Rabu, 4 Februari 2009

Dalam sehari

Dalam sehari hari ini, banyak yang berlaku di SKTI. Awal pagi lagi, ketika saya sama-sama mendaftar nama bersama Ust Amir, beliau mohon untuk bercuti kerana baru mendapat panggilan tokwannya meninggal dunia. beliau bergegas ke Kulim. Takziah buat ust dan keluarga, kehilangan yang tiada ganti.

Seperti biasa SKTI sibuk bermula dgn Majlis Perlantikan Rasmi Ketua Darjah 2009 dan macam-macam lagi. Mood bercuti sudah semakin pudar dan warga sekolah sudah kelihatan cuba memenuhi rutin dan tugas-tugas utama dengan mencuba membuat penambahbaikan. Saya macam biasa, penuh dengan impian dan idea2 yang sentiasa ingin saya kongsikan dengan guru-guru agar guru-guru sentiasa bersemangat dan melihat matlamat dan impian sekolah. Minggu ini juga SKTI sibuk menyiapkan kemudahan wireles intenet ke seluruh kawasan sekolah untuk merialisasikan e-pentadbiran dan e-learning di sekolah. Saya sangat yakin, usaha ini akan membuahkan hasil dan akan merangsang perkembangan yang sihat dalam semua aspek. Kecuali guru-guru tidak bersedia dan bersikap negatif. Prinsip dan impian saya, sentiasa ingin melihat setiap hari ada perubahan dan penambahbaikan, wpun sedikit.

Menjelang tengah hari, ketika para pelajar mula meninggalkan sekolah, kami dikejutkan dengan satu kebakaran di kawasan padang sekolah yang berpunca drp orang awam membakar sampah berhampiran dengan sekolah. Kebetulan kawasan pdg yang luas, yang sebahagiannya ditumbuhi semak samun, mula dijilat api. Saya dan ust Izad serta beberapa pekerja sek dan kantin bergegas cuba memadamkan api yang mula marak membakar lalang dan kaw padang sekolah yang sudah dibersihkan dan sudah mempunyai trek untuk kejohanan olahraga sekolah. Nasib baik bomba yang dipanggil sampai tepat pada waktunya dan balapan kami terselamat.

Kesempatan ini saya ambil untuk berkenalan dan mendapatkan maklumat tentang keselamatan sekolah drp pegawai bomba. Dalam masa yang singkat ini, banyak yang saya belajar tentang betapa penting dan besarnya pili bomba yang berkebetulan ada di dalam kawasan SKTI. Kata mereka Jabatan Bomba mempunyai satu program khas yang dinamakan Sekolah Angkat Pili Bomba yang akan dipertandingkan dan diberi hadiah kepada mana-mana premis yang dpt menjaga pili bomba dengan baik. Justeru, kotak fikiran saya mula berlegar dengan pelbagai idea yang memfokuskan kepada pembelajaran keselamatan.

Petang ini adalah hari latihan rumah sukan untuk persediaan Olahraga Sekolah. Saya mengambil kesempatan bersama guru-guru memberikan sedikit tunjukajar dan bimbingan tentang latihan untuk murid. Kebetulan, saya mempunyai pengalaman dalam kejurulatihan olahraga ketika di maktab dan sedikit ilmu ketika di UPSI. Saya gambarkan kepada guru-guru, alangkah hebatnya sekolah, jika setiap masa hidup dengan pelbagai aktiviti. Pada saya sekolah adalah pusat perkembangan dan pembelajaran komuniti setempat. Justeru ia perlu sentiasa 'hidup' dan bermanfaat. Hampir 6.30 petang, saya tiba di rumah. Penat tetapi rasa puas.

Tiada ulasan: