Ahad, 7 Jun 2009

Pentingnya ilmu kejurulatihan

Petang semalam saya mengambil kesempatan hadir untuk memberi sokongan kepada 2 pelajar saya Mohd Amir Adli dan Mohd Nor Faiz yang mewakili negeri Kedah dalam pertandingan akhir bola baling bawah 12 tahun MSSM di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Walaupun sedikit kecewa kerana tewas dan mendapat naib johan, tetapi tahniah diucapkan kepada mereka berdua serta guru-guru yang memberi bimbingan selama ini. Setakad ini, 3 orang pelajar SKTI sudah menggengam pingat perak pada peringkat MSSM (Kebangsaan). Ini satu pencapaian terbaik sekolah dalam bidang sukan dan kokurikulum. Semoga ini adalah satu permulaan kepada kegemilangan seterusnya sesuai dengan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menjurus kepada pencapaian murid secara holistik.
Satu perkara yang menjadi perhatian saya ketika menonton pertandingan akhir ini ialah, betapa guru yang diberi peranan sebagai jurulatih perlu mempunyai ilmu dan kebolehan dalam bidang kejurulatihan. Wpun tidak mempunyai sijil rasmi, tetapi kebolehan memahami dan membaca kebolehan pemain serta situasi pertandingan sangat penting dan amat diperlukan terutama di dalam perlawanan genting. Secara keseluruhan saya lihat pasukan Kedah dan lawannya pasukan Selangor adalah seimbang, sehingga mereka dalam keadaan sentiasa rapat dalam jaringan gol. Kedah lebih banyak mendahului dan dilihat akan memenangi perlawanan. Tetapi inilah yang dikatakan kebolehan dan kebijaksanaan jurulatih yang memain peranan menggerakkan pemain pada waktu puncak dan tepat pada masanya. Kebetulan saya duduk di belakang kontinjen pasukan Selangor, sempat saya memerhatikan bagaimana jurulatihnya memain peranan sehingga pasukan selangor berjaya mengalahkan kedah dengan jaringan hanya 11-10. Inilah bezanya yang saya lihat antara dua pasukan ini, kebolehan dan kepakaran jurulatih. Walaupun pada peringkat sekolah, guru-guru harus mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu kejurulatihan serta sains sukan untuk memastikan tanggungjawab yang diamanahkan berjaya direalisasikan.

1 ulasan:

taifor berkata...

Pada saya bukan sahaja terikat kepada ilmu kejurulatihan dalam bidang sukan, tetapi keperluan ilmu kejurulatihan ini perlu dikuasai untuk semua jenis bidang.Untuk berjaya tiga komponen ini perlu dinilai dengan serious iaitu ilmu, kemahiran dan impian. Tiga faktor ini akan mempengaruhi sikap dan membentuk sikap seseorang individu dan menggerak seseorang untuk bertindak dengan positif