Selasa, 6 April 2010

Antara beban kerja dan keinginan bekerja


Umum mengatakan, guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai tugas. Namun demikian masih tidak ada kajian yang signifikan yang membuktikan guru benar2 terbeban. Secara psikologi, bila umum (di kalangan guru) mengatakan guru banyak kerja, semua guru merasa sangat letih, wpun baru jadi guru atau belum lagi memulakan sesuatu tugas di sekolah. Beban tugas diperbesarkan seenaknya mengikut cita rasa masing-masing. Itu hak masing-masing. Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini, antara beban kerja dan keinginan bekerja. Sebelum mendapat pekerjaan setiap kita begitu inginkan pekerjaan itu, dengan harapan hidup lebih terjamin. Namun bila sudah mempunyai pekerjaan, pelbagai cara dan pendekatan orang bekerja mengikut tafsiran, kefahaman dan keinginan untuk bekerja masing-masing. Kepada orang-orang yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka memikirkan alangkah baik jika mereka juga memperoleh pekerjaan sebagaimana kita semua yang bernasib baik mendapat pekerjaan.

Dalam tugas guru di sekolah hari saya akui memang banyak yang perlu diuruskan guru. Namun demikian, dunia hari ini sangat berbeza dengan sepuluh atau 20 tahun yang lalu. Kepada orang-orang yang sangat cintakan pekerjaannya mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan pendekatan untuk memastikan pekerjaan yang dilakukannya sebijak dirinya dan zaman yang serba moden ini. Kita boleh melihat, dalam zaman yang serba moden ini, manusia melakukan pekerjaan dengan mengekploitasi sebanyak mungkin teknologi yang ada agar pekerjaan yang dilakukannya dilihat sangat berkualiti oleh orang lain dan memberikan kesan yang sangat positif kepada dirinya sendiri. Begitulah juga dengan tugas guru di sekolah. Hampir setiap hari, bulan dan tahun, kita melakukan kerja-kerja rutin yang kita ulang-ulang sehingga kita bersara dari jawatan guru. Namun, sejauh mana kita mengambil peluang menggunakan kemudahan dan teknologi moden ke dalam kerja kita di sekolah rasanya tidak seiring dengan perkembangan teknologi itu sendiri. Sepatutnya, semua kerja kita menjadi lebih mudah dan tidak membebankan sekiranya kita seiring dengan teknologi moden hari ini. Sebagai contoh, hampir semua urusan hari ini boleh diurus dihujung jari melalui kemudahan ICT, di mana saja dan pada bila-bila masa. Namun, jarang sekali kita lihat, keadaan ini berlaku di sekolah. Entah mengapa, kita begitu tradisional dan konvensional. Kita masih terikut-ikut dengan pengalaman yang kita hadapi dengan guru-guru kita dahulu, wpun sebahagiannya kita sendiri tidak menyukainya. Inilah yang dikatakan, dunia canggih tetapi kita masih jauh ketinggalan.

4 ulasan:

kembara kelana berkata...

betul hasan ...aku sokong , nak seribu jalan tak nak seribu alasan...beban banyak daytang dari atas, semua bahgian nak buat program dan nunjuk dia ada kerja...ada kpi..ada visi dan misi, koko saja lebih dari 400 sedang hari setahun cuma 365...sebab sekolah kilang paling besar di negara

chehassan berkata...

Terima kasih Sop, hang lama tak singgah blog aku. Apapun mungkin ini satu cara kita berhubung. Penulisan aku hanyalah pandangan peribadi aku sekadar meluah perasaan dan melegakan tekanan. Selamat kembali ke ibukandung julai nanti.

taifor berkata...

Tahniah! keupayaan cikgu Hassan dalam membuat penilaian kritis memang tinggi. Betul sebagaimana yang cikgu Hassan perkatakan. Saya sering memerhati gelagat beberapa kerat guru sekarang, isunya bukan kerana bebanan kerja sejati tetapi bebanan itu berpunca daripada kerja yang dipisahkan daripada ilmu. Contoh, kerapkali bila saya hadir dalam mesyuarat yang kononnya membincangakan agenda utama " Kecemerlangan Akademik ", idea utama akan keluar dari kalangan ahli mesyuarat ialah kelas tambahan. Apakah ini, keutamaannya? Jarang mereka semak tahap kesediaan pelajar itu sendiri, pandangan pelajar keatas pelajaran dan lain-lain yang haris diperbetulkan hampir langsung tidak dibincangkan. Malang sekali. di mana ilmu psikologi yang pernah dipelajari dulu dan lain-lain ilmu dalam proses mendidik manusia?

chehassan berkata...

Cikgu Taifor, langkah kerajaan menggalakkan guru membaca buku dan membentangkan apa yang dibaca boleh dikatakan salah satu cara membolehkan guru berilmu. Mengajar tanpa ilmu pada zaman serba maju ini hanyalah menjalankan tugas rutin yang tiada matlamat. Guru sepatutnya bijak menggunakan peluang yang ada untuk mengekploitasi bukan saja maklumat tetapi kaedah2 pengajaran terkini.