Jumaat, 12 Jun 2009

Perjalanan singkat

Sejak selasa lalu, saya mengambil kesempatan membawa anak2 (yang kecil2) pulang ke kampung. Biasa, bila cuti sekolah, inilah kesempatan melayan anak2 untuk bersantai bertemu saudara mara yang tidak kurang besarnya. Kebetulan saya masih ada ayah yang berumur sudah menjangkau seratus tahun, jadi keluarga besar kami tersebar hampir seluruh Kelantan. Tapi malangnya perhubungan agak terbatas dek kedaifan hidup dan tinggal pada jarak yang agak jauh. Wbagaimanapun, saya sentiasa mengambil ksempatan untuk berkunjung, maklumlah, saya antara yang merantau ke negeri orang.
Selain ketemu sanak saudara, perjalanan jauh ini memberi kesempatan untuk saya ketemu sahabat-sahabat lama yang membongkar segala nolstagia ketika kanak-kanak dan remaja. Masing-masing dengan haluan hidup yang pelbagai. Tengah hari ini ketika selesai solat jumaat saya berkesempatan ketemu rakan2 ketika remaja. Bila melihat mereka, ternyata kami semua sudah pada alam yang tersendiri dengan pelbagai gelagat hidup. Ada yang kelihatan jauh lebih berumur daripada saya atau yang sepatutnya. Inilah kehidupan dengan bahana apa yang dilalui sepanjang menikmati hidup yang singkat ini. Wpun tidak berpeluang berbual panjang, tetapi daripada riaksi mereka, saya dapat membayangkan peranan masing-masing dalam kehidupan ini. Ada yang telah menjadi Imam besar masjid, ada yang telah menjadi taukeh dan ada yang masih terkial-kial mencari haluan yang lebih baik.
Perjalanan singkat ini juga memberi peluang kepada saya mendapatkan maklumat tentang perjalanan pendidikan di kelantan. Wpun mengamalkan dasar yang sama KPM, tetapi drp apa yang saya dengar terdapat pelbagai isu yang pada saya sangat menyedihkan, khususnya pada peringkat kepimpinan tertinggi pendidikan negeri. Jika diambil kira dengan apa yang berlaku pada peringkat sekolah, pada pendapat saya, pendidikan di kelantan sedang mengalami zaman yang mengecewakan. Mungkin tidak banyak mempengaruhi pencapaian pelajar, tetapi kesan kepada seluruh warga pendidikan rasanya kurang menyenangkan.
Saya sempat berkunjung ke daerah Setiu, Terengganu kerana membawa anak-anak yang sudah lama mengidam untuk mandi pantai. Alhamdulilah, kami rasa sangat seronok ketika bersantai di pantai penarik. Pantai yang bersih dan selamat untuk mmandi manda bersama anak-anak. Sekarang ini di kelantan sudah tidak ada lagi pantai yang bersih. Dari pemerhatian saya, ada sesuatu yang sangat bernilai di sepanjang pantai negeri Terengganu yang sepatutnya di teroka sebagai sumber pelancongan negara. Tetapi, siapalah kita untuk melihat perkara itu lebih jauh.

3 ulasan:

taifor berkata...

Barangkali lebih bermakna kiranya cikgu Hassan dapat memberi pandangan yang lebih jelas mengenai pendidikan di Kelantan dengan membawa sedikit perbandingan berasaskan pengalaman cikgu hasssan yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur dan sekarang di Kedah.

LAH_BK berkata...

salam...
cikgu,pemikiran cikgu sungguh hebat sekali...
maju dan kedepan...
sayer byk jgk mmbc artikel ckg...
sayer sbg mahasiswa di universiti pon kadang2 terfikir knp sistem pendidakn sekarang nampak bercelaru..
tidak kira di kelantan atau di maner2 pon...
impaknya adalah kualiti pelajr berkenaan semakin menurun...
mmg ramai yang cerdik pandai..
ramai yang mengejar bilangan 'A'..
tapi apa gunanya A yang byk tanpa kualiti diri sebagai seorang insan tiada...
cerdik tapi sukar menerima pembaharuan...
sukar menerima pandangan org lain...
dan kadang2 cerdik tapi tiada sifat kepimpinan dalam diri mereka..
saya berkata demikian kerana melihat kapada suasana di kampus saya sendiri..
pada pandangan sayer,kenapa di sekolah tidak diwujudkan suasana kampus atau universiti..
sekarng saya melihat kebanyakan sekolah masih di takuk yg lama...
merotan pelajar...
mendenda pelajar...
mengherdik pelajar..
dan bermacam lagi yang mendorong pelajar utk tidak berminat mengikuti sesi pembelajarn di sekolah...
knp guru tidak mengambil pendekatan yang terbaik selain dari hukuman2 seperti diatas..??
mgkn ckg mempunyai byk idea kearah pendekatan tersebut...
saya berharap ckg dapat menulis berkaitan dgn mewujudkan persekitaran universiti di sekolah..
bagi pandang sayer,ini perlu bagi mendambahkan ghairah pelajar utk belajar dgn lebih tekun dan mempunyai satu nilai tambah dalam diri setiap pelajar seperti leadership..

chehassan berkata...

Terima kasih Cikgu Taifor n lahjunior, seperti biasa memberi respon yang sangat baik kepada isu yang saya tulis. Saya merasa bernasib baik kerana banyak merantau dan memperolehi banyak pengalaman menarik dalam dunia pendidikan dan lain2 tentang budaya hidup. Oleh kerana saya anak kelantan, rasa terpanggil juga untuk mencetuskan polimik agar kita berdiskusi secara jujur dan terbaik tentang banyak isu yang boleh menjejaskan dunia pendidikan dan kelantan secara keseluruhannya. Namun demikian, hasilnya mungkin tidak tercapai jika tidak ada banyak respon daripada rakan pendidik khususnya dr kelantan.