Khamis, 30 April 2009

Tetamu di sekolah

Ni satu lagi cerita, yang aku nak gambarkan keadaan yang berlaku di sekolah. Sorry, pakai bahasa aku hari ni. Tengah hari semalam aku berbual dengan seorang tetamu sekolah, salesmen. Biaq pi la kalau ada orang kata aku puji diri. Tapi cerita sikit apa yang kawan kita salesmen ni cerita boleh kot. Kalau taknak dijadikan pedoman pun, ikut hangpalah. Salesmen ni cerita, pengalaman dia masuk ke sekolah, dia menghadapi macam2 kerenah GB/Pengetua. Maklumlah, mereka ni hebat dan ada kuasa. (Besar mana sangat kuasa tu?) Sesetengahnya tak beri peluang langsung. Dari pintu masuk lagi diarahnya jaga sekolah, tahan dan tak benarkan masuk. Kononnya untuk keselamatan sekolah. Bagus jugalah kalau fikir begitu. Ada setengahnya pula dia ada di sekolah, tapi disuruhnya staf sekolah yang sambut tetamu tu kata dia takda di sekolah. Macam2lah, ada yang kata sibuk, mesyuarat, takda duit dan sebagainya.

Apa yang aku nak hangpa bayangkan, bagaimana rasanya jika kita terbalik, hang jadi salesmen dan salesmen tu jadi hang. Lepas tu, salesmen yang ambil tempat hang sebagai GB/Pengetua, layan hang macam hang layan dia tadi, macam mana rasanya. Aku pernah berguru pasal komunikasi dan perhubungan ni, kalau nak layan orang, cuba terbalikkan kedudukan. Kita jadi tetamu, dan tetamu tu jadi kita, apa perasaan kita? Aku selalu ingat, aku ni anak ramai, mungkin ada anak2 aku yang keja jadi salesmen. Jadi aku selalu ingat, bagaimanalah perasaan anak2 aku ni, jika ada orang2 hebat seperti GB/Pengetua ni tak layan dia untuk mencari sedikit rezeki di sekolah.

Bukan saja salesmen, pelanggan sekolah seperti ibu bapa pun perlu diberi layanan yang baik sesuai dengan keperluannya hadir di sekolah. Mereka tidak akan hadir jika tiada keperluan. Jadi, jika mereka tak diberi layanan yang baik, malanglah kita dan mereka. Dari pengalaman aku, ada sesetengah salesmen dan ibu bapa yang hadir jumpa aku, mereka seperti tergaman dan terkejut, dengan layanan aku. Bila aku tanya, aa..macam2lah ceritanya dari pengalaman mereka sebelum ini. Terpulanglah, hang nak kata aku masuk bakul angkat sendiri ke, apa ke, aku harap cerita aku ni jadi ikhtibar. Bila pegang tampuk sebagai ketua, janganlah rasa hebat dan besar sangat. Tak rugi satu sen pun layan tetamu dengan baik. Dengar dulu apa dia nak kata, jangan takut dengan bayang2 sendiri. Aku rasa malu, bila ada salesmen cerita perangai GB pengetua yang layan mereka macam zaman penjajah. Sorylah kawan, kalau baca blog aku ni, hang terasa.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu hari Prof Dr. Syed Otham (S.O.Kelantan ), seamsa beliau telah bersama, beliau berhkidmat sebagai pensyarah di Institut Pujangga kampus Serdang. Beliau pernah datang ke sekolah saya dulu di Machang, dan beliau pernah dilayan sebagaimana cikgu Hassan certakan ini. Semasa beliau jumpa saya dibilik kaunseling, beliau katakan pada saya " maaf cikgu, saya nampak cikgu punya bos tu layak masuk kebun dan tanam pisang".Saya terus minta maaf dengan bilau bagi pihak sekolah. Saya katakan kepadanya mungkin orang yang layan beliau tu tak cukup ilmu dalam pengurusan. Kononnya dia tu bos , mula pandangannya kepada orang lain kecil dan rendah belaka. Inilah hakikat yang sedang berlaku. Pada saya semua yang masuk ke sekolah tu tentu ada pelbagai hajat.Memang selayaknya dilayan dengan penuh hormat. Mungkin satu hari kita perlukan mereka. Salesmen ini pada saya ada pelbagai pebgalaman, kalau saya ketua atau Pengetua saya akan minta mereka beri ceramah motivasi dan apa-apa yang patut disamping memberi ruang mereka untuk perkenalkan produk. pada saya sekolah memerlukan pelbagai produk, dan mungkin yang salesmen bawa tu amat diperlukan. So dengar dulu apa yang merka nak promot. Bukankah sekolah sentiasa membuat pelbagai belian?
Saya setuju dalam kontek berkomunikasi, gunakan pendekatan yang cikgu Hassan katakan itu. Cuba tukar peranan , dan kesan apa perasaan bila kita jadi salesmen dan dilayang secara begitu. Inilah yang dikatakan kefahaman empati. Nilai empati ini amat penting untuk meningkatkan rasa dan nilai EQ atau nilai kemanusiaan.Taifor

chehassan berkata...

Kalau ada ramai lagi yang macam cgu Taifor ni berbincang topik ni, rasanya bagus sekali, bukan saja kepada pemimpin tetapi kepada semua warga sekolah. Perhubungan dan komunikasi itu adalah sebahagian drp pendidikan.

omaQ berkata...

salam pekenalan :)

mantan berkata...

Che,
Bukanlah susah sangat nak layan tetamu kita tu.

Masanya bukanlah lama, sekejap je.

Baik juga klau GB dan Pengetua baca buku "The One Minute Manager".

chehassan berkata...

Mantan, saya akan cri buku tu.