Selasa, 20 Januari 2009

Susahnya mengurus sekolah tanpa wang

Kini masuk minggu ke 3 sesi persekolahan 2009. Sekolah pada saya, takada waktu yang boleh dikatakan lega. Sepanjang masa sibuk. Yang lega tu kepada yang taknak bertindak. Macam2 kena buat, pendek kata, takwim sekolah tu, penuh dengan aktiviti dan program bagi memastikan sekolah dapat diuruskan dengan baik sebagaimana sepatutnya tanggungjawab kepada stake holder dan para pelanggan. Kalau nak buat lebih kurang, hasilnya lebih kuranglah.
Di SKTI, saya sangat optimis kita mempunyai kekuatan dan peluang untuk membangun dengan cemerlang. Semua guru dan staf sekolah mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri sesuai dengan bidang masing-masing. Cuma yang perlu sekarang adalah bertindak.
Apapun faktor kewangan adalah aset penting kepada usaha membangunkan sekolah. Tanpa wang, sangat sukar untuk menggerakkan pelbagai rancangan yang telah diatur dan hal-hal yang memerlukan tindakan segera. Apa yang hendak saya gambarkan di sini, betapa sekolah sangat memerlukan sumber kewangan seperti bayaran tambahan daripada ibu bapa. Sumber gran perkapita yang diberikan kepada sekolah oleh kerajaan hanyalah untuk menguruskan aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta sedikit untuk utiliti. Perkara2 lain, yang hendak dibuat di sekolah, memerlukan sokongan sumber PIBG atau membuat permohonan kepada unit pembangunan JPN. Namun apa yang berlaku, peruntukan yang disediakan selalunya tidak dapat memenuhi keperluan sekolah.
Dengan tiadanya pungutan yuran atau bayaran tambahan daripada murid (ibu bapa), sehingga kini, sekolah dalam keadaan RM0. Dengan kata lain, Kumpulan Wang SUWA ( Sumbangan Wang Awam ) dalam akaun sekolah adalah kosong. Sumber inilah selalunya digunakan untuk aktiviti murid-murid seperti Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah serta pertandingan2 permainan peringkat daerah dan sebagainya. Jadi bayangkanlah, bagaimana nak uruskan semua ini jika tiada sumber kewangan.
Harapan untuk mendapatkan sumber kewangan daripada ibu bapa (PIBG) menjelang bulan Jun nanti sebagaimana yang diarahkan oleh JPN dan KPM, rasanya seperti satu usaha 'abu nawas'. Masakan tidak, jika sekolah sudah berjalan hampir setengah tahun, siapa ibu bapa yang benar-benar bersedia membayarnya, kerana ibu bapa selalunya membuat persediaan awal ketika permulaan tahun baru dan sesi baru bermula. Sesuatu yang sangat mendukacitakan, ketika kami para Guru Besar bermesyuarat untuk menyusun program2 pada peringkat kumpulan dan daerah, seperti cerita dongeng kerana apa yang dirancang sukar untuk dilaksanakan kerana tiada sumber kewangan.
Di SKTI, saya sedang memikirkan bagaimana cara untuk memastikan kejohanan olahraga sekolah yang menelan belanja RM5,000 pada tahun 2008 dulu, dapat dilaksanakan dalam keadaan semasa kita ini tiada sedikitpun sumber. Menunggu janji KPM untuk memberi pendahuluan, nampaknya hanya tinggal janji.

5 ulasan:

Seri Suryati berkata...

memang sukar takde dana.
sekolah jadi beku lesu
sian anak bangsa kita
walaupun takde wang saya tetap jalankan latihan rumah sukan, sukan tara dan sukan tahunan akan dibuat pada pertengah bulan feb. untuk dptkan duit, saya mohon saki baki dari pibg. mohon juga dari YB. minta tajaan dari pembekal2 dan syarikat2 yg sekolah berurusan. Ambil dulu bayar kemudian. Murid perlu beraktiviti dan mereka sangat aktif. saya kesal kerana sebelum ini tidak pernah ada masalah dalam bab pungutan yuran di awal tahun...entahlah.

chehassan berkata...

Terima kasih seri jengok my blog. Sayapun buat juga, tapi perit rasanya, macam peminta sedekah. Ni la akibatnya jika politik menjadi keutamaan daripada keperluan pendidikan yang sebenar. Harapkan dapat pungut selepas Mei, rasanya jauh panggang dari api.

kembara kelana berkata...

kreatif? atau peminta sedekah? pesanlah pulak..jangan jadi manusia bertongkat tapi dana amat terhad, hajat pulak besar? bantu seolah atau nak buntukan sekolah? memperkasakan sekolah ke atau nak melemahkan sekolah...dalam sepuluh hari kempen sjkc kat trengganu dapat 35 juta. kalau nak dapat duit banyak tunggu piliharaya kecil sungai petani lah nampaknya. Takut pada komplen dari ibubapa yang kedekut nak bantu sekolah...habis semua program sekolah terjejas.. bagus lah tu bagus.. betul semua tu betul.. inilah dia ketuanan melayu yang mesti terus kita pertahankan. [ wah marah nampak..] yang makan cili saja yang terasa pedas..

mantan berkata...

Tak ada duit tak boleh nak beli.
Ada duit tak tau apa nak beli.
hehehehe...

Saya taulah & dpt rasa camne susahnya korang skrng ni...

chehassan berkata...

Tajuk ni sepatutnya diperbincangkan hangat seluruh negara.