Ahad, 17 Mei 2009

Selamat Hari Guru, terima kasih semua.

Semalam, 17 Mei 2009, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Program dan aktiviti, macam biasa, tak banyak perubahan yang luar biasa. Lebih 20 tahun jadi guru dan sudah 8 buah sekolah saya bertugas, idea kepada aktiviti sambutan tidak menunjukkan perubahan zaman yang semakin baik. Jawapan yang ada dalam hati saya, berlaku pertembungan antara keinginan pemimpin sekolah dengan kehendak guru yang ramai. Guru-guru, dari dulu lagi, mereka seronok kalau dapat bermain-main seperti telemacth atau perlawanan dengan murid. Wpun, dah bertahun tak main, nak juga main. Mungkin sebab kerja cikgu, jadi permainan itu adalah sebahagian daripada tugas mereka.

Saya mengidamkan sambutan hari guru disambut dengan lebih rasmi, seperti perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan (seperti para graduan diarak masuk sebelum majlis konvokesyen) dan didudukkan di satu tempat khas. Suasana penuh warna warni dengan perlbagai acara termasuk anugerah2 khas peringkat sekolah, pengumuman penting, perghargaan daripada ibu bapa serta persembahan khas dari guru dan murid-murid. Sambutan hari guru seperti satu karnival khas di sekolah yang melibatkan semua ibu bapa. Suasana yang hebat ini turut dirasai oleh semua yang terlibat dengan sekolah. Majlis perasmian mungkin dibuat oleh seseorang yang dijemput khas. Saya gambarkan seperti sambutan peringkat kebangsaan. Jika ada pertandingan atau permainan untuk guru-guru, diadakan lebih awal. Mungkin rancangan saya ini akan kita laksanakan pada masa hadapan.

Sempena sambutan semalam, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua murid dan ibu bapa yang memberikan penghargaan dengan ucapan serta pelbagai hadiah. Wpun kecil, tetapi bagi saya ianya sangat bermakna. Budaya menghargai ini seharusnya dipupuk pada peringkat kanak-kanak lagi agar mereka sentiasa hidup dalam suasana yang harmoni dan tahu menilai dan menghargai orang lain. Kepada guru-guru, sempena hari guru ini saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas semua usaha yang baik bukan saja untuk kecemerlangan murid dan sekolah, tetapi juga kecemerlangan diri sendiri.

5 ulasan:

WR berkata...

Selamat hari Guru

Puteri Azizul berkata...

selamat hari guru dan tahniah atas semua usaha yang dilakukan untuk kebaikan sekolah

taifor berkata...

Pemikiran saudara sering menghampiri pemikiran saya, saya juga memikirkan kelainan itu. Tapi sama juga yang berlaku di mana-mana. Bila hari guru, permainanlah yang menjadi agenda utama. Selepas membaca perutusan-perutusan Menteri dan Ketua Pengarah pelajaran dan sedikit ucapan GB@Pengutua, agenda seterusnya sama ada didewan atau dipadang. Dipadang main sukaneka di dewan pula penuh dengan acara pentas,nyanyian, karaoke dan hampir menjadi wajib hari ini tarian poco-poco. Apa nak jadi! kalau dicadangkan agenda macam cikgu Hassan impikan itu, jawabnya rendahlah sokongan/tidak popular. Saya nampak hari ini semakin ramai orang malas berfikir. Barangkali dunia semakin stress. Semua mahu yang mudah-mudah. Wallahuadlam.

taifor berkata...

Selamat dan berbahagia selalu!

chehassan berkata...

Terima kasih waruna, puteriku azizul dan sahabatku taifor. Saya juga berpendapat, sekarang orang tidak suka berfikir. Mungkin dengan berfikir jadi stres dan tekanan, kononnya boleh membawa kepada hadirnya penyakit. Tetapi pada saya, berfikir dengan positif adalah salah satu faktor kepada kesihatan yang optimum. Mungkin juga kemahiran berfikir kepada orang-orang sekarang sudah semakin kurang, kerana segala-galanya tersedia dengan mudah. Hari berganti hari tidak ada apa-apapun perubahan terhadap diri selain daripada umur yang semakin meningkat. Saya sering mengajak guru-guru untuk sentiasa kreatif dan inovatif dalam menjalankan tugas di sekolah yang sememangnya diperlukan oleh kanak2 untuk belajar dengan penuh ceria dan holistik. Jika kita ajak rakan2 berdiskusipun, jarang sekali mereka menerima dengan cara yang positif, apa lagi untuk menulis panjang lebar secara lebih ilmiah dan terbuka.