Ahad, 19 April 2009

Kembali ke IAB

Hari ini saya kembali ke IAB, sebuah institut yang banyak membantu saya mendidik dan membangunkan diri sehingga saya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan. Sesuatu yang sangat hebat dan membanggakan. Hari ini saya hadir lagi ke IAB Genting Highland ni untuk berkursus Pengurusan Perkhidmatan ICT. Wpun banyak nolstagia di sini, tetapi hadir kali ini bukanlah untuk suka2 atau berehat di kaw dingin ini. Tujuan saya adalah untuk membangun n mengkompetensikan diri dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan ICT. Ini bertepatan dengan matlamat dan wawasan saya untuk membangunkan sekolah sebagai sekolah bestari secara berdikari. Justeru peluang kursus ini saya ambil sebaik mungkin. Harapan saya tamat kursus ini, saya memperolehi ilmu yang sangat berguna dr iab sebagaimana yang pernah saya perolehi sebelum ini.

Menariknya dalam kursus ini sebahagian pesertanya terdiri drp gb sek bestari, fasa terbaru KPM. Ini sesuatu yang sangat bermakna bagi saya untuk berkongsi maklumat dengan mereka. Kepada guru-guru skti yang mengetahui kehadiran saya di sini, harapan saya anda semua memahami aspirasi saya untuk membangunkan diri dan sekolah menjadi yang terbaik. Justeru, ruang dan peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin. Kemudahan yang ada harus dieksploitasi sepenuhnya. Semoga kita dan SKTI akan jadi yang terbaik.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah! cikgu Hassan. Tak ramai guru besar yang bersemangat macam cikgu Hassan ini. Cuba bilang berapa ramai GB dari Kelantan dtg kursus sama dgn cikgu ni dan beritahu saya.Mungkin ada, tapi tak tau lah.Kalau saya dapat peluang ini saya akan ikut sertai.Amat baik dan berharga.Tahniah.Taifor

chehassan berkata...

Ada, tpi kata mereka kerana terpaksa, dihantar oleh JPN untuk sekolah bestari, package terbaru KPM.

Puteri Azizul berkata...

tahniah dan selamat berkursus...........

Tanpa Nama berkata...

Tahniah,
Semoga usaha murni akan menjadi semangat untuk terus menjadi guru besar yang berwawasan tinggi.