Sabtu, 6 Jun 2009

Tiba2 jadi malas menulis

Sudah lebih 2 minggu saya tidak menulis di blog ni. Minat untuk menulis seperti diragut tiba-tiba. Wpun banyak idea dan pengalaman dilalui tapi, hasrat untuk meluahkan perasaan di sini, jadi kaku. Sebenarnya idea untuk menulis banyak bergantung kepada hati dan perasaan, bukan boleh dipaksa. Mood saya untuk menulis mungkin juga terbantut oleh gangguan hati dan perasaan. Terfikir dan terasa oleh saya, mungkin ada pembaca mengatakan saya mengada-ngada atau mcm2 lagi dengan hak mereka untuk mengatakan apa saja. Perasaan itu tiba-tiba menghilangkan minat saya untuk menulis dan merakamkan pengalaman sebagai bahan perbincangan dan cermin diri. Dalam penulisan, penulis mengambil pendekatan dan style yang pelbagai sesuai dengan minat, pengalaman dan cita rasa hati mereka. Mungkin penulisan saya banyak berkisar kepada hal-hal pengurusan pendidikan dan keinginan untuk mengajak para pembaca mengemukakan pandangan yang baik tentang isu yang saya tulis. Tapi saya tahu dan sedar semua orang mempunyai hak dan citarasa tersendiri untuk memberi respon.

Sejak kebelakangan ini banyak diskusi telah dibuat tentang kebebasan menulis di blog (bloger). Saya tertarik kepada beberapa pandangan tentang betapa blog boleh memain peranan yang sangat baik untuk dijadikan medan berdiskusi secara lebih ilmiah. Namun kebanyakan penulisan blog lebih menjurus kepada hal-hal yang lebih peribadi dan santai sebagai tempat menghilangkan tekanan. Inipun ada baiknya. Saya sangat tertarik dengan rakan2 bloger yang begitu baik penulisannya sehingga mampu mencetuskan perkembangan minda yang baik kepada para pembaca. Semoga saya juga terus berminat untuk menulis.

4 ulasan:

mantan berkata...

Che,
Demikianlah keadaannya.
Sewaktu mula-mula saya berblogging, ada rakan-rakan blogger bertanya, Berapa lamakah saya boleh bertahan, kalau tulis hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Orang tak suka baca! Kalau cikgu sendiri tak mau baca, apatah lagi orang lain.

Oleh sebab itulah, kadang-kadang ada blog guru,yang kelihatannya "keanak-anakan" dan diselitkan dengan kelucuan, namun itulah keadannya....harap-harap ada orang yang sudi membaca.

Saya tak kisah.Cuma kadang-kadang saya ubah style penulisan. Pendekata berbeza. Sama ada secara langsung maupun tidah, sama ada secara sedar atau tidak, saya tetap tulis tentang pendidikan. Saya tidah mahu menulis sesuatu yang lucu tanpa ada pengajaran,panduan dan nasihat di dalamnya, apatah lagi untuk menulis sesuatu yang bersifat lucah!

Walaupun kadang-kadang, misalnya saya menulis tentang pengalaman waku saya di alam kanak-kanak,tetapi secara implisitnya, ada terselit pengajaran di dalamnya.

Tak apalah kalau orang tak mau bincang atau tak mau respons.

Percayalah, kita tetap ada pembaca tersendiri.

taifor berkata...

Saya nanti tulisan cikgu Hassan dengan penuh minat, memang banyak hari tak muncul. Tapi bila dah muncul ideanya cukup hebat. Tahniah. Esok saya akan singgah di sekolah cikgu Hassan dalam perjalanan saya ke Perlis .InsyaAllah

chehassan berkata...

Terima kasih rakan bloger yang sangat hebat, cikgu Wahab dan Cikgu Taifor yang sentiasa memberikan cetusan hati yang sangat baik. Semoga kita terus menulis dan menulis.

chehassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.