Jumaat, 2 Januari 2009

Kita dan Tahun Baru

Sebagai guru, aku sedih sekali melihat malam sambutan tahun baru dan berita keesokan harinya. Ibu segala sembutan di negara kita ialah Dataran Merdeka. Perkiraan aku yang hadir dalam sambutan di Dataran Merdeka dan di mana2 di seluruh negara, 70%nya MELAYU. Begitu juga dengan malam sambutan Merdeka. Merdeka, merdeka, merdeka, begitulah bunyinya riuh rendah di Dataran Merdeka, kononnya kita patriotik. Bangsa selain daripada Melayu, aku tengok, macam tak pedulipun baik kepada sambutan merdeka maupun tahun baru. Pada mereka, hiburan bukanlah yang utama, tapi mencari kekayaan dan kehidupan lebih diutamakan. Tapi KITA, tak pernah lekang dari hiburan. Yang menyedihkan segala pesta dan hiburan ini dianjurkan oleh pihak yang diberi kuasa oleh kerajaan. Maka datanglah para pembesar hanya untuk menunjukkan prehatin kepada rakyat, tapi selepas itu tinggallah hamba rakyat dengan segala kerugian, kemusnahan dan kehancuran. Siapa?..anak-anak kitalah itu. Selepas detik 12.00 malam, maka bermulalah pelbagai PESTA. Pesta hiburan, pesta arak, pesta sex, pesta dadah, dan sebagainya. Bayangkan seluruh negara, yang dikatakan negara Islam ini. Malam sambutan maal Hijrah, sepi seperti bukan negara Islam.

Keesokan harinya, kita dihidangkan dengan berita dan gambar2 yang sangat menyedihkan. Semuanya MELAYU. Kalau adapun bangsa yang bukan MELAYU, tapi mereka boleh dianggap kes terpencil dan terkawal. Sebagai pemimpin, banggakah kita? Sebagai guru, berbaloikah ajaran kita? Sebagai ibu bapa, mengapa kita biarkan anak2 kita yang terlibat. Aku pernah tinggal di Kuala Lumpur, dan pernah memandu kereta di Jalan Kucing pada malam sambutan Merdeka (15 tahun lalu) Aku lihat, orang MELAYU sehingga sanggup mendukung anak-anak kecil untuk dibawa ke Dataran Merdeka untuk menikmati hiburan. Dan anak-anak muda yang memenuhi dataran merdeka pada hari ini, mungkin anak-anak yang kecil itu yang pernah dibawa ibu bapa mereka 15 tahun yang lalu.

Pada pendapat aku, sebenarnya tidak ada cara lain untuk membendung budaya yang semakin merosakkan ini. Hanya kerajaan yang boleh menentukannya. Pada aku, haramkan saja pesta begini. Pesta yang mengumpulkan ribuan remaja ini boleh dianggap perhimpunan haram sekiranya melebihi 5 orang. Bolehkan? Sebab perhimpunan dan pesta itu tidak sedikitpun mendatangkan faedah samada pada malam itu, mahupun keesokan hari dan 356 hari yang mendatang. Pada aku, kerja membazir dan bodoh. Apa ertinya kehadiran Perdana Menteri jika selepas dia kembali ke kediamannya berpuluh ribu remaja ROSAK seumur hidup. Inikah yang dimahukan oleh negara? Remaja sebagai pelapis pemimpin hari ini? Kita sering menyalahkan ibu bapa yang dikatakan tidak mengawal anak2. Soalan saya, bagaimana nak mengawal jika anak sudah dewasa di Kuala Lumpur, sama ada belajar atau bekerja, sedangkan ibu bapa jauh di kampung? Persoalannya sebab ada pesta. Bayangkan jika tidak ada, siapa yang nak ke dataran merdeka, jika hanya seorang diri, tanpa hiburan, tanpa bunga api dan tanpa para pembesar.

Kadang-kadang aku seperti mahu berhenti saja menjadi guru. Sekolah hari ini hanya mengharapkan jumlah A yang diperolehi pelajar, bukan sahsiah dan kemenjadian pelajarnya. Masyarakat tidak akan bangga jika sekolah melahirkan anak2 yang alim dan baik budi pekertinya, jika tidak ada A.

3 ulasan:

Al-Manar berkata...

How very right you are when you comment on grade A as being the essential criteria in education. It is a very rare admission I hope to hear grom a GB. Do not call it quit for the reason you feel sorry about. We, every one of us, have to do our bit in life to correct the wrong. We do not run away from it.
Berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan, cik gu.
Semoga sekolah cik gu terus menerima perubahan daripada seorang GB yang berwawasan.
Pak Cik

mantan berkata...

Seperti yang Che katakan, banyak yang boleh kita nilai tentang isu ini.

Bila kita sebut tentang MELAYU, itulah hakikatnya. Kita nanti dikatakan mengutuk bangsa sendiri, tidak membela bangsa sendiri.

Memang Melayu pentingkan hiburan. Apa sahja program semuanya dikatkan dengan hiburan. Program agama pun dibuat dalam bentuk hiburan.

Lain benar konsep hiburan MELAYU ni!

"Bagaimanakah bubur hendak dijadikan nasi?!"

chehassan berkata...

Apapun pandangan ramai, saya berpendapat ianya bermula dari PENDIDIKAN. Baik di rumah (ibu bapa), mahupun sekolah (guru), pastinya semua insan melalui pendidikan. Soalnya siapa gurunya, siapa guru besarnya atau pengetuanya, siapa pensyarahnya, siapa dekannya, dan siapa menterinya? Semuanya harus sedia berubah. Walaupun pahit ditelan, ibarat penawar untuk bertambah baik dn sihat.