Khamis, 25 Jun 2009

Berfikir dan mencuba

Hujung minggu lalu saya berserta 10 orang guru dan 30 orang murid berkampung di SK Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu menyertai Karnival bersama badan beruniform sekolah. Sesuatu yang luar biasa, tapi hebat dan memberi impak yang baik kepada kedua-dua sekolah dan negeri, kata pegawai wakil PPD Kemaman. Terima kasih Pn Khadijah, GB SKRP, En. Alias Othman, PKKO, yang juga macam saudara saya yang banyak memberi nasihat ketika sama-sama jadi mahasiTUA di UPSI serta semua guru, staf dan murid SKRP yang memberikan yang terbaik kepada kami satu rombongan. Walaupun keletihan, saya yakin guru-guru dan murid-murid yang menyertainya memperolehi pengalaman dan ilmu berguna dalam belajar dan mengajar.

Dalam setiap aktiviti atau apa saja yang dilaksanakan di sekolah, sebagai guru, kita harus memberikan yang terbaik. Guru, segala-galanya bagi seorang murid dan kanak-kanak. Justeru, kita di beri kepercayaan dan tanggungjawab untuk mendidik dengan ilmu yang terbaik. Pada kanak-kanak, gurulah segalanya, serba boleh dan serba tahu. Alasan untuk menidakkan tanggungjawab dan tidak memberikan ilmu pengetahuan yang terbaik kepada kanak-kanak, bermakna kita bukanlah guru yang tulen. Guru seharusnya tahu dan mampu berada di mana saja sebagai fesi atau jurulatih kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Guru mengganti tanggugjawab ibu bapa ( in loco perentis ), dalam terma undang-undang. Ini bererti besarnya tanggungjawab guru sehingga boleh didakwa jika didapati cuai menjalankan tanggungjawab. Kalau dulu kecuaian hanya ditafsir akibat daripada kemalangan, tetapi hari ini, kegagalan murid menguasai pelajaran juga boleh mengakibatkan guru didakwa sebagai cuai.

Untuk menjadikan kita serba boleh, dan berada satu tahap lebih baik daripada orang lain (outstanding), amalan berfikir dan mencuba adalah satu kaedah yang paling baik. Orang berkata, seseorang yang suka berfikir diluar kotak fikirannya, selalunya akan menghasilkan kerja yang lebih baik daripada orang lain dan tidak konvensional. Dengan kata lain, guru mesti kreatif dan berfikir di luar daripada kebiasaannya dan mencuba untuk menghasilkan kerja yang keluar juga daripada kebiasaannya. Cuba untuk membangkitkan rasa tidak puas hati setiap kali kita menyiapkan sesuatu kerja dan cuba berfikir untuk mengubahnya supaya dilihat menunjukkan ada perubahan dalam hasil kerja kita. Tidak stereotype dan merupakan sesuatu ciptaan yang baru. Pada saya ianya bukanlah sesuatu amalan yang sukar, hanya berfikir sedikit dan mengubahnya sedikit. Untuk menghasilkan tugasan yang lebih baik, hasil daripada berfikir dan mengubah tadi, kita juga harus menokok tambah dengan ilmu berkaitan apa yang kita buat. Setiap perkara ada hukumnya, dan kita tidak boleh syok sendiri mengatakan hasil kerja kita sudah bagus. Untuk mendapatkan ilmu ini, biasalah, dengan membaca atau merujuk sebanyak mungkin maklumat yang ada dari pelbagai sumber.

Halangan besar dalam diri guru-guru kita hari ini adalah malas untuk berfikir dan mencuba, wapun sedikit. Sehingga perkara-perkara kecil yang tidak sepatutnya silap, sudah menjadi kebiasaan dan sudah dianggap betul. Jika ada orang lain yang menegur kesilapan ini, kata mereka kita cerewet dan serba tak kena. Saya pernah mendengar cerita bagaimana swasta menguruskan sumber tenaga mereka. Staf yang tidak berubah dianggap tidak lagi produktif dan dicadangkan untuk berhenti. Dalam soal ini, di sekolah, seharusnya kita mempunyai kayu ukur produktiviti seseorang mengikut bidang tanggungjawbnya serta keperluan asas kebolehan dan kemahiran seorang guru. Guru yang dianggap tidak produktif dicadangkan untuk hadir berkursus atau menyertai latihan tertentu. Jika ini berlaku, saya yakin sekolah akan menjdi pusat mendidik yang sangat baik dan profesional.

6 ulasan:

mantan berkata...

Che,
Cara berfikir dengan kreatif outside the box itubolh menghasikan sesuatu yang lain drpd biasa.

Tapi, berapa ramailh orang yang berusaha utk itu.

Ramai yg berfikir "apa-apalah aje, asalkan ada".

LAH_BK berkata...

salam..
cikgu,saya selalu berfikir utk membuat something yang baru kepada kelab sayer di kampus...
tapi mereka sukar utk menerima perubahan dan pemikiran yang kita lakukan..walhal jika dilihat dari segi logiknya perubahan tersebut mampu mengubah keadaan kita yang sedia ada utk bertambah baik..
mengapakah terlalu sukar bg seseorg itu utk menerima satu perubahan kearah kebaikan??

chehassan berkata...

Terima kasih Mantan, menjadi tugas kita sebagai pemimpin untuk menggerakkan perubahan. Sebagai guru, jika guru sendiri malas berfikir, bagaimana untuk melatih murid kemahiran berfikir, satu kemahiran yang sangat penting dalam proses pembelajaran.

Lahjunior, terimakasih intrup blog cikgu. Saya sering mengambil pendekatan positif untuk menggerakkan perubahan. Selaluinya orang lain akan ikut setelah kita memulakannya dan membuktikan sesuatu. Namun perubahan memang sesuatu yang sangat sukar berlaku.

LAH_BK berkata...

cikgu,blh sayer tanyer...
sayer sekarang mengambil diploma mechanical engineering...
tapi semenjak sayer belajar di universiti baru sayer sedar yang minat sayer cukup mendalam dalam bidang kaunseling...
sedikit sebanyak ada mengganggu pembelajran sayer dalam mechanical..
apa yang saye blh buat cikgu...??

chehassan berkata...

Mungkin Lahjunior terpengaruh dengan personaliti dan kredibeliti ayah. Jangan begitu, kita perlu ada dan bina sesuatu yang berlainan dalam diri. Maknanya perluaskan skop penguasaan diri dan keluarga. Ayah dalam bidang kaunseling, dan kita, cubalah bidang lain pula. Minat itu tidak salah, dan kita juga boleh mendalami ilmu kaunseling tanpa menjejaskan bidang kita. Saya juga ada belajar sikit2 tentang kaunseling dan boleh juga jadi kaunselor, tanpa menjejaskan tugas sebenar saya. Selamat maju jaya.

LAH_BK berkata...

mungkin ada terpengaruh sedikit...
tapi bila sayer pikir dan memahami potensi diri,sayer rase lebih cenderong kepada bidang tersebut dan sayer yakin mmpu menguasai bidang kaunseling jika saya betul2 fokus dalam bidang ni...
ayahanda hj taifor byk mengajar saya berkaitan kaunseling mgkn secara tidak formal,tapi bila sayer menilai dgn fikiran dan ilmu yang ada bidang ni cuku hebat dan menepati syariat islam....
"hablul minAllah,hablul minannas"...
mgkn cikgu faham...inilah fonflik yang berlaku dalam diri sayer...salah melakukan pemilihan dalam bidang pengajiaan...
tapi InsyaAllah sayer akan cuba utk menghabiskan bidang mechanical sehingga dip n akan terus fokus dalam bidang kaunseling...
ayahanda selalu ckap yang kita perlu ada matlamat yang jelas dalam hidup....jadi saya tahu yang masa depan saya dan matlamat saya utk masa depan mmg dalam bidang kaunseling...terima kasih cikgu...