Isnin, 18 Januari 2010

Siapa Guru Besar sebenarnya?

Sejak jadi GB, saya tidak pernah merasa agak selesa sebagai orang no 1 di sekolah. Bahkan setiap hari dikejar kebimbangan dan keresahan dek pelbagai perkara dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya. Semuanya perlu diurus dengan baik, supaya semua orang puas hati. Guru, murid, ibu bapa dan semua yang berkaitan dengan sekolah merasa senang dan selesa. Tapi diri sendiri, tidak pernah merasa selesa. Kadang-kadang seperti seorang hamba yang diperhambakan tuannya dengan pelbagai tugas yang membebankan. Semua orang yang berkenaan dengan sekolah boleh 'mengarahkan' GB dengan itu dan ini. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba canggih ini, semua boleh memberi arahan dan tekanan. Sebagai contoh, semua pegawai di PPD, JPN dan KPM dari yang tiada pangkat hinggalah yang berpangkat boleh memberi arahan kepada GB dan sek dengan hanya mengemelkan arahan sahaja. Saya merasa jengkel apabila kadang2 menerima arahan dan tekanan daripada semua pihak untuk menghantar maklumat itu dan ini. Pegawai2 yang gred jawatannya lebih rendah daripada Gb dan Pengetua, boleh mengeluarkan arahan dan tekanan pada bila2 masa. Kadang2 arahan dikeluarkan hari ini, hari ini juga perkara tersebut perlu diselesaikan.

Siapalah GB sebenarnya, yang terpaksa melayan semua orang dengan pelbagai cara. Paling menyedihkan, di sekolahpun, masih ada lagi sikap guru dan staf yang sengaja tidak kreatif, inovatif dan proaktif. Cuba mengelak mengambil tanggungjawab, wpun sudah menjadi tugasnya yang hakiki. Wpun diberi layanan dengan baik, mereka masih tidak mahu menjalankan tugas dengan baik. Apa sebenarnya mereka mahu? Sudah selesa, mahu lebih selesa, sehingga tugas hakiki terabai.


11 ulasan:

mantan berkata...

Che,Salam.
Demikianlah keadaannya sebagai orang yang bertanggungjawab di sekolah.

Begitulah yang dapat saya rasakan selama hampir lima belas tahun menjadi "hamba" yang menjalankan kewajipan sebaik yang diharapkan.

Pada masa yang sama kita perlu bijaksana mengurus kehidupan sendiri. Jika tidak, pengorbanan dan tanggungjawab kita akan "makan diri - seperti 'pembunuh' dalam senyap".

Selamat bertugas. Semoga sentiasa tenang dan lapang dada.

Tanpa Nama berkata...

Amat setuju.Hari ini terlampau ramai " Pengarah" saya dapat maklum dari ketua saya ada pegawai atasnya lagi, di Jabatan katanya sebagai contoh mengarahkan Pengetua sekolah dalam satu majlis bersamanya supaya mengarahkan kaunselor supaya tidak duduk dibilik kaunseling. Duduk dibilik guru. Maka ramailah pengetua-pengetua pun ikut. Maklumlah arahan atasan walaupun arahan itu sememangnya 100 peratus karut dan tak masuk akal. Yang mengarah tu pun lagi teruk. Saya dah katogorikan sebagai bertindak ikut nafsu, tidak mengikut akal. Teruk Cikgu Hassan oii. Macam mana Malaysia nak cemerlang , bila dah semakin wujud suasana macam ni?

ybs berkata...

kita adalah guru yg menjadi pentadbir di sekolah dan digelar guru besar wp tidak 'besar' pun!!!

chehassan berkata...

Selayaknya jawatan guru besar ditukarkan kepada 'Pegawai penjaga'. Bagaimana pendapat anda semua?

Tanpa Nama berkata...

che, salam
pegawai tu tinggi jugak.Tukar saja nama jawatan GB kepada hamba cacamarba.baru sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan

LAH_BK berkata...

sabda Rasulullah s.a.w...
"sesungguhnya manusia yg paling dicintai oleh Allah di hari kiamat dan lebih dekat tempatnya di sisi Allah ialah pemimpin yang adil.manusia yang paling dibenci dan lebih jauh tempatnya di sisi Allah ialah pemimpin yang jahat..

salam cikgu..
rasanya saya masih muda utk memperkatakan @ mmbr idea ttg aper yg ckg tulis...
tapi sy berpegang kepada perinsip

"usia berbeza mgkn pengalamn berbeza,kita hebat dlm sesetengah bidang,org lain pon ada jgk hebat dlm bidang tertentu,tidak kira usia tua @ muda,jadi setiap pandangan & pendapat haruslah dipertimbangkan dgn akal yg waras & dgn ilmu,tanpa mengira usia,darjat@pangkat"...

jadi,apa yg sy ingin lontarkan disini ialah,itulah namanya halangan dlam melakukan tugas @ memegang jawatan yg tinggi..
jika kita mengeloh,mgkn kita masih tidak berhak memegang jawatan tersebot...
mengapa kita tidak mengambil satu arahan @ komen dari jabatan lain utk memperbetolkan @ menambahbaikkan apa yg kita lakukan sblm ini...??
mgkn ada yg baik dan mgkn ada yg buruk...
yg baik & berguna boleh kita ambil dan praktikkan..
tapi yg buruk jadikan ia sbg 'guide line' kpd kita supya tidak melakukan perkara yg buruk tersebut...

inilah ckg halangan apabila kita memegang satu2 jawatan yg penting dalam organisasi..
anggaplah tekanan yg diberikan sebagai self motivation kita...

maaf jika apa yg saya katakan ini ada yg tak betol....
tq..

chehassan berkata...

Terima kasih LAH BK, atas pandangan yang baik ini. Saya setuju, tekanan boleh memberikan motivasi dan semanat kepada kita. Tapi apa yang saya maksukkan dalam penulisan ini, ialah sistem yang kita amalkan, rasanya perlu diperbetulkan. Kita bercakap dan cuba meniru sektor swasta, namun sistem yang kita amalkan jauh daripada apa yang diamalkan oleh sektor swasta. Jadi maknanya, semua yang kita cuba laksanakan retorik semata-mata, sebab sukar untuk kita praktikkan selagi sistem kita ketinggalan zaman.

kunan berkata...

Kunan awal-awal lagi tidak berminat untuk memegang tempat no 1di sekolah walaupun ada keistimewaan-keistimewaan tertentu. Kerana tidak mahu berdepan dengan masalah yang tak habis-habis dan rasanya Kunan tak mampu menanganinya.

Bagi mereka yang mampu dan berkemampuan sila teruskan kerana kita dilahirkan tidak sama supaya dapat melahirkan keharmonian dunia ini.

chehassan berkata...

Ku, jadi no 1 di sekolah sebenarnya tidak ada apa2 keistimewaan pun. Apa maknanya keistimewaan? Sekolah2 yang dikatakan berprestasi tinggi itu, sebenarnya mempunyai 'tapak' budaya dan iklim sekolah yang sangat baik yang dibina oleh orang2 terdahulu. beribu lagi sekolah di Malaysia rasanya GB dan Pengetua sedang berjuang dengan pelbagai ragam manusia.

nobody berkata...

Salam, mengapa mengeluh dengan tugas yang di beri.mengapa mengeluh dengan arahan yang di terima. Jawatan GB,Pengetua, Pengarah , Ketua Bahagian, atau apa saja- kita terima dan menandatangani surat tawarannya.Betul banyak arahan, banyak kerenah banyak birokrasi..semua ini tidak akan hilang selagi adanya manusia-manusia yang diberi aqal dan nafsu yang tidak akan berhenti berfikir .kenapa ? kerana semuanya untuk kebaikan/kecermelangan tapi banyak rintangan yang harus di lalui.laluilah dengan tenang, buat yang terbaik.seluruh sistem pendidikan atau apa sahaja kena ubah tapi bila dan bagaimana?saya tahu cikgu sebagai Ketua sentiasa akan buat yang terbaik.ini prinsip cikgu hasan.tahniah dah buat master.

Tanpa Nama berkata...

sandarkan pada Tuhan..jarang kita jumpa org yg bermasalah mengadu pada Tuhannya, ini silap utama kita!

sebetulnya seorang yg memegang amanah itu lebih kuat dan dekat hubungannya dgn Tuhan..

guru2 tidak minta pada Tuhan bagaimana utk mendidik anak2 murid, para pemimpin tidak 'bertemu' dgn Tuhan bagi menyelesaikan masalah org bawahan..ibu bapa tidak lagi kenal dgn Tuhan!

punca segala masalah adalah kerana manusia ada masalah dengan Tuhannya..

sama2 kita renungkan..