Isnin, 16 Februari 2009

Turun padang

Sejak mula main peranan sebagai pentadbir sekolah, saya tak kisah sangat pasal protokol. Maksud saya perhubungan antara saya dan guru-guru. Saya taknak jadi mcm sesetengah GB, bila dia masuk kantin je, semua guru lari atau duduk meja lain. Ada setengahnya pula, ada meja khas dan waktu khas untuk GB makan. Teori kepimpinan kata, macam2 ttg kepimpinan ni. Tapi saya memilih untuk cuba sentiasa bersama-sama guru dan saling menghormati. Saya tak kisah, wpun saya duduk sama-sama dgn guru dan buat sesuatu kerja. Rasanya tak jatuh martabat saya sebagai pemimpin. Dan yang paling penting, saya dapat memberi bimbingan kepada guru2 tentang sesuatu perkara yang mgkin saya lebih tahu dan mahir drp mereka.

Minggu ni, antara minggu yang sibuk dan memenatkan sebab rabu nanti kejohanan olahraga sekolah. Jadi saya ambil kesempatan turun padang bersama guru-guru bantu dan bimbing mana yang patut. Alhamdulilah, adalah sikit ilmu dan pengalaman pasal olahraga ni. Jadi saya tak rasa kekok turun padang dgn trek suit. Bahkan murid2 dan guru2 terkejut tgok GB nya mengenakan pakaian sukan yang kemas, sesuai dan bergaya mcm ahli sukan. Mmg betul, kerana saya sejak dulu lagi sentiasa maintain cergas dan bergaya dengan pakaian sukan yang berjenama, seperti adidas, reebok dan sebagainya. Barulah kena. Jangan pakai yang selekeh, ditambah dengan perut yang memboroi, kita akan jadi badut dan bahan gelak ketawa guru dan murid. Jadi sebagai pemimpin sekolah, kenalah bersedia dengan set pakaian sukan yang berjenama sikit, sesuai dan kemas.

Sudah dua hari, saya membantu guru-guru rumah sukan menyiapkan nombor peserta. Pada awalnya kami bercadang untuk ditempah, tetapi memandangkan kosnya agak mahal wpun saiznya kecil, saya ambil keputusan untuk buat sendiri. Oleh kerana guru2 tak mahir melukis, apa lagi, sayalah yang terpaksa main peranan menulis (free hand) pada kain putih nombor2 mengikut rumah sukan masing-masing. Heran juga saya, sekolah yang besar mcm ni, rupa2nya masih tidak ada stok nombor dalam simpanan untuk digunakan pada setiap kali kejohanan olahraga tahunan sekolah. Sebenarnya, saya mempunyai kemahiran yang boleh tahan juga dalam kerja2 seni, jadi alhamdulilah, dengan dibantu oleh rakan2 guru, nombor2 siap untuk digunakan nanti.

Saya tidak kekok wpun duduk dan membuat kerja2 yang sepatutnya saya boleh arahkan guru2 membuatnya. Bahkan saya merasa bangga kerana boleh memberikan bantuan dan bimbingan kepada guru2 bgmana untuk menyelesaikan masalah dalam jangka waktu yang singkat. Memang ada baiknya dan sangat perlu seseorang pemimpin sekolah, mempunyai kelebihan dan kemahiran dalam pelbagai aspek. Hasilnya, ia boleh merangsang perkembangan yang sangat baik dan sihat. Pada saya, sangat memalukan, jika seorang GB hanya tahu bercakap dan memberi arahan, tetapi dia sendiri jauh ketinggalan.

2 ulasan:

mantan berkata...

Che,
Saya setuju dan sokong cara kepimpinan yang che gunakan. Tampaknya ia sangat sesuai dengan jiwa che sendiri. Saya fikir kita lebih dihormati dengan cara begini. Orang menghormatinya keran ilmu, kewiwabawaan, iltizam dan semangat kerjasama yang diamalkan.

Che, teruskan usaha. Cabaran tetap ada.

Puteri Azizul berkata...

Betul kata cikgu wahab, che memang seorang yang berkebolehan dalam segala bidang.Tahniah............