Ahad, 8 Februari 2009

7.15 pagi hingga 5 petang

Letihnya hari ini. Sampai di sek 7.15 pagi saya terus memperkemaskan persiapan untuk aktiviti hari ini. 7.30 pagi perhimpunan rasmi sekolah. Ada sedikit penambahbaikan apabila Cikgu Che Razali mengambil tanggungjawab memimpin nyanyian murid dan warga sekolah. Penuh bersemangat. Tamat perhimpunan rasmi, saya bergegas bersedia untuk Majlis Iltizam Ibu Bapa UPSR 2009 sebagai tanda meletak kerja program kecemerlangan UPSR walaupun sudah bermula pada awal sesi persekoahan lagi. Majlis berjalan lancar ditambah dengan sesi perkongsian Dr. Norain (NYDP PIBG ) yang juga pensyarah di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim sungai petani. Daripada bahasa badan ibu bapa, jelas menunjukkan ada banyak perkara positif yang boleh sekolah gembleng tenaga dengan mereka. InsyaAllah.

Menjelang tengah hari, tugasan menanti bertimbun2 di atas meja. Hampir semuanya perlu disegerakan. Para tetamu perlu juga dilayan dengan baik sesuai dengan kapasiti mereka di sekolah. Boleh dikatakan sudah banyak perkara yang sudah saya selesaikan ketika itu. Memandangkan 2.30 ptg nanti ada mesyuarat AJK PIBG, saya juga memesti beberapa perkara yang perlu saya perkatakan dalam mesyuarat tersebut, dalam keadaan bersedia. Selepas solat zohor, tepat jam 2.30 saya bergegas ke bilik mesyuarat. 245, mesyuarat bermula, lewat sedikit, biasa... tunggu kehadiran AJK.

Banyak juga perkara yang dibincangkan. Yang menariknya, jauh di sudut hati saya, ternyata ada perbezaan antara AJK PIBG sekolah bandar dan kampung. Agak tercabar juga saya bila perkara-perkara remeh dipersoalkan. Payahnya berkomunikasi dengan orang-orang pandai. Setakat kita GB ni, mereka tak heran. Tapi kadang-kadang saya rasa macam tak bijak juga mereka kerana perkara2 kecil cuba diperbesarkan, dan yang besar, takut pula nak bawa ke mesyuarat agung nanti. Perasaan kecil hati dan tak gembira mula menyelubungi diri bila cadangan2 kita yang lebih tahu tentang keperluan sekolah, seperti tidak diendahkan. Terasa diri saya berjuang dan bekerja seorang diri. Inilah yang saya katakan, sejauh mana kuasa kita sebagai GB untuk menongkah arus, apa lagi tiada siap yang bersedia jatuh bangun bersama kita. Tapi pada hakikatnya, kita sebenarnya berhak membubarkan PIBG jika sekiranya ia tidak sedikitpun membantu sekolah.

Cadangan saya bukanlah yang bukan2. Hanya cuba menarik perhatian pasal bayaran yang perlu ibu bapa sumbangkan untuk sekolah serta pelan pembangunan dgn sumber kewangan tersebut. Heran juga saya, bila anak2 masuk asrama penuh, PIBG kenakan bayaran sampai beratus ringgit, tiada siapa merungut. Mungkin rasa hebat sebab anak dapat belajar di asrama penuh, sekolah anak orang elit. Jadi, wpun terasa perit, senang saja dijelaskan bayarannya.

Jadi betapa sukarnya mengurus sekolah, jika sekolah itu sudah lama berbudaya dengan budaya2 negatif. Pada mereka, cukup hanya menghantar anak sahaja dan mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku di sekolah, tanpa perlu bersusah payah. Inilah hakikatnya orang kita. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan masyarakat cina yang lebih bersedia menyumbang untuk membantu membangunkan sekolah.

Mesyuarat tamat hampir jam 5. Saya pulang ke rumah dengan perasaan yang bercelaru. Kuatkah saya untuk menghadapi cabaran yang mendatang?

3 ulasan:

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

Cikgu, itulah masalah kita. ibubapa sombong sangat / bakhil sangat nak keluar duit untuk pelajaran anak sendiri. Saya di sekolah luar bandar. Tak habis kata tak mampu nak bayar. RM1.50 pun saya kena rotan dua tiga orang pelajar, baru dapat. Sikap kerajaan yang sangat perihatin pun sebenarnya tidak membantu sekolah. Buatlah kita apa yang termampu.
Thanks

mantan berkata...

Chehassan,
PIBG memang menjadi cabaran kepada kita (sebagai GB atau Pengetua).

Saya pernah menjadi Pengetua dengan ahli-ahli PIBG yang pelbagai latarbelakang. Dari yang sebebal-bebalnya hinggalah ke yang sepintar-pintarnya.

Tetapi prinsip saya: saya tetap pengetua yang akan menguruskan sekolah. Saya juga ada hak dan buah fikiran dan perancangan yang "mesti" diterima oleh ahli-ahli PIBG.

Ada perkara-perkara tentang sekolah yang saya "lebih tahu" daripada ahli dripada PIBG.

PIBG hanyalah satu cabang dalam organisasi sekolah. Hal-hal pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah di bawah tanggungjawab dan bidangkuasa GB dan Pengetua. Dan kitalah yang membuat keputusan.

Jika ahli PIBG tahu akan peranan masing-masing, mereka tidak boleh "over rule" kuasa GB dan Pengetua.

chehassan berkata...

Terima kasih atas pandangan dan sokongan semangat untuk saya daripada rakan2 yang lebih berpengalaman, Cikgu Habshah dan Cikgu Wahab. Sebenarnya bukan kerajaan prihatin tetapi individu dengan politiknya yang prihatin tak berasas. Cakap tak serupa bikin. Angan2 nak jadikan pendidikan bertaraf dunia hanya retorik. Kepada guru-guru saya, ikhlas dan jalankan tanggungjawab dengan penuh bersemangat. Saya sentiasa bersama-sama anda semua.