Jumaat, 30 Januari 2009

Anak muridku Qaiyum

Satu kejutan bila satu pagi saya melihat ada sesorang yang bernama Qaiyum menjeguk blok saya. Cepat2 saya cuba mengingati siapa budak ni. Antara ingat tak ingat. Tapi nama tu memang arif pada saya ketika saya sebagai PK HEM di SK Bukit Kecil, Kota Kuala Muda pada tahun 2000. Saya tak dapat menceritakan banyak tentang Qaiyum ni, kerana antara ingat tak ingat. Tapi yang saya ingat budak ni antara pelajar yang baik dan pintar.

Saya juga cuba menjeguk blognya. Rupa-rupanya anak murid saya sedang menuntut di Moscow, Russia. Hebat. Tahniah kepada Qaiyum dan rakan-rakan. Pesan saya jadilah insan terbaik di muka bumi ini untuk diri, ibu bapa, orang lain dan pelusuk dunia ini. Kehidupan mendatang semakin mencabar dan tidak menentu. Jadi kuatkan diri dalam semua aspek. Biarlah perjalanan jauh menuntut ilmu itu berbaloi dengan segala pengorbanan orang tua dan diri sendiri.

3 ulasan:

Al-Manar berkata...

Cikgu
I have a friend whose son was sent to do medicine in Russia two years ago.Sadly,today he is back and is trying to pick up the pieces. I can only hope your young ex-pupils does not dream away his precious time blogging.
Pak Cik

kembara kelana berkata...

anak murid kau adalah produk kau hassan..produk. berapa banyak yang merempit?

Puteri Azizul berkata...

Terima kasih untuk anak murid yang masih ingat gurunya tapi ramai tak peduli walaupun bersentuh bahu dijalanan terutama murid dari kelas yang baik(pandai) kata mereka.Anak murid kita di kelas hujung selalunya lebih mudah menegur/ bersapa dengan gurunya walaupun mereka pernah di denda ketika sekolah dulu.