Rabu, 17 Jun 2009

Persediaan ke SK Rantau Petronas

Hari ini, hari terakhir membuat persiapan untuk menyertai Karnival Badan Beruniform antara SK Tunku Ismail, Kedah dengan SK Rantau Petronas, Terengganu. Pagi esok kami akan bertolak satu bas dengan 30 orang murid dan 10 guru. Serampang 2 mata, itulah matlamat kami. Menyertai perkhemahan badan beruniform secara bersama dan membuat banchmarking. SK Rantau Petronas, antara sekolah terbaik di Terengganu. Kebetulan GB Pn. Khatijah dan PKKO En. Alias Othman adalah rakan saya ketika kami sama2 sambung belajar di UPSI.

Walaupun menggunakan kos yang agak tinggi, tetapi saya lebih positif kepada hasil yang akan kami capai. Murid-murid yang menyertai perkhemahan bersama ini adalah merupakan barisan pemimpin pasukan beruniform sekolah yang diharapkan akan menimba banyak ilmu dalam program menarik ini. Begitu juga 10 orang guru yang saya bawa bukanlah hanya untuk bersantai atau melancong, tetapi mereka ditugaskan untuk membuat banchmarking apa yang baik di SK Rantau Petronas untuk dijadikan sumber idea bagi membawa perubahan di sekolah sendiri.

Aktiviti luar sekolah khususnya perkhemahan, pada saya seharusnya memberi peluang untuk pelajar bergerak keluar dari sekolah dan merakamkan sebanyak mungkin pengalaman dan pembelajaran yang tidak diperolehi di dalam bilik darjah. Bermula dari menaiki tangga bas, mereka sudah mula belajar berdikari berpisah dari ayah bonda buat seketika dengan dibantu guru-guru sebagai fesi dan penasihat untuk mengharung pengalaman yang mungkin belum pernah mereka alami. Justeru, peluang seharusnya diberi seluas-luasnya kepada para pelajar dan guru untuk menimba pengalaman yang pelbagai di luar sekolah.

Saya merakamkan ucapan terima kasih, atas bantuan dan sokongan banyak pihak dalam usaha menjayakan program ini, terutama Guru Besar dan PKKO SK Rantau Petronas, PIBG, Ibu bapa serta para penyumbang. Sesungguhnya usaha dan sokongan begini akan memberikan banyak kelebihan kepada guru dan murid bukan saja membangunkan personaliti mereka tetapi juga dunia pendidikan negara.

5 ulasan:

taifor berkata...

Hai Cikgu Hassan, kenapa kreatif sangat cikgu ni? Tahniah atas usaha yang hebat ini. Kalau saya pengetua sekolah saya akan buat perkara yang sama. Tapi apakan daya saya tidak berada di posisi itu. Memang program cikgu Hassan ini amat besar ertinya dan impak kepada pelajar dan guru saya yakin cukup tinggi.
Saya sendiri sedang mengatur langkah yang hampir sama untuk pelajar saya di mana pada 16- 19 Julai nanti seramai 40 orang pemimpin pelajar peringkat asrama akan saya bawa ke Melaka dan Kuala Lumpur. Pada Jun ini 2-4 jun 68 orang pelajar tingkatan 3 saya bawa ke Sri Pantai mengikuti kursus Jati Diri dan Pembelajaran Strategik.semuanya untuk membangunkan potensi pelajar. Tahniah cikgu Hassan. You Hebat!!!

LAH_BK berkata...

salam...
cikgu mmg hebat!!!
bg pendapat sayer pgrm seperti inilah yang patut didedahkan kepada pelajar....
supaya mereka bukannya hanya memperoleh pembelajarn didalam bilik darjah shj,tetapi perlu juga didedahkan aktiviti luaran bilik darjah bagi pembinaan jatidiri yang mantap dan fizikal yang sihat...
pagi tadi semasa jogging dgn hj taifor sempat jg beliau mangatakn fizikal yang sihat sedikit sebanyak mempengaruhi kecergasan pelajar utk berfikir samaada utk pembelajaran ataupun dalam berfikir ttg menentukan hala tuju kehidupan...sayer masih student lagi..so tak dpat la nak jelaskan scr terperinci..

chehassan berkata...

Terima kasih cikgu masih tidak jemu memberikan semangat kepada saya. Saya kadang-kadang hilang semangat kerana idea dan perancangan perubahan yang saya buat kurang diberi perhatian oleh guru. Mungkin saya tidak cukup kebolehan untuk mempengaruhi mereka. Terima kasih juga kepada lahjuniormechi yang memberikan pandangan yang baik.

Abang Jeff berkata...

Tahniah di atas kejayaan.Yg penting semangat kerjasama menjamin setiap kerja yang dirancang.Banyak orang boleh memberi idea tapi nak merialisasi belum tentu berjaya.Hanya guru hebat saja boleh menghasilkan kerja yang berkualiti.Great teacher ...inspire.

cik ungu berkata...

"Sekolah Rantau Petronas adalah antara sekolah terbaik di Terengganu"


Setuju!