Sabtu, 20 Disember 2008

Berkat keuntungan

Tahniah, Pn. Halifah kerana ada blog. Macam Tengku juga, akupun malas nak update blog. Mcm2 tergerak di hati, macm kata ayahku, prasangka. Tapi, aku suka merayau2 membaca blog2 yang boleh masuk. Banyak maklumat yang baik yang diperolehi. Yang lebih baiknya, ia tak macam kita baca surat khabar kerana penulisnya ikhlas takda niat koner2 ikut telunjuk kuasa di belakang. Blog faris, blog semantanguru dan blog taifor pada aku paling menarik minat. Mungkin mereka ni banyak maklumat dan idea untuk dikongsikan. Walaupun blog seperti catatan diari, tapi adakalanya ia banyak memberi pengajaran kepada pembaca.

Kali ini aku ingin berkongsi dengan rakan2 pengalaman setiap kali aku pulang ke kampung di Kelantan. Selapas tamatnya banjir minggu lalu, aku membawa anak-anak balik kg. Macm biasa bila cuti sekolah. Anak2 aku seronok sekali bila berkunjung ke kelantan. Mungkin mereka dapat bersama-sama dengan sepupu2 dan kaum keluarga sebelah aku yang jarang2 ditemui. Yang paling menariknya ialah cerita pasal makan. Bukan makan di rumah, tapi makan di luar. Sebut pasal makan ni, umum tahu, negeri kelantan terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang pelik2 dan sedap2. Kalau 2 /3 hari balik kelantan tu, tak masak pun takpa, kerana banyak pilihan yang tidak menjemukan. Yang mengkagumkan aku (bukan kerana aku anak kelantan) ialah pasal harga. Aku sudah 8 tahun bermastautin di kedah, jadi bila aku buat perbandingan harga rasanya makanan di kelantan jauh lebih murah. Nasi berlauk seketul ayam boleh dibeli dengan harga cuma RM1.50, kalau di kedah 3.00 atau 3.50. Aku heran juga, kerana bila aku servey di pasar harga ayam di kelantan (rm6.50 sekilo) jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga di kedah sekitar 5.50 sekilo. Jadi di mana silapnya. Ketika aku berbual-bual dengan adikku tentang harga barang2 makan di kelantan ni, dia menceritaka seorang makcik yang hanya membuka kedai runcit kecil2lan sahaja dapat membeli sebuah Honda Accord baru. Jauh di sudut hati aku, inilah yang dikatakan berkat. Berniaga mencari keberkatan bukan mencari untung semata-mata. Sebab tu kita lihat ramai 'orang kita' yang berniaga sudah berpuluh tahun, dok macam tu juga. Mungkin tiada keberkatannya.

11 ulasan:

mantan berkata...

chehassan,
Berniaga makanan (yang menjadi darahdaging)kalau niatnya semata-mata hendak mengaut seberapa banyak untung (cekik darah - kata orang), itu yang tak berkat.

Ada orang yang berniaga makanan, bukan memikirkan untung sahaja, tetapi beserta niat yang jujur, ikhlas, sedekah dan berkhidmat - inilah yang berkat.

Falsafah peniaga ni berbeza-beza.
Ada yang kata "Biar untung banyak, tak habis tak apa"
Ada juga yang kata "Biar ramai pembeli, banyaklah barang laku".

kembara kelana berkata...

che hasse
steady mu se steady..kau semakin rajin ber blogging..teruskan..aku agak sibuk sikit urus family.jumpa mac nanti ..

yusofsipan berkata...

keberkatan lebih utama.....

chehassan berkata...

Terima kasih atas komen anda semua. Pada saya, apapun yang dilakukan rakyat Malaysia semuanya daripada asas pendidikan. Jadi sebagai guru, fikirkanlah.

chehassan berkata...

Terima kasih atas komen anda semua. Pada saya, apapun yang dilakukan rakyat Malaysia semuanya daripada asas pendidikan. Jadi sebagai guru, fikirkanlah.

kunan berkata...

Pada saya, setiap peniaga atau bukan peniaga hendaklah sentiasa berada di aras "Sederhana". Sederhana dalam mencari keuntungan. Jika jual terlalu murah akan memberi kerugian atau untung yang amat sedikit yang boleh menyebabkan kita tidak seronok dengan bidang perniagaan atau keusahawanan. Jika jual terlalu mahal, dikatakan cekik darah, boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati atau seumpamanya.

Marilah para usahawan atau peniaga mengambil pendekatan "Kesederhanaan" dalam semua hal (kata Prof.Hamka)semoga kita sentiasa dalam keamanan dan ketenangan.

Ayah Ngah berkata...

You may have seen Ayah Ngah making comments in the blogs run by Ayahku and Serisuryati, all in the teaching profession like you. Despite not being a teacher by profession I am extremely intrested in education. You have been promoted to Guru Besar recently. I congratulate you.

I would have preferred to contact you privately but I have failed to find your e-mail address. There are certain issues on education that I wish to discuss with young and up-and-coming teachers. You seem to be one. Perhaps, in time, I would have the opportunity to write to you direct.

Meanwhile I have selected this particular entry of yours, berkat keuntungan, as a means to reach you. The essense of ‘berkat keuntungan’ is very close to my heart. I have all along tried to present my views that what we do with a sense of integrity and compassion will be ‘berkat’ the rewards for which may not be visible unless we sit back and ponder.

I believe you have put your heart into teaching not simply for the salary and the promotion. There are others I know who would do anything for a promotion. But there is no ‘berkat’ in that achievement. Reading your postings, I am of the opinion that you truly deserve the current promotion. I would like to think that you have at heart the welfare of your pupils, their future being uppermost. You must have known it too well what our Prophet said of the three acts which will continue to earn rewards after death. One of the three is ‘’… ilmun yuntafau bihi…” - knowledge (education) which will be of benefit to the learner. A teacher has this, on condition he does not regard his work purely for money, promotion and the prestige that goes with it.

Atah Ngah

Ayah Ngah berkata...

Regret for the error in the above comment. It should NOT be Atah Ngah but Ayah Ngah

Seri Suryati berkata...

ayah ngah,
do you have your own blog?
sure I'll be the first to visit your page.
seems that you are an educated person. Analysing your words and phrase...you're more to fatherhood , guiding the young teachers, wide thinking, high level opinion in critising and amazing experience too. Your English is so powerful and i really like it. Please dont write in Bahasa Melayu. Keep commenting in English...Good Night.

chehassan berkata...

Terima kasih Ayah Ngah atas komen yang sangat baik. E-mail saya azi_che@yahoo.com.my atau gurubesarsktunkuismail@gmail.com. Saya sedia menerima apa saja komen dan maklumat dari anda.

Al-Manar berkata...

Cik Gu
It does not matter about the handicap you have in English. For that matter I dread having to write in BM. I hope you can understand what I mean to say. That is all that matters.
I have several issues that I very much like to discuss with you. It is difficult to do it in an open channel like this blog. I tried to send e-mail to your address but something is wrong. Your e-mail contact rejects my message. The same thing happens when I tried Seri Suryati.
Perhaps you care to contact me on almanar@pd.jaring.my .
If your school has e-mail address I can direct my messages there. As a last resort a telephone number will enable me to get in touch with you.
Selamat tahun baru.
Ayah Ngah