Khamis, 23 April 2009

Terima kasih IAB

Hari ini tamat Kursus Pengurusan Perkhidmatan ICT yang saya hadiri. Lima hari di sini, banyak manfaatnya. Selain daripada dapatan kursus, saya dapat rakan2 GB baru dari seluruh tanah air. Ada yang baru berjinak2 dengan ICT, baru daftar emel, baru nak belajar buat blog dan ada juga yang hebat, seperti Hj. Sharkawi GB SK Peserai, Batu Pahat, Johor yang jauh lebih advance ilmu ICt dan juga fotografi. Dengan pengalaman 6 bulan di sini ketika kursus NPQH, saya mengenali banyak pensyarah dan staf IAB, sehinggakan saya boleh bermain badminton dan bersantai dengan mereka di restoran di Gohtong Jaya. 2 petang saya berkesempatan bermain badminton di gelanggang di mana Allahyarham Dato Razali jatuh dan membawa kepada kematiannya. Rakan2 staf dan pensyarah yang hebat bermain badminton seperti En. Shafei, Dr. Rafi, En. Idaris dan Cikgu Wan yang baru dilantik sebagai pensyarah di IAB sangat mesra dengan saya sehinggakan saya sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Begitulah senario saya di IAB. Pada saya IAB terlalu banyak jasanya kepada saya yang sudah hampir menutup buku untuk terus belajar. IABlah yang membuka lembaran baru kepada saya bukan saja mendidik saya sehingga berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan di UPSI, tetapi juga merangsang saya untuk terus belajar dan membangunkan sekolah menjadi yang terbaik. Terima kasih IAB.

5 ulasan:

Puteri Azizul berkata...

Tahniah semoga anda akan teruskan study ke peringkat yang lebih tinggi........

Tanpa Nama berkata...

Inilah nilai dan enrti penghargaan.Tidak semesteinya nilai wang ringgit. Satu perkataan Thnks sudah cukup membawa makna yang amat besar.Taifor

Cikgu Sarkawi berkata...

Seperti yang saya katakan ICT perlu sedikit keberanian. Untungnya anak-anak kita yang mempunyai guru yang dapat mengajar ICT secara formal. Saya belajar sendiri dan banyak bertanya "Pak Cik Google"

Saya orang kampung yang masih jauh ketinggalan infrastruktur berbanding rakan-rakan kita di bandar.

chehassan berkata...

terima kasih puteri, Hj. taifor dan Hj. Sharkawi beri komen di blog ini. Hj. Sharkawi, cikgu memang hebat dan punya keinginan yang tinggi untuk menjayakan visi sekolah bestari. ICt, tak perlukan guru formal. Memandai-mandai, pandailah ia, mcm haji sekarang. Buat yang terbaik dan jangan lupa kongsikan dengan rakan2.

mantan berkata...

Che,
IAB ialah institusi terbaik di negara kita bagi memantapkan pengurusan pendidikan.

Jangan lepaskan peluang jika diundang berkursus di IAB.