Ahad, 10 Mei 2009

Perancangan Sekolah Setengah Tahun Kedua

Semalam berlangsung mesyuarat Kurikulum 2/2009. Matlamat mesyuarat ini adalah untuk membuat tinjauan semula (post mortem) perancangan sekolah setangah tahun pertama dan menambahbaik perancangan sekolah bagi setengah tahun kedua 2009. Jika sebuah syarikat swasta, membuat tinjauan semula dan menjana perancangan kehadapan merupakan suatu agenda penting dalam pengurusan syarikat untuk memastikan matlamat 2009 dan visi syarikat tercapai. Di sekolah, perkara ini jarang dilihat secara serius bukan saja kepada pemimpin sekolah, tetapi juga guru-guru yang mempunyai tanggungjawab besar kepada matlamat pencapaian murid pada tahun semasa. Selalunya, sekolah berlalu seperti biasa, dan jika ada mesyuarat hanyalah sebagai satu rutin yang memenuhi takwim sekolah. Perbincangan tidak benar-benar menjurus kepada post mortem dan analisis pencapaian terkini dan sasaran masa depan.

Saya cuba menghadapi situasi ini, dengan cara agak santai sebagai permulaan perubahan sistem pengurusan sekolah. Tetapi bukanlah sesuatu yang senang untuk mengajak guru duduk berjam-jam berbincang dan membuat analisis kekuatan dan kelemahan apa yang mereka buat sepanjang hampir 5 bulan sesi persekolahan 2009. Namun demikian, dengan merujuk kembali fokus perancangan strategik semasa (2009) serta menarik perhatian guru kepada headcount kurikulum/akademik sekolah, saya sangat berharap guru-guru faham hala tuju wawasan sekolah. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan pencapaian semasa aktiviti kokurikulum dan hal ehwal murid, seharusnya menjadi turning point kepada semua guru untuk menambahbaik semua perancangan dan gerakkerja untuk sesi setengah tahun kedua (penggal 2) nanti. Dengan segala kemudahan yang ada dan telah disediakan seharusnya guru-guru tahu dan sedar apa yang harus mereka lakukan untuk memastikan matlamat 2009, anjakan kecemerlangan menyeluruh, tercapai.

Saya tidak terlalu optimis untuk melihat perubahan yang sangat besar, memadai berlaku perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya dan memberikan kekuatan untuk kecemerlangan seterusnya. Guru-guru harus tahu mengukur dan meletakkan sasaran bukan saja murid-murid di bawah tanggungjawabnya tetapi juga sasaran peribadi. Saya sering katakan, tidak akan berlaku sekolah itu cemerlang, jika guru dan kepimpinan sekolahnya tidak cemerlang.

2 ulasan:

kembara kelana berkata...

se...aku start keta 6.30 pagi...sampai sekolah jam 7.00 aku balik 6.00 petang...nak buata macam macam...masa ada cikgu aku layan mereka dan menyelia...melayan tetatu dan akhir sekali bila dah tak ada orang kau buat perancangan pulak..
penat se penat...tapi aku puas se...aku juga fasi daerah bagi mengurus pengetua dan GB dan penyelaras kursus ictl wakil ppd rompin...

chehassan berkata...

Terima kasih jenguk blog aku Sop. Mu meme ada kebolehan, jadi go head. Aku harap mu sebahagian drp ejen pembangunan pendidikan daerah rompin dan negara. Selamat berjuang sahabatku.