Sabtu, 28 Februari 2009

Kreativiti pengubat stres

Dalam kehidupan stres hadir tanpa diduga. Stres berpunca drp kegagalan perjalanan hidup berfungsi dengan baik mengikut yang sepatutnya. Akibatnya berlaku gangguan2 yang menjejaskan kecergasan fizikal, mental dan emosi. Sesetengah orang dapat mengawal dengan baik dan kembali pulih. Namun demikian, stres dan tekanan tetap mengganggu kehidupan, silih berganti.

Pelbagai cara kita boleh mengatasi dan menghilangkan stres. Antara yang sering saya lakukan ialah dengan melahirkan kreativiti dalam tugas. Selalunya idea dan kreativiti yang terhasil membolehkan kita tersenyum puas. Apa lagi, ianya memberi impak yang besar kepada organisasi dan orang lain di sekeliling kita. Buatlah sesuatu yang baru dengan yakin dan berani. Hasilnya, sangat hebat. Saya juga sering menghilangkan stres dan tekanan dengan bersukan. Melalui sukan, banyak sekali manfaat dan kita dapat melepaskan segala tekanan secara profesional. Cubalah dua perkara ini, saya sangat yakin anda akan merasa sesuatu kelainan dalam kehidupan wpun tekanan dan stres sentiasa mengejar kita.

3 ulasan:

Puteri Azizul berkata...

Stres juga dapt dihilangkan dengan cara muhasabah diri dan berdoa kepada Yang Maha Esa....

Tok Janggut Aur berkata...

aku kalu stress..menjerit kat hutan ,,kah,,kahh,,haaaaaaaaaaaaaaa
http://tokjanggutaur.blogspot.com/

WR berkata...

stress.. kalau ia hadir dalam diri saya..saya cuba senyum dan melupakan stress yang singgah dalam diri ini.JUga, macam puteri kata saya berdoa mintak ditenangkan hati dan dijauhkan masalah. Kalau dulu saya tak tahan stress dan akan murung untuk beberapa hari. Pengalaman dan kematangan membuat kita makin bijak menangani stress.