Isnin, 6 April 2009

Mari kita lakukannya

Perubahan bererti hasil daripada tindakan. Perubahan yang positif bermakna penambahbaikan daripada yang sedia ada atau pencapaian yang lepas. Jika hasil kerja kita tidak menunjukkan penambahbaikan, wpun sedikit, ini bererti kita pada kedudukan yang statik dan tidak produktif. Jika di sektor swasta, atau organisasi yang bermatlamatkan keuntungan, kita akan menghadapi masalah besar dengan stake holder atau pemilik organisasi tersebut. Kita tahu ini dan kita pernah dengar atau pernah melihat rakan2 kita disingkirkan atau dibuang kerja. Sesetengahnya memberi alasan kemelesetan ekonomi, tetapi pada dasarnya organisasi itu sudah tidak mampu bertahan dengan kerugian yang mungkin disebabkan oleh antara lainnya, kegagalan fungsi para pekerjanya. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada itu.

Saya pernah membaca buku Mandiang Lim Goh Tong, pengasas kepada Syarikat Genting Berhad yang terkenal di serata dunia itu. Dari sudut positif, kita lihat bagaimana mandiang seorang yang buta huruf, berasal dari negara China itu boleh membangunkan diri dan memberi impak yang besar kepada negara kita. Apa yang saya ingin menarik perhatian kita ialah keinginan beliau untuk berubah dan bekerja ke arah itu. Ternyata bukan sesuatu yang senang yang hanya perlu cakap dan lihat. Beliau menceritakan bagaimana beliau berjalan kaki dan mengupah juru pandu dan juru rintis untuk sampai ke puncak Genting Highland yang sekarang ini rakyat Malaysia nikmati sebagai pusat pelancongan yang tersohor itu. Banyangkan cabaran dan halangan yang beliau hadapi sehingga ada peristiwa yang hampir meragut nyawanya. Saya memberi contoh ini bukan kerana tidak ada contoh lain, tetapi kekaguman saya terhadap keinginan dan kesungguhan mandiang untuk berjaya. Jika dibandingkan dengan kita, apalah ada pada kita. Sebenarnya banyak lagi projek besar kerajaan yang kita nikmati di negara kita ini hasil kerja mandiang seperti Projek bekalan Air di Pulau Pinang, Pengairan Kemubu di Kelantan dan lain-lain lagi.

Di sekolah kita dipertanggungjawabkan untuk melahirkan insan yang sempurna sebagai warganegara masa depan. Tugas itu dilihat bukanlah sesenang ungkapan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dan kita menerima tanggungjawab itu seadanya sejak wujudnya sekolah di negara kita. Jarang sekali kita mengukur hasil yang kita usahakan itu. Saban tahun kita bertugas seperti rutin yang tak sudah. Justeru jika didiskusikan isu ini, ia pasti menjadi polimik yang sangat besar. Kita kadang-kadang beralasan, jika semua cemerlang, siapa yang nak jadi tukang sapu dan tukang2 lainnya. Tapi pernahkah kita bertanya, anak siapakah yang kita letakkan harapan sebagai tukang2 tadi. Saya percaya kita tidak pernah memikir dan mengharapkan anak kita.

Perancangan, visi dan misi sekolah dilihat sebagai satu kertas kerja yang sudah lengkap untuk mencapai matlamat pendidikan negara. Tetapi persoalannya sejauh mana ia terlaksana dan mencapai objektifnya. Ini yang harus kita renung kembali dan mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut keperluan, tanggungjawab dan harapan yang diletakkan. Bertangguh dan melihat apa akan terjadi, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Hari silih berganti, dan kita seperti seadanya kita. Seruan saya, ayuhlah!, mari kita lakukannya, dan kita lihat hasilnya. C U on the top.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu Hassan.From Taifor.
Untuk- cikgu-cikgu sekolah cikgu Hassaan nama buku yang beliau maksudkan itu ialah "Cerita Saya" @ My Story.
Hebat saya syorkan cikgu-cikgu beli dan baca. atau pinjam saja dari cikgu Hassan tu. bagus sekali

kembara kelana berkata...

steady mu se..steady..key in cepat e permohonan dan 5 bulan depa panggil temuduga...hang tangguh buat apa...sesuai dengan tajuk mari kita lakukan

mantan berkata...

Che,
bukan senang untuk berubah. Ada yang merasakn ada perubahan, tapi sebenarnya tidak. Perubahan itu melibatkan 'tindakn' dan 'hasil' yang lebih baik.

chehassan berkata...

Terima kasih, Kaunselor Taifor, Mantanguru Cikgu Wahab dan rakan GB Cikgu Yusof. Komen anda memberi kekuatan kpd saya utk terus berbloger. Semoga memberi manfaat kepada pembaca, khususnya guru-guru sekolah saya, wpun mungkin sedikit, tapi alhamdulillah.