Khamis, 12 Februari 2009

Merancang dan membina networking

Hari ini, saya mengambil kesempatan ke Jabatan Pertanian Daerah untuk memohon buat projek tanaman nanas di dalam kawasan sekolah yang luas dan terbiar. Sebenarnya idea projek ni hasil perbincangan lisan saya dengan seorang rakan yang juga pegawai pertanian. Matlamat saya, adalah serampang 2 mata, iaitu untuk mengelakkan daripada kawasan itu ditumbuhi semak dan belukar dan yang kedua sebagai mengisi tabung kelab staf sekolah. Menariknya projek ini jika berjaya, setiap pokok nanas boleh menghasilkan sekurang2 RM1 bila buahnya dipetik. Maknanya, jika 10 ribu pokok, kita akan memperolehi rm10 ribu. Daripada tinjauan seorang rakan yang juga berpengalaman membuat projek tanaman nanas, kawasan terbiar sekolah saya ini, boleh ditanam sehingga 100 ribu pokok. Jadi bayangkanlah hasilnya. Saya bukanlah mengharapkan hasil sebanyak itu. Matlamat awal saya hanya untuk menjadikan kawasan sekolah bersih dan bebas daripada pembiakan ular dan anjing liar yang mengancam keselamatan murid dan guru. Lagi pula, tanaman nanas tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti tanaman lain.

Pertemuan dan permohonan saya secara rasmi ini dilihat sebagai sesuatu yang positif berdasarkan sokongan dan kerjasama yang sangat baik daripada pegawai yang saya temui. Harapan saya projek ini akan berjaya.

Ketika saya dibawa oleh seorang rakan ini, saya juga sempat diperkenalkan dengan beberapa orang yang bukan saja sebagai kawan baru saya, tetapi juga mereka ini adalah rupa2nya parent kepada anak murid di sekolah saya. Gembiranya saya kerana orang saya baru kenal ini sangat positif dengan wawasan pembangunan sekolah yang saya buat. Beliau berjanji akan sentiasa membantu saya. Dan saya pula telah senaraikan beliau sebagai calon AJK PIBG.

6 ulasan:

Taifor berkata...

Maaf saya masih gagal untuk berinteraksi dengan cekap melalui laman ini. Dalam proses

Taifor berkata...

Wao! cadangan projek saudara ini cukup hebat. Saya amat menyokong proposal ini. Wawasan cikgu Hassan amat jelas. Secara jujur inilah tokoh pemikir seorang guru besar yang saya cari. Saya sedia membantu kiranya idea saya boleh di pakai. Teruskan projek cikgu ni yang mempunyai strategi serampan lebih mata ni. Bagus, nenas bukan saya mudah dijaga ia juga membina suasana kehijauan dan indah dipandang

mantan berkata...

che,
Suatu pemikiran yang positif. Che, usahakanlah sampai jaya.

Puteri Azizul berkata...

Usahakan hingga nampak kejayaan kita, `teamwork is important'. Tahniah..........

WR berkata...

Memang hebat guru besar yang befikiran begini. Bidang pertanian memerlukan penjagaan yang rapi n memenatkan. Saya sebagai guru sains pertanian memang "tabik spring" dengan idea cikgu. Sekolah kami dulu ada kawasan luas, disewakan kepada penduduk kampung mengusahakan tanaman sayuran. saya sendiri "dulu" pernah mengusahakan jagung dan tanaman sayuran di sekolah dan pernah menyertai pertandingan"KEBUN SAYUR" anjuran JPN terengganu.

chehassan berkata...

Terima kasih semua atas sokongan.