Rabu, 22 April 2009

Ibu bapa prihatin

Semalam saya dikejutkan dengan emel daripada seorang ibu kepada pelajar Tahun 6 di SKTI. Saya merasa sangat gembira dan teruja dengan respon yang baik ini, lebih2 lagi melalui emel, satu kaedah komunikasi ICT pada masa kini. Wpun sesetangah pemimpin sekolah merasa takut dan curiga dengan tindakan ini, tetapi saya mengambil sikap positif kepada visi membestarikan sekolah. Ketika saya berbual dengan Pn. Junaidah bt. Thamby Hashim, GB SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur, yang merupakan antara Sekolah Bestari terbaik di negara kita, beliau sendiri pun kadang-kadang rimas dengan emel yang berbentuk komplain drp parent, walaupun komunikasi secara eletronik ini merupakan indikator kepada SSQS (Smart School Qualification Standards). Namun demikian, pada saya komplain drp orang lain adalah cermin kepada kita untuk menilai apa yang kita buat.

Perhubungan melalui eletronik hari ini tidak terbatas. Dalam proses pengurusan pendidikan di sekolah, kecanggihan ICT seharusnya dieksploitasi semaksima mungkin, kerana dunia pembelajaran dan pendidikan yang sangat luas. Jika kita sentiasa negatif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, bererti kita mundur ke belakang. Saya meletakkan satu matlamat untuk mewujudkan sekolah yang mesra pelanggan berorientasikan ICT. Ini bermakna semua komunikasi berlaku secara positif untuk menjana kemajuan masa hadapan. Sebagai contoh, suatu masa nanti ibu bapa boleh mengakses maklumat berkaitan perkembangan pembelajaran anak2 mereka melalui talian. Begitu juga sistem support pembelajaran boleh dibuat melalui e-pembelajaran dan sebagainya. Alangkah hebatnya sekolah jika berlaku begitu. Sehubungan itu saya berharap guru-guru bersedia untuk bergerak lebih maju lagi dalam bidang ICT serta menghadapi cabaran perkembangan teknologi ini dengan cara yang positif dan bermanfaat. Segala yang kita usahakan penambahbaikan dan perubahan ini adalah untuk anak2 kita dan generasi bangsa yang akan datang.

6 ulasan:

yusofsipan berkata...

tahniah chehassan, bagus ler tu.... tak pernah lg saya menerima sebarang email dr parent, dr peminat ade ler... hehehe

Selamat maju jaya!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu Hassan. Teruskan memberi respon dan maklumat positif ini. Inilah model GB yang hebat pada pandangan saya. Saya mengharapkan cikgu Hassan terus menulis walupupun selalu bertembung dengan kekangan masa. Bahkan saya ingin syorkan supaya cikgu Hassan susun dengan baik idea-idea dan pandangan ini, dan kemudian terbitkannya dalam bentuk penulisan buku. Saya dah mula fikir ke arah itu. Taifor

Taifor berkata...

Kaulau cikgu sempat ceritakan sikit apa pengisian kursus di IAB tu.

chehassan berkata...

Terima kasih Sop atas komen. Cikgu Taifor, terima kasih memberikan pandangan yang sangat baik. Saya juga bercadang untuk menulis buku. Sebab banyak idea dan ada kebolehan menulis. Berkaitan kursus di IAB, biasalah, membimbing pemimpin sekolah untuk jdi yang terbaik. Kami didedahkan bagaimana menguruskan ICt di sekolah serta kaedah membuat ABM (Anggaran Belanja mengurus) bagi keperluan pembangunan ICT.

chehassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cikguwan berkata...

tk Che Hassan kerana bantu ajar blog.Coretan dari blog kau memang hebat.Tahniah untuk kongsi maklumat...