Rabu, 17 Februari 2010

Lagi tanggungjawab GB

Beberapa minggu ni saya didatangi pekerja2 JKR Mekanikal dan Letrik atas urusan penyenggaraan hal-hal yang berkaitan sekolah. Apa yang nak saya kongsikan ialah bezanya jawatan GB dengan jawatan Ketua Jabatan yang lain. Mula2 saya menerima laporan drp pekerja tentang kerosakan pam air dan pam najis. Supaya saya faham semua tentang benda2 tu, saya turun padang dan selidiki apa yang berlaku. Terus menghubungi JKR yang berkenaan untuk urusan baikpulih. Oleh kerana saya pernah berurusan sendiri dengan mereka dan mula bersahabat, urusan menjadi sangat mudah. Daripada urusan yang sepatutnya bersurat, hanya percakapan lisan sudah ada tindakan. Inilah hasilnya berusaha melayan dengan baik sesiapa saja yang berurusan dengan sekolah. Untungnya saya apabila para juruteknik datang membuat kerja-kerja penyenggaraan saya sentiasa bersama mereka, dan saya tahu selok belok urusan penyenggaraan di sekolah. Apa yang saya nak kongsikan di sini, kalau di jabatan lain, pastinya urusan itu kita boleh arahkan juruteknik untuk uruskan sehingga perkara itu selesai dan bos hanya perlukan laporan sahaja. Tapi di sekolah, semuanya GB kena turun padang sehingga selesai. Mungkin juga GB lain tak buat macam tu, atau mereka lebih pro. Tapi pengalaman saya bersama-sama dengan orang-orang yang hadir membantu kita di sekolah, hasilnya mengejutkan. Inilah yang dikatakan kemahiran perundingan dan kemahiran komunikasi berkesan.

9 ulasan:

Taifor berkata...

Tahniah Cikgu Hassan! mereka sempurnakan kerja mereka dipremis seliaan dan kawalan cikgu. Imejnya terus akan kembali kepada cikgu. Sempurna atau tidak kerja mereka tidak akan diselidik oleh masyarakat. Masyarakat akan membaca siapalah cikgu besar dalam sesebuah sekolah meliputi kesempurnaan segala infrustruktur sekolah berkenaan. Cacatnya sebarang infrustruktur dalam premis kawalan mereka menggambarkan kecacatan ketua organisasi itu.

Tanpa Nama berkata...

tahniah... pasni leh jadi wakil rakyat plak hehe

binzain berkata...

Kalu buat sama2 dgn mereka lagi bagus kan....org utara kata "biaq belemois sama"..hehehehe...

chehassan berkata...

Terima kasih bagi komen yang baik. Saya cuma berkongsi keletihan, kesukaran, tekanan dan keresahan. Alangkah baiknya jika perjawatan di sekolah, lebih lengkap dan berstruktur. Cikgu, kerja depa mengajar. Dan GB, memimpin keseluruhan perjawatan. Bukan semuanya GB nak kena buat. Di Jabatan Pendidikan Negeri, ada banyak sektor dan unit serta banyak pegawai yang mengurus. Semuanya berfokuskan sekolah. Takda sekolah takdalah depa. Tapi bila mai ke sekolah, semuanya letak atas kepala GB. Apa?, GB ni macam tokkong hindu ka? ( ada banyak tangan ). Sory, bukan menghina rakan kita, yang beragama hindu, hanya satu perumpamaan atau kiasan bagi kiat faham.

Aida Ali berkata...

Bayangkan GB perempuan juga kena turun padang, ambil cakna benda-benda gitu. Padahal apa sangat yang kami tau. Istilah pun kelam kabut. Demi tangungjawab!

chehassan berkata...

Terima kasih aida lawat blog saya. Betul kata u, sepatutnya banyak lagi perjawatan yang kena ada di sekolah. Kalau di SK, PK kena tambah sorang lagi, iaitu PK Pentadbiran. PK1 yang ada sekarang ni, buat kurikulumpun tak dan tangan. Kalau ada PK pentadbiran, semua urusan berkaitan dengan pejabat dan perkembangan staf dia boleh urus. Bayangkan, cikgu silap isi online PTK pun Gb kena sercaj? Gila, semua kena atas kepala GB. Ada peluang lain nak keluar dari sekolah/GB ni.

Aida Ali berkata...

Jangan gitu, che hassan. Buat apa yang terdaya. Jangan stress. Selalu luahkan perasaan kat kawan-kawan yang menyokong. Take positive and enjoykan diri. Kalau dah ditakdirkan begitu, berserahlah padaNYA.

Tanpa Nama berkata...

suka dgn komen pn aida..:)

kunan berkata...

Baguihlah lagu tu Se...!demo memang seorang yang prihatin. Istilah turun padang perlu dilakukan diikuti dengan kemahiran Negotiation yang kita belajar dulu tu. Skali skala kena juga "empowerment" supaya orang bawah kita dapat pengalaman ber"Nego" agar bila mereka jadi GB tak perlu diajar lagi..