Rabu, 29 April 2009

Peranan Guru Besar dan Pengetua di sekolah

Bercakap tentang peranan Guru Besar dan Pengetua di sekolah, umum mengetahui betapa besar dan beratnya tanggungjawab itu. Dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar2nya, GB dan Pengetua bukan saja perlu mengetahui tetapi perlu melakukan bersama-sama dengan semua guru dan staf di sekolah. Dengan kata lain, GB dan Pengetua boleh buat jika disuruh untuk melakukannya. Sebagai contoh, jika kita menyuruh seorang pekerja memesin rumput, kita seharusnya tahu dan boleh juga memesin rumput. Bukan tujuan kita nak mengambil alih tugas pekerja sokongan, tetapi sekurang-kurangnya tahu dan rasa bebanan kerja yang ditanggung oleh orang-orang yang kita pimpin. Dalam entry kali ini saya tidak bercadang berbincang panjang lebar tugas dan tanggungjawab GB/Pengetua di sekolah, tetapi sekadar berkongsi pengalaman apa yang saya lalui.

Sejak awal tahun 2009, saya sering bersama-sama guru dan murid-murid yang menyertai pertandingan2 acara sukan dan kokurikulum. Saya pasti hadir ke veneu pertandingan bukan saja untuk melihat tetapi turut menjadi penyokong kuat kepada pasukan dan sesekali bertindak sebagai penasihat atau jurulatih. Pada saya kesannya sangat hebat, bukan saja kepada murid-murid yang bertanding tetapi juga kepada guru-guru serta ibu bapa. Saya tidak sedikitpun merasa kekok atau merasa saya ini perlu dilayan dengan protokol, tetapi saya meletakkan diri saya sama seperti guru-guru dan murid-murid saya yang berusaha bertungkus lumus.

Beberapa minggu lepas, dua hari saya bersama skuad hoki sekolah di pertandingan Hoki MSS Daerah Kuala Muda/Yan, dan dua hari yang lepas kebetulan sekolah saya menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Bola Baling peringkat Zon PKG Sungai Petani, saya juga bersama-sama dengan guru-guru dan murid2 saya untuk memastikan mereka bersemangat dan mengungguli kejohanan. Apa yang ingin saya perkatakan di sini, sepanjang kedua2 kejohanan tersebut saya tidak pernah melihat kelibat mana-mana guru besar dan pengetua yang hadir ke veneu pertandingan untuk memberi sokongan moral kepada pasukan sekolahnya. Mengapa terjadi begini, ada banyak jawapan di dalam benak saya. Tetapi apa yang saya ingin utarakan di dalam penulisan kali ini, adalah luahan rasa guru-guru dari sekolah lain yang seperti rakan2 saya, bahawa mereka menyatakan kekecewaan mereka terhadap sikap GB dan Pengetua mereka. Mereka bukan saja memuji sikap saya yang sentiasa turun padang, tetapi turut memberi perhatian kepada semua guru dan pasukan yang bertanding. Jika kita mahu berbincang impak peranan GB dan Pengetua dalam situasi ini, rasanya terlalu banyak yang boleh kita perkatakan. Saya bukan berhajat memuji diri, tetapi merasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan2 pemimpin atau yang bakal menjadi pemimpin sekolah, betapa pentingnya GB dan Pengetua sentiasa bersama-sama anak buahnya dalam apa keadaan sekalipun. Saya mendapat banyak maklumat negatif tentang GB dan Pengetua kerana saya bergaul rapat dengan semua guru yang saya kenal dengan menyertai mereka melalui pelbagai aktiviti sosial seperti bersukan, melayani hobi memancing dan sebagainya. Luahan rasa para guru, mencerminkan betapa GB dan pengetua perlu cermin diri mereka melalui bahasa badan guru dan staf mereka. Janganlah merasa kita sebagai GB dan Pengetua, terlalu sibuk sehingga tiada kesempatan untuk bersama-sama mereka berusaha membangunkan sekolah dengan cara yang terbaik. Wpun terdapat banyak teori kepimpinan yang cuba kita amalkan, tetapi mempraktikkan seikhlasnya pada situasi sebenar akan memberi banyak manfaat kepada kita dan sekolah seluruhnya.

5 ulasan:

Puteri Azizul berkata...

Tahniah ch teruskan usaha anda, `work smart' be a good leader.

Taifor berkata...

Syabas, memang itu yang diharapkan oleh guru-guru, nak tengok GB dan Turut serta dalam segala aktiviti. Saya yakin cikgu-cikgu tidak minta untuk Pengetua dan GB ada bersama sepanjang masa, tetapi cukup dan memadai jikanya kelibat mereka dapat dilihat walaupun seketika. Kehadiran GB dan Pengetua dalam sesuautu even itu akan memberi impak yang besar kepada semua, guru -guru dan juga pelajar. Memang benar tugas GB dan Pengetua amat berat. Tetapi kiranya mereka tahu dan bijak menggunakan konsep Empowerment - menurunkan kuasa kepada penolong-penolong dan guru-guru yang telah dikenal pasti dan dapat dipercayai, insyaAllah kerjanya jadi mudah dan lebih ringan. Contoh dalam pengurusan dan perlaksanaan khidmat Bimbingan dan kaunseling saya saya saya lebih arif dalam merancang dan melaaksanakan program berkaitan.Kiranya tuan pengetua saya benar-benar percaya saya mampu laksnakan segmen saya beliau cukup dengan hanya bantu saya dapatkan sumber kewangan dan meluluskan satu-satu projek yang ingin saya laksanakan. Yang jadi teruk tu saya nampak ada pengetua tak faham apa bidang tanggungjawab yang anak buah dia patut buat.
Dengan kata lain pentadbir utama sekalah iaitu GB dan Pengetua perlu mempunyai kefaham konsep yang tinggi. Betul kemahiran teknikal juga kena ada macam cikgu Hassan kata tu, dan cukup untuk tunjukkan pemimpin ada kemahiran tetapi ada pemimpin sekolah terus terjun menjadi pelaksana kerja-kerja teknikal tadi. Malanglah sekolah itu kiranya ini terjadi. Tapi untuk cikgu Hassan saya yakin bahawa cikgu adalah insan yang faham prisipal dan konseptual utama sebagai pemimpin pendidikan dan juga mampu menguasai teknikal lantaran pengalaman yang luas dan lama dah dalam dunia pendidikan. Untuk pengetahuan cikgu Hassan saya dah dua kali dinobatkan sebagai kaunselor terbaik di kelantan pada tahun 1999 dan 2001 Juara perkhidmatan kaunseling diperingkat negeri dan daerah. Tapi hari ini saya tukar di sekolah baru, saya nampak pengetua saya lihat dan nilai saya seolah-olah saya ni macam guru baru masuk kerja. Inilah contoh lemahnya pemimpin sekolah yang ada.Saya tidak nampak kehebatan pada pemimpin-pemimpin utama pada kebayakan sekolah di kelantan sekaran. Ikhlas saya katakan. saya tak jumpa orang sedinamik macam cikgu hasan ini di kelantan.Taifor

angkat bakul berkata...

hmmmm
tak abis2 memuji diri...guru besar ni

chehassan berkata...

Nilah sikap sesetengah orang Melayu. Diri sendiripun dia tak tahu nak puji. Bila orang lain tak puji dia, dia marah. Bila orang puji dia, dia pula mengatakan dia tak ada apapun. Merendah diri konon. Taknak terima hakikat. Aku tak tahu sapa hang, kalau nak bagi komen kat blog aku ni, biar serius, kita bincang perkara yang jelas dan nyata yang boleh bagi faedah mungkin juga kepada hang. Apa yang aku tulis ni, yang aku nampak dan rasa. Banyak GB & Pengetua, bila ada surat PPD/JPN baru dia nak turun padang lepas tu nak buat cleim perjalanan. Itu betulkan? Kalau aku puji diri sikitpun, aku memang buat. Kalau hanya pandai cakap, pegang cangkul pun tak tau, tak payah jadi GB/Pengetua. Aku serius. Sampai hari ni, kita masih lagi mengamalkan sistem penjajah. Ketua menjajah orang2 di bawahnya. Keinginan mengubah diri dan buat kerja lebih sikit, payah nak nampak. Kalau hang nak tahu, ada GB yang keja dok goda bini orang pun ada. Hang kot... Sory la kawan.

Mohd Izam berkata...

Tahniah Che anda memang contoh guru transformasi,"angkat bakul" ni lah ,manusia yang tak mahu berubah irihati bila orang berubah.