Rabu, 18 Mac 2009

Sentuhan untuk pelajar UPSR

Hari ini hari kedua saya menjalankan Program Sentuhan pelajar UPSR secara peribadi. Semalam untuk kelas A dan B, dan hari ini untuk kelas C dan D. Program 2 jam bersama saya ini, saya fokuskan kepada usaha membantu para pelajar membina impian, matlamat dan headcount pencapaian mereka menjelang UPSR 2009. Walaupun agak keletihan kerana baru balik dari Majlis Istiadat Konvokesyen ke 11 UPSI, yang saya sendiri menerima Ijazah Sarjana Muda ( Pengurusan Pendidikan ) pada lewat usia begini, tetapi ianya menjadi sebagai tonik untuk diolah dalam bahan perbincangan dengan pelajar. Sebenarnya untuk menceritakan bagaimana membina impian dan matlamat dalam kehidupan, saya banyak menimba pengalaman di luar arus pendidikan. Saya memperolehi perkongsian ilmu dengan rakan bisnes tentang bagaimana mereka bangun dan berjaya membina empayar perniagaan yang besar dan hebat wpun hanya berbekalkan pendidikan asas yang sangat sedikit. Rupa-rupanya untuk menempa kejayaan dalam hidup banyak bergantung kepada kegigihan dan usaha yang luar biasa berasaskan impian yang sangat besar yang dibina dan sentiasa difokuskan itu.

Saya mengajak para pelajar membina impian yang besar ini dengan membayangkan suatu hari pada usia dewasa dan apa yang diingini dalam mengecap kesempurnaan dan kebahagiaan hidup. Berasaskan impian yang sudah dibina, para pelajar dibimbing membina matlamat2 jangka pendek mengikut keperluan semasa, seperti mencapai tahap tertentu dalam ujian dan mencapai kelulusan yang baik dalam UPSR. Dengan pendekatan yang menarik dan bersahaja, para pelajar memahami dengan jelas perkaitan antara matlamat dan impian. Di mana mereka cuba untuk meletakan matlamat yang jelas. Anne Nyler (1990 ) dalam bukunya ” The Seven Step That Spell success” menyatakan bahawa untuk berjaya setiap individu harus mempunyai matlamat yang jelas.

Dalam hal ini, guru-guru harus memberi bimbingan kepada para pelajar untuk menetapkan matlamat yang jelas, terutama matlamat untuk mencapai tahap tertentu ( ETR dalam headcount ) dalam mata pelajaran. Matlamat ini harus diransang dan diusahakan secara bersama oleh guru dan murid dengan petua-petua yang dikemukakan oleh pakar2. Seperti Hary Alder (1994),

Antaranya:
1. Tahu apa yang anda mahu
2. Ambil tindakan ke atas kemahuan itu.
3. Faham kesan dan perubahan yang berlaku hasil tindakan anda lakukan itu
4. Bersedia untuk melakukan perubahan tingkahlaku sehingga anda berjaya mendapat hasil apa yang anda mahukan.

( Sebagahagian isi perkongsian ini, dipetik drp blog sahabat taiformahyidin.blogspot.com. Kaunselor Cemerlang JPN Kelantan )

4 ulasan:

mantan berkata...

Che Hassan,
"Sentuhan-sentuhan motivasi seumpama itu memang penting. Kesan dan impaknya menjadi lebih hebat apabila stimulus motivasinya diberikan oleh Gurubesar sendiri.

"Motivation. Productivity. Self-esteem" - Kejayaan sesebuah organisasi terletak pada konsep-konsep seperti itu (sebagai contohnya sahaja - ada banyak yang lain juga)

"You cannot force other people to be motivated. But you can provide the stimulus for then to motivate themselves!"

Selamat maju jaya.

chehassan berkata...

Terima kasih cigu wahab atas pandangan dan perkongsian.

WR berkata...

Di sekolah saya pun ada program sentuhan ni tapi sayang ia dibuat akhir tahun dekat nak exam. BOlehla saya cadangkan agar ianya dibuat lebih awal macam yang cikgu buat, dan berterusan sehingga la saat2 peperiksaan tiba.

chehassan berkata...

Tahun ni, Waruna, oleh kerana saya dah tamat belajar di UPSI, isyaAllah lebih banyak masa di sekolah, jadi saya pelan untuk sentiasa 'bersama' dengan murid-murid UPSR ni. Setiap pagi Khamis, 15 minit bersama GB sebelum masuk ke kelas dan beberapa lagi pelan yang sudah saya rancang. Pada saya, serampang 2 mata, murid dan guru, bukan untuk menekan tapi untuk 'bersama-sama'.