Ahad, 19 Julai 2009

Rehat

Rehat merupakan salah satu faktor penting kesihatan optimum. Rehat bermaksud tidur yang cukup, selasa, tenang dan sedikit rekreasi. Ianya berkait rapat dengan fizikal dan minda. Rehat yang cukup membolehkan kita kembali segar dan bersedia melakukan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan. Selalunya ia boleh dianggap sebagai salah satu cara menghilangkan stres dan tekanan. Hubungan sex yang sempurna dan romentik juga merupakan sebahagian daripada keperluan rehat yang baik. Ini bermakna ianya sangat penting bagi membolehkan kita sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit kronik. Perkara ini seharusnya dilihat dengan serius oleh semua orang dan ianya perlu diurus sebaik mungkin, kerana ia melibatkan masa, wang ringgit serta tahap kesihatan semasa. Salah satu cara berehat ialah dengan membawa diri ke suatu tempat yang mungkin baru bagi kita atau pergi melancong. Untuk berbuat demikian, pastinya kita juga perlu mempunyai persediaan yang cukup dari semua aspek agar perjalanan kita itu tidak menjejaskan diri kita dan orang lain.

Sejak jumaat lalu, saya berada di Kota Kinabalu bersama isteri dan rakan-rakan untuk berehat. Alhamdulilah, wpun tidaklah mencapai tahap maksimum, tetapi saya merasakan perjalanan begini merupakan satu cara saya boleh menghilangkan tekanan dan tidak perlu berfikir perkara-perkara rutin yang membosankan. Dengan berada di suatu tempat yang agak asing bagi kita, pemikiran kita akan menjurus kepada perkara-perkara baru yang mungkin tidak pernah singgah di kotak pemikiran kita sebelum ini. Kita sering melihat, orang-orang yang berhijrah boleh membina hidup baru yang lebih baik dan mungkin lebih cemerlang daripada sebelumnya. Ini bermakna, sesuatu yang baru akan menghadirkan inspirasi yang baru kepada hidup kita. Jadi, berehatlah.

3 ulasan:

LAH_BK berkata...

salam,,,,
alhamdulillah..dapat la jgk ckg berehat...semenjak saya mendaftar semester 5 awal bln 7 ari tu sampai skrg xpernah rehat....rehat pon hanya masa tdo...tiap2 hujung mgu ada je pgrm kelab yg kn satlekan....
apetah lagi nak menyalesaikan pgrm motivasi saye jalankan dgn sekolah di perak dgn kerjasama yayasan pelajarn mara hujung bulan ni....
mgkn lepas pgrm tu baru blh la rehat ckit n focus to my study...
tapi alhamdulillah semuanya dapat dihandlekan...
rehat mmg penting dalam hidup kita...tambah2 lagi bg menghilangkan stress dan penat badan....
tapi rehat yg berlebihan jgk akan membawa kesan negative pada badan....btl tak ckg??

chehassan berkata...

Terima kasih lahjunior atas intrup blog saya. Empat faktor kesihatan optimum ialah, makanan seimbang, senaman yang cukup, rehat yang cukup dan sentiasa berfikiran positif. Bagi orang islam, ditambah dengan amal ibadat, insyaAllah, sihat sejahtera kita.

Unknown berkata...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DARI MAARUF