Rabu, 15 Julai 2009

Berubah

Membaca bibliografi orang-orang berjaya, semuanya menceritakan tentang keinginan yang kuat untuk berubah. Bermula dengan perubahan yang kecil sehinggalah kepada yang besar dan cemerlang. Kebanyakan kita keinginan untuk berubah tetap ada di dalam diri dan sanubari mengikut matlamat masing-masing. Namun demikian, perubahan akan berlaku hanya setelah kita berusaha dan melakukan kerja ke arah perubahan. Jika kita hanya melakukan kerja-kerja rutin sekadar memenuhkan masa yang diperuntukan kepada kita, kita bukanlah menuju perubahan walaupun sedikit. Yang hanya berubah, mungkin juga perkara-perkara rutin, seperti masa, umur kita, fizikal kita, atau tapak kasut kita yang saban hari haus menanggung beratnya beban badan kita yang juga semakin berubah. Yang paling menyedihkan kita kadang-kadang tidak menyedari bahawa kita tidak sedikitpun membuat perubahan tetapi diri kita sebenarnya berubah mengikut ketentuan alam.

3 ulasan:

LAH_BK berkata...

salam....cikgu,saya selalu berfikir utk mengubah diri samada dr segi pelajaran ataupun akhlak....
tapi knp bnd tu sukar utk buat berterusan.???
dan selalu jer sangkut di tengah jalan...maknanya akan kembali kepada asal....

taifor berkata...

Hanya orang yang sentiasa melihat kedalam dirinya ( introspection ) dan melakukan intra-comunication yang lebih berjaya dalam melakukan perubahan. Berterusan dalam melakukan perubahan nampak lebih berjaya apabila individu itu menyedari dan seronok menikmati perubahan yang dia perolehi. InsyaAllah dia akan terus berubaha dan maju.

chehassan berkata...

Salam juga buat cikgu taifor & anakanda. Kita jarang sekali bercakap tentang impian dan matlamat, sesuatu perkera yang sangat besar dalam hidup. Bagi memastikan kita sentiasa berusaha untuk berubah, impian dan matlamat wajib sentiasa dilihat. Orang-orang yang berjaya, menampal di mana2, dan memberitahu orang lain apa yang hendak dicapainya. Secara psikologi, apa yang sering kita lihat dan kita cakap, akan mempengaruhi pemikiran di bawah sedar kita dan seterusnya kita akan bergerak menuju matlamat dan impian. Sebagai contoh, jika kita mencintai seseorang, selalunya kita melihat gambarnya dan seluruh pemikiran dan perlakuan kita tertumpu ke arahnya. Jadi, lihatlah impian.