Ahad, 1 Februari 2009

Hari yang agak perlahan

Hari ini kembali ke sekolah setelah seminggu bercuti, raya Cina. Permulaan yang baik sejak 3 minggu lalu nampaknya agak perlahan hari ini. Mungkin momentum agak terganggu. Beberapa aktiviti penting sekolah yang telah dijadualkan pada minggu lepas tergendala dan akan mengganggu aktiviti2 lain yang telah siap menunggu giliran di dalam takwim. Bukan senang nak ubah takwim dan perancangan yang disusun awal kerana ia akan menjejas banyak perkara.

Tapi, boleh diubah dan dilaksanakan dengan baik, dengan syarat seluruh organisasi sekolah dalam keadaan bersedia, bukan hadir dalam mood bercuti dan masih longlai. Sepatutnya 2 hari sebelum tamat cuti, guru-guru dan murid-murid sudah mula 'memanaskan badan' untuk mendapatkan kembali momentum yang telah kita perolehi sejak sesi persekolahan 2009 bermula. Saya agak terkejut dan terganggu dengan situasi pagi ini yang sangat lembab dan mendatar walaupun kita buat Majlis Pelancaran Program Kelas Bersih Ceria 2009. Justeru sebagai peringatan kepada guru-guru buatlah persediaan yang rapi bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga seluruh sekolah. Perjalanan harian sekolah tetap berlalu walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang proaktif. Janganlah hanya melihat sahaja apa yang berlaku sebaliknya kita harus menjadi sebahagian daripada apa yang akan kita lakukan untuk menghidupkan sekolah.

4 ulasan:

mantan berkata...

InsyaAllah dengan kepimpinan chehassan, apa-apa yang 'longlai' itu akan 'hidup' kembali, jika guru-guru dapat memahami kehendak pemimpin sekolah untuk kemajuan bersama. Saya percaya chehassan mampu menlaksanakannya.

chehassan berkata...

Terima kasih Cikgu atas dorongan ini. Saya menguruskan blog ini, blog sekolah dan website sek untuk berinteraksi dengan guru dan menambahbaik e-pentadbiran di sekolah.

WR berkata...

Baru lepas cuti kot, masih dalam mood cuti la tuh. selepas anak buah tengok bos membuat pecutan, mungkin mereka turut memecut sama.. InsyaAllah.

* ramai nyo oghe kelate di negeri orang....*

chehassan berkata...

Yang hebatnya wan, ramai yang jadi pemimpin. Jadi saya bangga wpun merantau dan penuh dengan cabaran dan dugaan.