Isnin, 30 Mac 2009

Terima kasih ibu bapa

2 hari yang lalu berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18. Mesyuarat berjalan lancar. Terima kasih dan syabas ibu bapa yang hadir. Tapi jauh di sudut hati saya rasa terkilan dengan ketidakhadiran sebahagian ibu bapa. Saya nampak jelas situasi ini, kerana seingat saya ketika saya mengadakan Majlis bersama Ibu bapa murid UPSR 2009, banyak ibu bapa yang hadir boleh dikatakan nampak educated dan berwibawa jika nak dipilih sebagai pemimpin PIBG. Tapi sayangnya sebahagian besar mereka tidak kelihatan pada hari mesyuarat Agung sehingga proses untuk memilih AJK baru saya rasa tiada calon yang benar2 berwibawa. Mungkin inilah sikap orang2 yang lebih berpelajaran, tidak meletakkan diri pada tempat yang sesuai.

Jika begini caranya, hasrat saya untuk melihat PIBG dan sekolah ini berkembang maju mungkin terbantut. Apapun, saya sangat berterima kasih dan menghargai rakan2 ibu bapa yang hadir dan menunggu sehingga tamat majlis. Begitu juga AJK yang terpilih, siapapun kita, marilah kita bekerja keras untuk membangunkan PIBG dan sekolah.

Kepada guru-guru, saya sangat menghargai apa yang telah kita sama-sama lakukan untuk menjayakan majlis mesyuarat agung itu. Semua kita telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik dan berkesan. Jika terdapat kekurangan, itu merupakan ruang dan peluang terbaik untuk kita belajar dan memperbetulkan diri. Jangan 'bebai' tak ketahuan. Ambillah kesempatan untuk membangunkan diri dan sekolah bersama-sama saya yang sentiasa merasakan diri ini masih banyak kelemahan dan kedangkalan ilmu. Justeru, marilah kita melihat kehadapan dengan penuh yakin dan kuat bahawa kita akan bersam-sama di puncak kegemilangan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasala tu PIBG. Kalau di Kelantan kebayakan PIBG jadi medan puak-puak tertentu pula. Ambil kesempatan untuk cari pengaruh.Ada sekolah pegerusi PIBG nya daha lanjut sampai lebih 20 thn arang yang sama. maklumlah demo tu ketua bahagian atau ketua-ketua tertentu yang ada kuasa. PIBG malap dan tak boleh nak kata apa.
Malang juga jadinya.
Bila nak berubah tak tahu lah. Beza sekali dengan PIBG di sekolah Cina. Hebat sebut saja nak buat apa duit sampai sebaik saja diumumkan projek mereka.

Tanpa Nama berkata...

cikgu Hassan Tahiah. Taifor