Rabu, 1 Julai 2009

Kitalah yang menentukannya

Malam tadi kami anak beranak (warga sekolah) makan malam bersama sempena persaraan Pn. Hjh. Rohani. Majlis yang agak sederhana ini diadakan di dataran perhimpunan sekolah, secara santai dan mudah. Wpun tidak semeriah makan malam di hotel, tetapi rasanya kita telah berjaya mengadakan satu majlis yang sangat baik dan sentimental. Wpun ada juga guru dan staf tidak hadir, tetapi yang hadir itu telah menunjukkan komitmen yang tinggi bukan saja untuk menjayakan majlis tetapi juga untuk menyuburkan semangat kekitaan sebagai satu keluarga di sekolah ini. Tahniah saya ucapkan kepada Ustaz Abd. Rahman pengurusi kelab staf dan rakan2 JK yang telah berjaya mengadakan majlis ini dengan baik sekali. Kebolehan guru-guru mendisign susun letak meja serta hiasan untuk menceriakan majlis sangat baik dan berkesan. Syabas cikgu zahir, ustaz izad, dan lain2 guru dan staf yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Inilah yang diharapkan dalam apa jua program dan aktiviti di sekolah. Semangat bekerjasama tanpa berkira, bukan saja kita boleh menjayakan apa saja program tetapi juga boleh mengeratkan perhubungan dan mewujudkan semangat kekitaan. Sekolah ini, kitalah segala-galanya, kitalah yang menentukannya.

3 ulasan:

taifor berkata...

Sekolah kita, kitalah yang menentukannya, kitalah segala-galanya adalah satu pernyataan yang sangat hebat. Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Renunglah sedalam-dalamnya dan cuba fahami falsafah disebaliknya. Kesamaan dalam fahaman akan membawa tindakan yang tepat dan hasil yang maksima.InsyaAllah

Puteri Azizul berkata...

Tahniah dengan semangatmu yang gigih

kembara kelana berkata...

hasse , mu ni GB skema..