Khamis, 21 Mei 2009

Bagaimana sebenarnya kepimpinan ini

Sering kali saya terfikir, bagaimana sebenarnya kepimpinan yang baik di sekolah. Antara teori dan amalan kadang-kadang tidak menunjukkan satu titik pertemuan kesahan yang sebenarnya. Saya merasakan kepimpinan lebih bergantung kepada personaliti seseorang termasuk rupa parasnya. Sejak menjadi pepimpin di sekolah, saya mencuba beberapa teori dan petua-petua kepimpinan untuk mencapai objektif dan matlamat yang saya rancang. Tetapi kadang-kadang saya merasakan apa yang saya praktikkan seperti tidak kena atau gagal mencapai matlamat. Orang-orang yang saya pimpin seperti mengambil kesempatan dengan sikap saya yang terlalu bertoleransi dan terbuka. Timbul persoalan, tidak baguskah cara saya jika saya sentiasa mengutamakan kebajikan guru-guru sehingga apa saja permintaan mereka berkaitan hal2 peribadi, jarang sekali saya mengatakan tidak boleh. Bila diukur dengan permintaan dan kehendak saya terhadap apa yang telah dirancangkan di sekolah, rasanya ada sedikit ketidakseimbangan, daripada hasil yang telah diberikan oleh guru-guru. Bukan untuk saya secara peribadi, tetapi untuk murid-murid, sekolah dan diri guru-guru sendiri.

Pagi tadi saya menghadiri majlis sambutan hari guru peringkat negeri Kedah. Timbul persoalan dalam diri saya, apakah guru-guru saya tidak mampu menerima anugerah2 yang disediakan? Tidak timbul soal cemburu atau iri hati bila melihat GB SK Convent Father Barre Sg. Petani, naik ke pentas menerima anugerah sekolah cemerlang peringkat kebangsaan, tetapi persoalan dalam diri saya, apakah guru-guru dan staf saya tidak boleh berubah seperti guru-guru dan staf di sekolah itu yang menggerakkan budaya kerja yang sangat baik sehingga membuahkan pelbagai hasil kecemerlangan. Saya tidak negatif, kerana saya telah mula melihat ada tanda-tanda kecemerlangan di dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, tetapi harapan saya kecemerlangan itu biarlah menyeluruh. Apapun saya tetap yakin dan percaya guru-guru saya boleh berubah dari semasa ke semasa tanpa merasa tertekan dan takut untuk terus mencuba membuat sesuatu yang diluar kebiasaan demi untuk perubahan.


Perlukah saya mengubah sikap dan cara kepimpinan saya dengan cara yang lebih keras dan menekan? Saya cuba meneliti dan membandingkan rakan2 GB yang lain bagaimana cara mereka menguruskan sekolah. Sehingga ada yang mendapat anugerah GB cemerlang (DGA38) atau anugerah sekolah cemerlang. Seharusnya saya perlu mencuba sesuatu yang baru namun bukanlah bertujuan untuk menekan atau menyusahkan sesiapa. Menjelang separuh kedua tahun 2009, beberapa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah akan dibuat bersesuaian dengan keperluan semasa dan anjakan matlamat bagi tahun 2009.

5 ulasan:

mantan berkata...

Che,
BERSIKAP POSITIF dalam AMALAN dan PENGHAYATAN BUDAYA CEMERLANG oleh SEMUA warga sekolah mengikut peranan masing-masing secara BERTERUSAN dapat menghasilkan KECEMERLANGAN sekolah.
Ini boleh dicapai, tetapi bukanlah sesuatu yang mudah.

taifor berkata...

Cikgu Hassan! saya tetap meyakini caragaya kepimpinan yang berkesan adalah bermula dari keikhlasana dan kejujuran dalam memimpin. Kemudia visi dan misi kita biarlah jelas dan difahami oleh anak buah yang dipimpin. Elok lagi kiranya visi yang ditetapkan itu diputuskan bersama.
Agenda pengisian ilmu secara beterusan kepada anak buah dibawah pimpinan kita juga perlu sentiasa diadakan. pada saya ini merupakan satu senjata yang amat penting. Guru yang diberi ilmu saya yakin akan melakukan perubahan tingkahlaku. Lantaran itu proses memperkasakan minda guru mesti menjadi agenda utama sekolah dan pemimpin sekolah berkenaan.

Granny Hani berkata...

U r a true 'cikgu'..keep it up!!!

chehassan berkata...

Terima kasih Mantanguru, Taifor dan cikgu Hani atas komen yang sangat membina. Saya sangat hargainya.

maaruftake5 berkata...

mmg hebat cikgu open school ni.