Rabu, 1 April 2009

Memanfaatkan kemudahan ICT

Sudah hampir 2 bulan SKTI menggunakan sistem wifi intenet di seluruh kawasan sekolah. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan sistem perhubungan dan kominikasi lebih berkesan dan efisien sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Selain itu juga matlamat sekolah adalah untuk meningkatkan keupayaan e-pentadbiran, e-pembelajaran dan sebagainya. Dengan kata lain, kemudahan intenet tanpa wayer ini bukanlah untuk suka-suka atau hanya untuk menyatakan kepada orang lain bahawa kita lebih kehadapan. Justeru saya mengajak guru-guru untuk memahami aspirasi saya untuk meletakkan sekolah kita antara sekolah yang 'out standing' dari pelbagai aspek dan seterusnya menjadikan sekolah ini sebagai sekolah cemerlang. Dan kitalah orang-orang yang cemerlang itu. Wawasan saya untuk melihat satu hari nanti berlaku komunikasi yang baik antara kita dan pelanggan kita (ibu bapa dan murid) dari aspek bukan saja pembelajaran tetapi juga perkongsian dan kerjasama yang bijak dalam dunia pendidikan. Untuk membolehkan kita memberikan tawaran terbaik kepada para pelanggan tentang perkhidmatan sekolah melalui talian, kita seharusnya bersedia dari semua aspek ICT. Malalui laman web sekolah, buletin eletronik, blog2 guru, capaian pendidikan dari sumber pembelajaran global seharusnya disedia dengan baik. Jadi saya sangat berharap guru-guru memperkembangkan kebolehan untuk bukan saja menguasai kemahiran mencari maklumat dan berkomunikasi, tetapi juga menyediakan bahan dan sumber pembelajaran kepada para pelajar. Sebagai contoh, guru-guru boleh menyediakan e-tuisyen kepada murid2 secara pakej serta merangsang dan membimbing pelajar untuk mengakses maklumat pembelajaran.

Daripada pemerhatian saya, kita sebenarnya boleh, tetapi kemahuan kita belum cukup kuat untuk menterjemahkan hasil kerja yang proaktif dan inovatif. Dalam dunia hari ini, sepatutnya kita lebih terbuka dan berani untuk mencuba tanpa menunggu arahan yang menekan atau memaksa kita melakukannya. Saya sentiasa mengambil sikap terbuka dan ingin melihat guru-guru melakukan sesuatu 'kejutan' dalam menghasilkan tugasan yang kita sendiri rangka tanpa rasa tertekan dan membosankan. Pada saya, bekerja secara rutin dan konvensional sangat merugikan kita walaupun kita tetap mendapat imbuhan bulanan.

Semua guru telah kita sediakan email sendiri bagi memboleh kita berhubung antara satu sama lain secara eletronik dan moden. Wpun mungkin di kediaman kita tidak tersedia kemudahan ini, tetapi di sekolah, kita boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Setiap hari saya membuka email saya untuk melihat komunikasi antara saya dan guru-guru khsususnya dalam hal-hal yang melibatkan tugasan kita berlaku. Namun sehingga hari ini, saya dapati kita masih tidak mengambil kesempatan ini, sebaliknya kita masih dipengaruhi budaya kerja lama yang lambat dan negatif. Kadang2 timbul persoalan di hati saya, apakah perlu saya menekan atau memaksa guru-guru untuk berbuat demikian? Jauh di sudut hati saya menjawab, saya lebih selesa ianya terjadi dengan keinginan dan keikhlasan guru itu sendiri untuk membuat perubahan. Kita punya banyak masa sebenarnya jika kita mahu belajar dan mencuba sesuatu yang baru sebab setiap hari waktu kerja kita masih memberi kesempatan untuk kita 'stay back' bersama rakan2 untuk belajar sekurang-kurang beberapa perkara baru berkaitan ICT dan yang berkaitan dengannya. Bayangkanlah, jika ibu bapa dan para pelajar boleh berintraksi dengan kita secara maya berkaitan urusan pembelajaran. Pastinya ia menjadi suatu perubahan yang sangat cemerlang kepada sekolah biasa ini. Saya masih terkenang ketika saya mula2 mengenal komputer sekitar hujung 80an di SMK Jalan San Peng, Kuala Lumpur. Wpun saya masih belum mahir menekan keyboard, tetapi kerana wawasan yang ada, dengan kebolehan hebat murid-murid saya, kami telah berjaya menghasilkan 'libary menagement system' di Pusat Sumber Sekolah. Semua urusan perpustakaan dan PSS diuruskan menggunakan komputer. Saya bertuah pada waktu itu, murid Cina begitu pandai komputer sehingga mereka mampu menjadi progremer. Hal ini telah menarik perhatian KPP Unit Teknologi Pendidikan, JPN Wilayah Persekutuan ketika itu, menjadikan PSS sekolah itu antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Inilah yang dinamakan inovasi, menghasilkan sesuatu yang baru dengan kemudahan yang baru. Ini yang seharusnya berlaku, bukan saja di sekolah ini tetapi di semua sekolah di seluruh negara. Kebolehan guru dalam ICT sepatutnya bukan untuk 'syok sendiri' tetapi untuk dikongsi dan dimanfaat kepada murid dan sekolah.

Harapan saya, dengan kemudahan yang ada, seperti makamal ICT, Pusat Akses, Peralatan ICT (PPSMI) dan kemudahan capaian internet, seharusnya akan berlaku 'perubahan' di SKTI sebagai jalan mencapai visi dan misi sekolah. Jumpa anda di puncak kejayaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dari saya kepada cikgu Hassan. Seorang guru besar yang benar-benar inovatif. Tidak banyak seorang guru besar yang begini dalam dunia pendidikan kita di Malaysia ini. Memang inilah yang berlaku pada semangat saya. Sejak dunia komputer mula digunakan disekolah dan pejabat-pejabat kerajaan awal 80an saya telah mengambil inisiatif membawa pelajar saya melawat Ibu pejabat Kesedar Gua Musang. Melihat bagaimana komputer digunakana dalam pengurusan kewangan jabatan kerajaan. Kemudian bila saya sambung belajar ke UPM tahun 1989 saya seorang sahaja yang ambil kursus Penggunaan Kumputer Dalam Pendidikan.Kata rakan-rakan kuliah (guru)oi kenapa saya ambil killer subjek. Saya jawab , saya tak kisah dari segi markah, yang penting saya dapat peluang belajar yang saya tahu sesuatu yang penting untuk saya sebagai guru pada masa akan datang. Jangkaan saya benar.
Sekembali dari Universiti, masuk kembali ke sekolah, saya antara kaunselor pertama ada sambungan internet dan ada e mail . Pasang sendiri line telefon ke bilik kaunseling dan bayar bill secara peribadi untuk kegunaan dalam kerja disekolah. Tabiat ini kekal sampai hari ini. Beli wireless brodband pula sekarang ini.
Apa jadi bila saya mendahului sekolah , perjanalan penggunaan ICT ini tak meluas juga.
Harap perkara ini dapat berubah segera.
Pendtadbir harus laju macam cikgu Hassan ini.
Tahniah.
Ikhlas dari Taifor

mantan berkata...

Che,
Sekrang ni tak ada sebab atau alasan cikgu2 tidak menggunakan peralatan berkaitan ICT.

Di merata tempat ada kemudahan ICT. Yang penting cikgu2 kena belajar menggunakan peralatan ICT. Kena tahu menggunakan software dan hardwarenya.

Saya, seperti ramai yang lain juga tidk pernah mempunyai pendidikn formal dlm bidang perkomputeran. Tapi ramai yang belajar sendiri dan boleh memanfaatkannya. Tidak ada alasan tidak tahu menggunkan komputer dan memanfaatkan internet dan segala perisiannya.

Kadang-kadang merasa terkilan juga ada guru yang semacam fobia dengan komputer. Apatah lagi nak menggunakan internet. Malah ada yang tidak tahu menggunakan e-mail pun!.
Apatah lagi nak memanfaatkan internet bagi tujuan e-tuition ataupun e-pembelajaran. Alangkah ruginya. Pelbagai khazanah ilmu dapat diteroka melalui penggunaan internet.

Kalau di buat survey / kajian, saya percaya ramai guru yang masih "tidak berminat" memanfaatkan komputer sebagai bahan perantaraan meneroka ilmu pengetahuan! Mereka ada alasan tersendiri, yang sebenarnya merugikn diri sendiri.

yusofsipan berkata...

tahniah cheHassan, moga transformasi yg dilakukan ini membuahkan hasil yg sebaik2nya

chehassan berkata...

Terima kasih cikgu Taifor, Cikgu Wahab dan Cikgu Yusof. Memang sesetengah guru perlu dipaksa baru dia nak guna. Sepatutnya latihan perguruan hari ini lebih menekankan penguasaan ICT dan e-pembelajaran, agar guru baru yang masuk sekolah takpayah lagi kita ajar berkaitan ICT ni.