Selasa, 3 Februari 2009

Potensi besar guru-guruku

Saya bersyukur dan merasa bertuah kerana di sekolah saya ini saya mempunyai rakan-rakan guru daripada penilaian saya mempunyai potensi yang sangat besar dalam pelbagai bidang. Inilah satu-satunya sekolah yang pernah saya pimpin tidak ada guru yang boleh dikategorikan sebagai guru bermasalah. Dalam SWOT analisis perancangan stategik sekolah, sekolah saya mempunyai kekuatan yang sangat utuh. Boleh dikatakan dalam semua aspek, ada guru yang mahir dan berkemampuan tinggi. Ada yang menjadi orang kuat atau orang harapan PPD dan JPN, ada yang mempunyai sijil specialist dalam bidang masing-masing dan ada pula yang sangat berpengalam dari usia menjadi guru dan bidang yang diajarnya. Pendek kata, nak buat apapun akan jadi, jika nak buat dan ada kemahuan untuk melonjak ke hadapan. Dengan kekuatan yang ada ini, saya sentiasa berani dan yakin untuk terus merancang dan melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan.

Namun demikian, untuk menjayakan sesuatu yang dirancang bukanlah senang. Tabiat dan menjadi kebiasaan guru-guru mereka sangat merendah diri dan kadang-kadang merasa tidak layak untuk mengepalai sesuatu tugas. Mungkin ini budaya orang kita, jarang sekali nak tonjolkan diri. Kalau boleh biarlah orang lain, bukan aku. Inilah sikap dan budaya yang perlu diperbetulkan. Sebagai pemimpin saya perlu menurunkan segala kebolehan dan kepakaran untuk mendorong, membimbing dan menggerakkan guru-guru ini. Harapan saya, semua guru sentiasa melihat aspirasi saya sebagai rakan pemimpin di sekolah kita ini dengan cara yang sangat positif dan sentiasa bersama. Marilah kita bangunkan kembali SKTI tempat kita bukan sahaja mencari rezeki buat menyambung hidup ini, tetapi tempat kita membangunkan insan dan anak-anak kita ke jalan yang lurus dan cemerlang. Sekolah adalah asas segala-galanya yang kita hadapi hari ini, samada yang positif dan negatif. Jadi, kitalah yang bertanggungjawab.

10 ulasan:

Habshah berkata...

Assalammmualaikum,

Mungkin cikgu tidak kenal saya. Bila saya baca profile cikgu, cikgu pernah bekerja di SMK Jalan san Peng,wah saya rasa mungkin kita pernah bekerja sama di sana. Saya pernah berkhidmat di SMK Jalan san Peng from 1986 to 1988. The principal at that time was Mr Noel Chow and later than Indian, what his name I forgot. I am habshah teaching Chemistry at that time. Now I am principal at SMK Sungai Choh Rawang. You remember Mohd Dawi, he is now a lecturer at IAB Induk Genting. Thanks

chehassan berkata...

Terima kasih Pn. Habshah kerana menjeguk blog saya. SMK Jln San Peng masih segar dalam ingatan kerana banyak kenangan manis dan pengalaman menarik yang saya buat dan dpt di sana. Saya masih ingat cikgu. Cikgu Dawi, saya belajar dgn dia di IAB sebelum sambung di upsi. Semua guru di SMK San Peng masih segar dalam ingatan, dan saya percaya ramai yang dah meningkat. Tahniah kpd cikgu. Nanti ada kesempatan kita jumpa. Pengetua India tu namanya R. Ganasa Murthi, sangat rapat dengan saya wpun ketika itu kita dah berpisah. Saya rasa dia pencen di Institut Bahasa Antarabangsa, Jalan Bangsar. Satu soalan, macam mana jumpa blog saya ni?

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

I blog more than three hours almost every day. I found your blog while looking, viewing other people's blog. Look at my school blog, smksungaichoh.blogspot.com.
Actually I don't really remember you. May be if I see you then I remember. Who else in san Peng?
Thanks

chehassan berkata...

Cikgu, saya guru penyelaras PSS. Kalau cikgu ingat, banyak yang saya buat sehingga PSS SMK Jln San Peng jadi antara PSS yang hebat d KL. Saya rapat dengan Pn. Rokiah, Aziah, Zainuddin dll. Saya lama juga di San Peng. Saya pernah masuk EPRD, lepas tu patah balik ke SMK San Peng. Mungkin cikgu boleh ingat sekarang.

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

I don't recall Pn Rokiah. Pn Aziah I saw her last in MPIK (she was lecturing there then)That was ten years ago may be. En Zainuddin I saw him (don't remember when) he was the PK 1 of VI, Was it? I don't recall you really. I tak ingat you cikgu PSS betul I tak ingat.

Maaf saja lah.

chehassan berkata...

Mungkin, cikgu tak ingat, sebab cikgu keluar San peng 1988. Masuk 1986 waktu tu mengajar sebelah petang. I jadi penyelaras PSS sehingga 1992, dan menjadikan SMK San Peng terkenal dgn PSS. Waktu tu cikgu dah pindah. I Masuk sebagai fresh teacher pada 1986, bersama Cikgu Noni, Mahani, Tuan azmi dll. Dont worry cikgu, i ingat u. I di KL selama 15 tahun, sebelum pindah balik ke Kedah. Terima kasih komunikasi dengan saya, dan dengan izin cikgu, saya pautkan blog SMKSC dgn blog saya.

kembara kelana berkata...

wah mu dah pandai paut memaut blog sekarang se..

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

Thanks for peeping at my school blog.

chehassan berkata...

Semuanya belajar dari mu Sop. Aku terima kasih banyak kpd mu, mu tengok, aku dah berjaya jumpa kwn2 lama dan anak murid. Banyak kebaikannya teknologi ni. Dan aku harap kita akan terus get in touch.

onn berkata...

saya pernah belajar di smk jalan san peng pada masa 198X, tak berapa ingat. pada masa itu i tak belajar sungguh, now i kesal tak belajar banyak. lepas keluar sekolah, i pernah laku jenayah besar. i duduk penjara selama 18 tahun dan kena hukuman sebat 20 kali sebatan. i kesal kenapa masa itu tak belajr baik baik.