Rabu, 28 Januari 2009

Anak-anak yang kusayangi

Aku sebenarnya bangga dikurniakan 8 orang cahaya mata. Rasanya hari ini tak banyak pasangan suami isteri yang punyai anak lebih drp 5. Tapi kami, alhamdulilah. Dikuniakan anak2 yang tiada cacat celanya. Paling membanggakan kehebatan dan keupayaan isteriku, tidak pernah sedikitpun punya masalah ketika mula berbadan dua dan sehinggalah bersalin. Dari anak pertama (NurNuaim), sehinggalah yang terakhir (NurIrsyad), semuanya selamat dan sihat walafiat. Hatta, rasa loya pun, tak pernah dirasainya. Jadi, aku tidak pernah dibebankan dengan isteri yang menyusahkan suami ketika mengandung. Aku juga tak pernah disuruh cari itu dan ini, kononnya mengidam. Segala-galanya berlalu dengan baik. Sehinggakan anak kami yang ke 5, (arwah) lahir terbujur kaku, kerana terlewat, pun bersalin dengan baik seperti biasa. Pada aku, sesungguhnya ini semua kehebatan yang dianugerahkan Allah kepada isteriku. Kehebatan ini aku cuba balas dengan kedangkalan dan kekuranganku cuba menjadi ayah yang baik kepada anak2 dan suami yang baik kepada isteri. Segala-galanya aku belajar urus sendiri, sejak mula anak-anak lahir sehinggakan aku rasa seperti pakar dalam menguruskan bayi yang kecil, masih kemerahan dengan kakinya sebesar 2 jari itu. Aku tidak sedikitpun kekot menguruskan hal-ahal berkaitan penjagaan isteri selepas bersalin dan anak kecil yang masih dalam pantang ini. Sememangnya taklah rumit sangat, kerana aku sudah biasa dengan tugas2 memasak dan sebagainya. Kebolehan aku yang sedikit ini dan kekuatan isteriku yang jarang dimiliki wanita lain ini, seperti akan memberikan kelebihan kepada anak2ku ketika mereka membesar dan meningkat dewasa. Harapanku, semoga kebolehan dan kekuatan ibu dan ayahnya ini diwarisi dengan baik atau mungkin lebih baik mengikut zamannya.

Hari ini, anak2ku mula membesar dan meningkat dewasa. Yang sulung sudah 23th dan yang bongsu 6 tahun. Apapun yang berlaku hari ini, aku masih rasakan aku lebih bertuah daripada orang lain kerana dikurniakan ramai anak. Sekurang-kurangnya, aku sudah ada 5 anak lelaki yang bakal mengusung jasadku ke pusara satu masa nanti. Tetapi, kadang-kadang aku cuba merenung, mungkin orang lain yang hanya punyai 2 atau 3 anak lebih baik dan bahagia daripada aku dan keluarga. Mereka tidak perlu menghadapi pelbagai kerenah anak2 yang menekan jiwa. Kehidupan dan kebahagiaan ketika anak2 masih kecil sudah semakin hilang. Peluang untuk memeluk, membelai dan mencium mereka sudah tidak ada lagi. Terasa benar diri semakin dimamah usia. Dan yang paling membuatkan hati tidak keruan, bila kata-kata dan nasihat kita ini sudah tidak bernilai lagi. Terlalu sukar untuk memberikan kefahaman bahawa kedua ibu bapa terlalu sayangkan mereka dan berharap kehidupan yang bahagia.

Semoga anak-anakku dirahmati Allah.

7 ulasan:

yusofsipan berkata...

Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan rezeki anak ramai kpd Che Hassan. Saya pun begitu jugak, alhamdulillah! Saya ada 7 + 2 orang anak.... Semoga kehidupan Che Hassan sekeluarga bertambah2 kebahagiaan!

0p QaIyUm berkata...

assalamualaikum cikgu..
doakan saya..
hahaha.. mmg x sgka leh jmpa blog cikgu nie..
leh bg emel x cikgu??

Puteri Azizul berkata...

Apa-apa pun aku amat bersyukur dapat teman yang setia sepanjang hayat walaupun kekadang ada ketikanya timbul masalah yang tak dijangka.

Alhamdulilah syukur kepada IIlahi.......Amin.

yusofsipan berkata...

masalah dlm rumahtangga tuh biase ler puteri, kata orang sedangkan lidah lagi tergigit kan.... yg penting suami-isteri perlu ada perasaan kasih sayang yg mendalam, hormat-menghormati, persefahaman dan tolakansur....eh aku ni mcm perunding keluarga bahagia ler pulak!!!

- sekadar ingatan dan utk diri sendiri jugak.

chehassan berkata...

Terima kasih cikgu yusof. Cgu Usop lebih hebat daripada saya sebab ada +2 tu.

kembara kelana berkata...

hassan
aku mintak maaf sebab jarang ke internet sekarang, laptop aku telah aku talkinkan, susah jugak aku nak tenangkan jiwa aku bila tak ke blog ni. terima kasih kerana kau masih sudi bertanya khabar kat aku, aku tak lupa ..aku cuma sepi kerana situasi keliling aku..harap kau faham

IMANSHAH berkata...

Anak2 adalah anugerah tidak ternilai.Moga anak yang soleh akan sentiasa mendoakan tuan dan isteri untuk kebahagiaan di akhirat kelak!!insyaallah