Ahad, 22 Mac 2009

SKTI, Where education gets better

Sebagai memulakan suku kedua sesi persekolahan 2009 selepas bercuti seminggu, saya cuba merangsang seluruh warga sekolah dengan satu cogan kata baru untuk sekolah; SK Tunku Ismail, Where education gets better. Matlamat saya adalah untuk mengajak semua warga sekolah menjadikan sekolah ini antara sekolah terbaik untuk mendapatkan pendidikan. Justeru, semua aspek harus diuruskan dengan baik mengikut keperluan pendidikan berasaskan falsafah, kurikulum dan mandat yang dipertanggungjawabkan. Berdasarkan analisis SWOT, saya tidak nampak sebarang alasan mengapa visi ini tidak dapat dicapai. SKTI mempunyai kekuatan dan peluang yang sangat baik ke arah itu. Apa yang perlu, ayuh kita lakukan (Just do it) .

Wpun baru menghabiskan cuti seminggu, guru-guru dilihat sudah bersedia untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ini juga menunjukkan satu potensi yang sangat baik untuk berada dipuncak.

Hari ini berlangsung majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu yang akan berlansung selama 2 minggu. JK program dan Panitia Bahasa Melayu telah membuat persediaan awal dengan program dan aktiviti yang telah disusun. Saya merasa sangat bangga dengan apa yang telah dilakukan. Syabas kepada Pn. Sharani dan rakan2 guru dalam Panitia Bahasa Melayu dan yang turut membantu. Semoga program ini mencapai matlamat dan memberikan impak yang besar kepada perkembangan pembelajaran murid. Sebagai pemimpin, harapan saya semua guru sentiasa melihat kehadapan dengan penuh rasa positif bahawa kita mampu jadi yang terbaik. Kitalah pembela dan pengangkat martabat warga pendidik. Kita harus rasa bangga dan penuh yakin ketika melangkah masuk dan keluar dari halaman SKTI yang kita bangga dan cintai ini. Ikhlasnya, saya sentiasa ingin melihat SKTI sentiasa berubah menjadi lebih baik dan terbaik. Percayalah, kita semua boleh.

Di sebelah petangnya sebahagian guru mengorbankan masa untuk bersama keluarga, hadir mesyuarat JK PIBG untuk membuat persediaan mesyuarat Agung yang akan berlangsung pada Ahad depan. Ini juga satu tanggungjawab yang harus diuruskan sebaik mungkin. Ada guru-guru yang cuba mengelak untuk dilantik sebagai AJK PIBG. Ini lumrah tabiat guru-guru. Saya ingin kongsikan pengalaman dengan rakan2 guru bahawa saya pernah menjadi AJK, Setiausaha, Naib YDP (SK Berapit) dan YDP( SM Teknik, Butterworth). Pada saya pengalaman ini sangat bermakna dan menjadikan kita seorang yang lebih matang, kerana PIBG merupa satu organisasi komuniti yang besar dan mempunyai ahli bukan calang-calang. Hari ini, sebagai pemimpin sekolah, saya ternanti2 rakan2 guru yang hadir kepada saya mohon untuk diberi kesempatan sebagai AJK PIBG dan mencuba melakukan yang terbaik dalam persatuan yang sering kali dilihat sebagai beban kepada guru dan ibu bapa. Namun pada saya, PIBg harus diurus dan dibangunkan dengan baik jika sekolah benar2 berhasrat untuk menjadi sekolah terbaik dan cemerlang. Ibu bapa merupakan tonggak utama yang perlu menyokong dan merangsang warga sekolah untuk sentiasa bergerak dengan lebih kompetatif. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru2 AJK PIBG yang menunjukkan komitmen yang tinggi menjalankan tanggungjawab bagi sesi 2008/2009. Harapan saya juga JK kerja Mesyuarat Agung pada minggu depan dan AJK PIBG yang akan dilantik, akan bersedia menjadi yang terbaik dalam sejarah penubuhan PIBG.

6 ulasan:

Taifor berkata...

SKTI, where education gets better" one of the best vision statement I found so far. Satu pernyataan visi yang baik. Cikgu Hassan ambil peluang dan huraikan apa yang cikgu maksudkan dengan education get better tu. Mana-mana organisasi yang berjaya bergantung kepada kemampuan ketuanya menghuraikan visi tersebut sehingga mempengaruhi anggota organisasi itu memberi fokus kepada organisasinya dan membantu anggota organisasi itu membuat keputusan untuk membangunkan organisasinya. Vision pada asasnya adalah gambaran minda ke atas apa yang kita nak capai pada masa akan datang, di mana kita pada masa itu, siapa yang ada di situ, apa yang kita akan buat ketika itu dan bagaimana kita rasa pada masa itu?

mantan berkata...

Salam, chehassan

"SKTI, Where education gets better, (and better). Perkatan (and better) itu sengaja saya tambah, bukan untuk mengubah mission statement yang sudah sangat baik dan jelas itu.

Saya percaya (and better) itu memang ada dalam fikiran dan semangat chehassan. Dan (and better) tentulah sesuatu yang lebih dinamik sifatnya.

Saya percaya SKTI akan jadi (much better)suatu masa nanti dengan chehassan sebagai 'nakhoda' yang dinamik.

Kalau boleh saya sebutkan, barangkali sebagai renungan bersama berkaitan dengan motivasi (sedikit sahaja):

1. You can't, motivate other people... BUT you can provide the STIMULUS for them to motivate themselves.

2. Never assume your teacher see a situation the same as you see it!

3. Inspired teachers are happier teachers.

4. Avoid stereotyping!

5. Being pro-active in motivating others is a critical element in inspiring superior performance.

6. The major difference between you and those you supervise is that you have the power to alter your enviromen.

7. Being in touch with your own motivation is essential to inspiring others.

8. By asking for the teacher's feedback, you are demonstrating your concern about their place in the school.

9. Ask. Listen. Learn. Listen, listen, listen and you will learn, learn, learn.

Selamat bertugas.

chehassan berkata...

Cikgu Taifor,
cuba tengok cogankata Amway, Where life gets better, yang telah 'menghidupkan' global dengan falsafah yang sangat hebat yang telah merangsang berjuta manusia menikmati hidup yang lebih baik. Saya sangat bertuah kerana mempunyai pengalaman yang sangat rencam dalam hidup sehingga mempengaruhi saya dalam banyak aspek positif. Terima kasih kerana cikgu antara orang2 yang paling awal membawa semangat yang luar biasa ini dalam hidup saya.

Cikgu Wahab, wpun masih singkat dan melalui maya ini, sudah terlalu banyak cikgu telah membantu minda dan jiwa saya dengan idea dan ilmu yang sangat baik dan berkesan. Saya sangat berharap rakan2 guru saya yang mengikuti blog ini mengambil manfaat daripada perkongsian hebat ini. Terima kasih cikgu.

kembara kelana berkata...

steady mu se

chehassan berkata...

Apa ni sop, tak update blog? Aku dok tunggu cerita hang, pasal konvo, pasal journey hang, dan pasal sek hang. Sonyap jer.... Jangan merajuk.

Al-Manar berkata...

cikgu,
I wonder if SKTI has already had its own web site. I have come across a number of schools like Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara and Victoria Institution (where my grandsons happen to be studyimg)with their own . Web site helps to keep parents informed.No doubt locality and parents' bakground matter.