan luar biasa. Satu lagi contoh, satu ketika kita melaungkan untuk memajukan sukan negara dan sukan bertahap tinggi. Begini dan begitu menteri bercakap dan tidak kurang juga surat-surat siaran dan pekeliling sampai ke sekolah. Nampak bagus sekali. Namun pada masa yang sama, kita tidak benar2 membuat persediaan pada peringkat asas, iaitu pada peringkat awal kanak2 di sekolah. Sepatutnya sekolahlah tempat melahirkan bakat ahli sukan negara, tetapi persoalannya, apa ada pada sekolah? Sesetengah sekolah, jangankan gelanggang dan kemudahan lain, padang pun tidak ada. Sepatutnya di sekolah, ada jurulatih dan kepakaran khas dalam bidang sukan yang berperanan mencungkil dan membina bakat kanak-kanak dengan jadual dan peruntukan yang sesuai. Pengiktirafan juga harus diberi kepada pencapaian dan kecemerlangan guru dan pelajar ke tahap tertinggi. Hadiah harus diberi dengan nilai yang baik dan menarik, bukan menilai akademik semata-mata.

Jadi seharusnya kita sudah mulai sedar dan melakukan sesuatu untuk negara kita yang kita cintai ini. Marilah kita, terbalikkan kembali 'dunia' kita ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang kita semakin terbalik pun..Nabi dah cakap dah hal ni..lama dah Nabi cakap!

chehassan berkata...

Memangpun yang itu, kata Nabi. Tapi la ni, kita2 yang masih boleh berfikir ni, takkan nak tengok saja. Gaji nak ambik, tapi, tanggungjawab pakat nak tengok jer... Kalu lagu tu, mu tak payah ambik gaji, gi dok masjid tunggu kiamat.