Rabu, 18 Mac 2009

Pencapaian dan Kejayaan membanggakan

Dua minggu lebih tak update blog ni. Bukan merajuk, tetapi perasaan bercampur baur dengan pelbagai perkara yang datang dan pergi. Sesekali agak tertekan dan bosan dengan perjalanan hidup dan tugas yang dipikul. Apa daya, hidup mesti diteruskan dan tanggungjawab mesti dilaksana sebaik mungkin.

Dalam 2 minggu, berbagai-bagai perkara berlaku di sekolah dan dalam hidup ini. Saya sangat bertuah setiap kali diberi peluang memimpin sesebuah sekolah, masih banyak peluang dan ruang untuk dibuat perubahan ke arah penambahbaikan pendidikan. Yang paling menarik pada saya, adalah kekuatan yang ada pada guru-guru dan staf sekolah. Apa saja yang dirancang dalam takwim sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan dilihat mempunyai ciri2 perubahan ke arah yang lebih baik. Kadang-kadang ia merupakan satu kejutan apabila idea guru-guru begitu hebat dan memberi impak yang sangat baik kepada sekolah. Antara program besar sekolah yang dapat dilaksanakan dengan baik dalam 2 minggu ini ialah, Majlis Anugerah Cemerlang 2008 dan Program Motivasi Diri UPSR 2009. Selain itu, kejayaan-kejayaan yang ditempa murid-murid dalam pertandingan MSS Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan serta aktiviti koakademik juga turut mewarnai perubahan positif sekolah. Pengemblengan tenaga dan kesepakatan guru-guru menampakkan satu kuasa kepada mementum perjalanan perubahan dan pencapaian semasa sekolah.

Saya sangat merasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh semua guru mengikut bidang dan tanggungjawab yang telah dipikul dengan melaksanakan tugas yang baik. Wpun menghadapi kesukaran, halangan dan cabaran, guru-guru begitu tabah mempertahankan maruah diri, pelajar-pelajar dan sekolah seluruhnya. Paling membanggakan kejayaan sekolah melahirkan olahragawan harapan dalam kejohanan olahraga daerah, johan bercerita majlis tadarus al-Quran peringkat Kuala Muda 2, serta berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai JK Kebersihan Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Muda/Yan 2009.

Kejayaan dan perubahan penambahbaikan sekolah turut mendorong saya mengatur langkah dengan penuh semangat ketika menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) di istiadat Konvokesyen ke 11 UPSI pada 16 Mac yang lalu. Pencapaian ini serta kekuatan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sekolah membakar semangat saya untuk turus bekerja keras membangunkan sekolah ini dan dunia pendidikan negara.

7 ulasan:

Puteri Azizul berkata...

Tahniah keran berjaya mendapat segulung ijazah walaupun banyak halangan dan dugaan semasa study diharungi.....

Bila nak sambung master ? .....

Taifor berkata...

Tahniah, saya cukup bangga membaca perkembangan sahabat saya Cikgu Hassan di Sungai Petani ini. Pandangan saudara ke atas guru-guru dan tugas sangat hebat. Tahniah.

chehassan berkata...

Terima kasih cikgu Taifor. Semangat dan gaya cikgu ada juga mempangaruhi saya.

chehassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
chehassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
chehassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Al-Manar berkata...

Cukgu hassan
I sincerely congratulate you. That scroll must mean a lot to you and you alone, and no one can take it away from you.
Dalam usia saya semua yang cikgu sedang alami cuma kenangan pahit manis saya dimasa yang silam. Cikgu pun akan melalui detik detik ini, insya Allah. Begitupun biarlah nilai yang ada pada segulung kertas itu dapat kita mewarnai hidup seberapa ramai insan mentah yang belum mengerti kepahitan hidup. Saya amat mengharapkan mereka yang seperjuangan dengan cikgu tidaklah terlalu ghairah dengan pangkat dan kenaikkan gaji. Saya menghargai sumbangan guru. Sayang sekali ramai yang semata-mata mengagungkan pencapaian murid tanpa memberi penghargaan yang sewajarnya kepada mereka yang bertukulus lumus memberi khidmat dibelakang tabir. Sikap berkhidmat dengan jujur itulah tajuk penulisan saya dalam Almanar.