Ahad, 24 Mei 2009

Tahniah, kita boleh.

Hujung minggu lalu, kokurikulum sekolah meningkat ke satu tahap lagi. Tahniah Mohd Najib kerana telah berjaya menggondol pingat perak di kejohanan olahraga MSSM dalam acara lontar peluru. Tahniah juga kepada pasukan bola baling yang menjuarai kejohanan peringkat negeri Kedah, dan 2 orang pelajar akan mewakili Kedah ke kejohanan peringkat MSSM yang akan berlangsung minggu depan. Perkembangan yang baik ini diharap akan terus berkembang di sekolah ini untuk memastikan objektif pendidikan secara holistik akan tercapai.

Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa usaha semua pihak, murid, guru dan ibu bapa. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap akan sentiasa memberikan komitmen dalam apa jua untuk kemajuan pendidikan di sekolah ini. Saya sentiasa yakin dan percaya, kita boleh, jika kita mahu. Jadi teruskan usaha dalam bidang masing-masing untuk menuju kecemerlangan.

4 ulasan:

taifor berkata...

Memang benar kita boleh apabila kita mahu. Kata ahli psikologi, apa saja yang minda mampu bayangkan, lambat atau sepat satu hari ia boleh dijadikan sebagai satu realiti. Falsafah kepada kejayaan bermula dengan membuat keputusan ke atas apa yang kita mau. Kemahuan itu biar benar-benar kukuh. Bila kemahuan kuat tentunya individu akan susuli dengan tindakan. Dan tindakan ini adalah proses wajib untuk mewujudkan kejayaan.

mantan berkata...

Tahniah untuk semuanya. Keep it up!

Puteri Azizul berkata...

Tahniah CH dan warga SKTI atas kejayaan yang dicapai.

kembara kelana berkata...

tahniah.