Selasa, 30 Disember 2008

Persiapan terakhir

Persiapan terakhir untuk sesi persekolahan 2009 siap hampir sepenuhnya. Alhamdulilah, berkat kerjasama semua guru dan staf permulaan 2009 pastinya menjanjikan yang terbaik. Takwim Sekolah bulan Disember 2008 dan Pelan Tindakan Buka Sekolah 2009 yang diedarkan kepada semua guru dan staf sebelum sekolah bercuti, banyak membantu. Secara praktikal dan psikologinya semua guru telah bersedia awal walaupun mereka sedang bercuti. Bermula 21 Dis 2008, semua guru sudah mula kembali ke sekolah dengan Mesyuarat Guru 1/2009 mendahului semua senarai pelan tindakan buka sekolah 2009.

Sehingga hari ini, 30 Dis 2009, alhamdulilah, mesyuarat kurikulum, mesyuarat HEM dan Mesyuarat Kokurikulum telahpun selesai. LDP (Bengkel menyediakan Headcount 2009) juga telah dibuat. Pagi tadi semua guru hadir menjalankan gotong-royong membersih kelas dan keceriaan sekolah. Hari ini juga aku mengambil kesempatan mengadakan menyuarat pengurusan sekolah dan memberi taklimat persiapan terakhir untuk hari pertama persekolahan (4 Jan 2009) dan tahun 2009 seluruhnya. Terima kasih, syabas dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penolong kanan dan guru yang tidak merungut dan bersedia menghadapi perancangan sekolah yang bakal ditempuh. Setakat ini saya sangat berpuas hati dan merasa bangga dengan komitmen yang ditunjukkan guru-guru. Harapan saya, semoga permulaan yang baik akan membuahkan hasil yang baik nanti. InsyaAllah.

Selasai di sekolah, di sebelah petangnya saya menghadiri taklimat khas dengan PPD berkaitan persediaan buka sekolah. Wpun minggu lepas telah dibuat, saya merasakan seperti PPD tidak begitu yakin apa yang telah dibuat oleh guru besar dan pengetua. Perasaan bimbang dan takut timbulnya pelbagai isu pada hari pertama seperi satu fobia kepada para pemimpin pendidikan. Heran juga, mengapa jadi begini. Isu pungutan bayaran, sehingga saat ini tiada siapa berani bertanggungjawab. Begitu takutnya kepada komplen drp hanya segelintir ibu bapa yang tidak faham atau sengaja mencari publisiti murah yang boleh dianggap kes terpencil. Maka terpinga-pingalah guru besar dan pengetua menunggu sehingga bulan mei atau jun, untuk memohon bayaran drp ibu bapa setelah diluluskan di dalam mesyuarat agung PIBG. Itupun jika disokong oleh semua ahli yang hadir. Bayangkanlah kekuatan yang perlu ada oleh guru besar dan pengetua ketika membentangkan perancangan kewangan untuk dikutip daripada ibu bapa, pastinya akan mendapat respon yang pelbagai bergantung kepada kewibawaan guru besar/pengetua dan pengerusi pibg. Ini bermakna, jika semua ahli tidak bersetuju dengan cadangan gb/pengetua untuk sekolah memungut bayaran, maknanya tidakakan ada apa-apa bayaran yang boleh dipungut drp ibu bapa.

Apa maknanya ini semua, siapa yang lebih berkuasa dalam pendidikan di negara kita? Siapa pembuat dan penentu dasar sebenarnya? Apa yang saya faham, berjuanglah gb/pengetua dengan cara tersendiri untuk membangunkan sekolahnya. Pada hemat saya, rakan2 gb/pengetua seharusnya berani menghadapi semua ini dengan cara yang profesional. Menurut buku manual pengurusan PIBG, GB/Pengetua sebagai penasihat berhak mencadangkan kepada pendaftar sekolah untuk membubarkan PIBG, seandainya PIBG tidak memberi apa-apa manfaat kepada sekolah.

3 ulasan:

kembara kelana berkata...

tiada perubahan jika pemimpin masih berkekalan dengan sistem feudal. Apa yang citer tu..salah satu kaedah dalam sistem feudal lah tu... betul san..wa sokong pendapat lu dalam entri ni..syabas

mantan berkata...

Chehassan,
Walaupun, entri kali ini difokuskan kepad "persiapan terakhir", tapi amat menarik pendapat che di bahagian akhir posting itu.

Barangkali mana-mana bahgian entri itu dapat dikaitkan dengan fikiran saya ini:

Jika kita pernah belajar tentang ilmu falsafah, ahli-ahli falsafah terkemuka menyarankan beberapa cara bagi kita dapat mencari, memberi dan menerima pendapat/ jawapan/ pemikiran.

Ahli falsafah bekerja dengan ilmu dan minda. Saranannya: Jika ada sesuatu yang mahu "diselesaikan", caranya ialah "tanya soalan sehingga tiada lagi soalan yang boleh ditanya"tentangnya. Ini kerja minda. (Memang ahli falsafah bekerja dengan minda). Nanti kta akan mendapat jawapan yang benar (bukan yang betul)sepenuhnya. (Bagi ahli falsafah, "benar" dan "betul" itu jauh bezanya.

Jika kita kemukakann semua soalan berkaitan dengan apa sahaja, misalnya, 'tugas dan tanggungjawab' kita (hingga kita kehabisn soalan tentangnya), akhirnya nanti kita akan ketemui jawapannya yang "benar" bahawa: (misalnya: kita bukan bertugas dan bertanggungjawab kepada manusia, tetapi kepada yang mencipta manusia).

Agak sukar difahami? Sebenarnya kerja minda (jika bekerja dengan benar) lebih sukar difahami jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang lain.


Chehassan, selamat bertugas dan menghadapi cabaran.

chehassan berkata...

Terima kasih kelana dan simantanguru. Bagi saya, ini bukanlah cabaran yang sebenar dalam usaha saya membangunkan sekolah. Cabaran hanya di dalam diri saya,kerana pelbagai ilmu telah dituntut, sepatutnya saya sentiasa boleh melepasi halangan. Sebagaimana kata simantangurum kita bertanggungjawab kepada pencipta manusia.