Selasa, 12 Mei 2009

Waktu bekerja GB/Pengetua

Beberapa minggu lalu, saya terbaca surat peringatan dari Pengarah Pelajaran Negeri berkaitan waktu bekerja GB/pengetua siap dgn lampiran pekelilingnya serta teguran dan kiasan bahawa GB/Pengetua tidak menjalankan tugas mengikut masa yang ditetapkan dan menjejaskan kredibiliti sekolah, JPN dan KPM. Jauh di sudut hati saya rasa terkilan juga dengan surat peringatan tersebut kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. Pada pandangan saya, seharusnya surat peringatan tersebut ditujukan kepada 'kerbau yang membawa lumpur' tadi. Hukumlah orang yang membuat onar, bukan sebaliknya. Bukankah ketua jabatan berhak meminta surat tunjuk sebab, jika dirasakan perlu bila gb/pengetua tidak mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan.

Saya teringat kembali surat peringatan tersebut setelah petang kelmarin saya terkejar-kejar ke empat tempat berasingan atas urusan rasmi sekolah. Mengapa jadi begitu, kerana saya keluar dari sekolah mengambil kira masa bekerja sehingga saya boleh sampai ke tempat yang dituju dan menyelesaikan urusan tepat pada masanya, tanpa lebih masa untuk mundar mandir (mencuri waktu kerja). Alangkah penatnya rasa apabila tiba di rumah hampir jam 6.30 petang.

Bercakap tentang waktu kerja GB/Pengetua, saya rasa tidak adil jika kita hendak bandingkan dengan pegawai kerajaan yang lain. Di sekolah rutin kerja yang sangat rencam dan tidak tentu masa dan ketika. Kadang2 mesti berada di sekolah waktu malam, hari minggu, hari cuti kelepasan dan sebagainya, kerana itu tanggungjawab yang diamanahkan. Saya merasa heran bagaimana arahan pekeliling yang menyatakan GB/Pengetua boleh rehat pada jam 12.45 tengahhari sama dengan pgawai kjaan yang lain, sedangkan pada waktu itulah, waktu puncak kepada tugas GB/Pengetua di sekolah, lebih2 lagi jika sekolah itu 2 sesi. Selain dari itu, GB/pengetua juga mempunyai tanggungjawab perhubungan dan komuikasi yang pelbagai sebagaimana rencah kerja yang semakin pelbagai di sekolah. Berdiskusi tentang perkara ini, kebenaran tentang hakikat waktu kerja sebenar GB/Pengetua tidak pernah diketahui dengan jelas oleh awam, hatta para pemimpin atasan pendidikan negara sekalipun, kerana GB/Pengetua tidak pernah dipanggil berbincang. Dasar dan peraturan kadang-kadang dibuat hanya mengikut selera dan nafsu politik PTD dalam kementerian dan orang-orang yang berkepentingan. Kita harap perkara ini diperbincang dan ditambahbaikan sesuai dengan era sekolah klaster dan dunia teknologi terkini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya amat bersetujut dgn pandangan dan isu yg diutarakan ini..tugas guru tidak pernah mengenal masa dan ketika, tidak seperti petugas awas yg lain 8-5 setiap hari..tugas guru sepanjang masa!

Tanpa Nama berkata...

saya amat bersetuju dgn pandangan dan isu yg diutarakan ini..tugas guru tidak pernah mengenal masa dan ketika, tidak seperti petugas awam yg lain 8-5 setiap hari..tugas guru sepanjang masa!

taifor berkata...

Inilah salah satu isu yang sering menjadi polimik dalam profesion kita guru. Semasa zaman persekolahan dulu saya pernah membaca sebuah buku kecil bertajuk Guru Adalah Segala-galanya. Merupakan sebuah catatan yang menunjukan tigas guru tidak mempunyai batas sempadan masa. Bila seseorang rakan guru itu benar-benar bertanggungjawab , isu masa kerja untuknya tidak berbangkit sepatutnya. Para Guru Besar/Pengetua atau mana-mana gurupun sudah bekerja lebih daripada masa yang sepatutnya. Berilah sedikit pertimbangan untuk melihat the nature of work seseorang guru itu mengikut bidang yang mereka tangani semasa.Jangan pakai borong atas nama guru semata-mata.
Kakitangan awam ini ada yang benar-benar setting kerjanya dalam pejabat. Ada pula yang kerja dalam dan luar pejabat seperti bahagian operasi yang menuntut pegawainya keluar membuat penyeliaan dan ada pula sebagian besarnya diluar.
Dalam perkhidmatan pendidikan lagi luas liputan masanya. Guru-guru yang tidak banyak terlibat dengan kegiatan kokurikulum barangkali boleh dilihat lebih tepat dengan pekeliling yang cikgu Hassan sebutkan itu, tetapi untuk cikgu yang terpaksa datang kembali ke sekolah selepas waktu rasmi untuk latih sukan dan lain-lain tu nak kira bagaimana? Berapa elaun tambahannya.Banayak mana mereka diberi sesuatu ganjaran?
Hari ini hari cuti di Kelantan. Mulai Jam 8.00 pagi ini saya bersama 50 orang pelajar ke Kota Bharu.Bawa pelajar atas arahan sekolah, balik jam 5/6 petang, kira bagaimana wahai bijak pandai yang begitu rigid dengan perhitungan kerja berkaitan urusan masa ni?

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum aku megambil masa jam 4.30 utk buka blog baca komen cek mjadikan aku dah buat kptusan tak mau jadi gb. Jadi HEM sek cemerlang org aslipun dah letih ape lagi nak jadi GB Cemerlang. Krja dah buat tapi tak akan selesai pun...kerjalah krna Allah agar kita mdapat ganjaran dunia akhirat. GURU BERIMAN IBARAT MENTARI YG BERKILAU,GURU SEJATI PEWANGI YG MENGHARUMKAN,GURU SETIA MENJADI PENDORONG SETIAP IMPIAN,GURU BERHATI MULIA MEMBAWA 1000 KEBAHAGIAAN SMGO DINOBAT GURU CEMERLANG DUNIA AKHIRAT.

Cikgu Sempoi berkata...

Salam singgah tuan.

Terpanggil pula saya untuk memberikan komen mengenai perkara ini apabila pernah saya komen dalam blog saya mengenai seorang yang bernama Megat Edli yg menghantar surat ke ruangan forum yang bertajuk GURU JANGAN MERUNGUT di dalam ruangan surat Utusan Malaysia. Beliau balas balik dalam blog saya!. So, saya sindir dia cukup2 dalam blog saya!. Memang orang (bukan guru) lain hanya tahu kita ni keja separuh hari dan makan gaji buta!.

org tau bersyukur berkata...

Saya bersetuju dgn kenyataan dari Utusan tu.. guru jangan banyak merungut!.. ganjaran yang diberi kepada guru-guru cukup setimpal dengan kudrat yang dikeluarkan..

elaun guru saja dah boleh cover gaji seorang staf sokongan N17.. belum gaji pokok + elaun KPM lain (elaun PPSMI) contohnya..

itu pun nak complaint lagi??

soal kerja bnyak semua org pun mcm tu.. tak perlu la mengeluh.. polis lagi teruk tau.. keje dah bahaya gaji bnyak tu jgak..

klu rasa time keje guru2 sekalian kononya x adil, x mcm staf gov yg lain (8-5) boleh hantar surat resign.. x payah nk banding2kan..

hidaya berkata...

Syukurlah...
kita ada keja, jika kita niat keja dengan ikhlas, segalanya akan jadi mudah Insyallah.
Semua orang ada kekangan, sama-samalah kita jalankan tanggungjawab kita. Sebab setiap orang ada peranan dalam negara ini. Syabas dan tahniah kepada golongan yang banyak menceriakan suasana di tempat keja.

Tanpa Nama berkata...

cikgu patut bersyukur dengan apa ganjaran yg diberikan, boleh dikatakan hampir keseluruhan ganjaran yg diberikan dimonopoli oleh guru kerja hanya separuh hari sahaja. oleh itu bersyukurlah wahai cikgu..