Selasa, 23 Disember 2008

Keterujaan menghadapi sesi persekolahan 2009

Sudah enam bulan aku bertugas sebagai GB di SK Tunku Ismail Sg. Petani, Kedah. Ketika melapor diri, 6 bulan yang lalu dan kini memahami SWOT analisis sekolah ini, aku rasakan terlalu banyak yang perlu aku perbetulkan, membuat penambahbaikan dan perubahan. Dengan sejarah dan latar belakang sekolah yang satu ketika dulu antara sekolah terbaik di daerah ini, aku sangat yakin sekolah ini boleh menjadi antara sekolah cemerlang dan terbaik. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada dalam bidang kepimpinan, aku telah membuat pelan tindakan strategik yang rapi dan penuh berhati-hati. Alhamdulilah dengan pengalaman ( 3 tahun sebagai penyelia petang, 3 tahun sebagai PKKO, 3 tahun sebagai PKHEM, 3 tahun sebagai PK1, 2 th sebagai GB SKM, Beberapa bulan di EPRD) dan sudah lebih 5 th sebagai GB, (di 5 buah sekolah) rasanya, ini semua cukup banyak membantu. Memang betul, dari pengalaman mengurus dan memimpin sekolah, jika kita sebagai GB pernah menjawat jawatan semua PK, kita tidak banyak masalah menyelesaikan apa saja isu yang timbul dan kita mampu memberi bimbingan kepada PK dan semua guru. Guru dan PK sentiasa ingin melihat dan mengharap kita (GB) lebih baik daripada mereka. Kalau tidak, macam2 isu yang timbul. Perasaan hormat (respect) dan akur tidak akan wujud di kalangan guru. Dengan kata lain, semua yang kita cakap, rancang dan nak buat, memang kita boleh buat dan kita pernah buat. Kita buat bukan sekadar ada, tetapi buat yang terbaik.

Hari Ahad (21 Dec) yang lalu, sekolah aku dah mesyuarat Guru 1/2009. Hari ni (23 Dec) mesyuarat JK Kurikulum 1/2009, esok, 24 Dec, Bengkel Penyediaan Headcount Sekolah sehinggalah hari pertama persekolahan, 4 Jan nanti, kami sudah mula bekerja. Pelan tindakan awal buka sekolah 2009 telah diedarkan kepada semua guru sebelum sekolah bercuti. Semua pelan tindakan strategik sekolah 2009 telahpun siap. Yang tinggal hanyalah Pelan Taktikal yang akan dibuat di dalam mesyuarat Panitia pada minggu pertama persekolahan. Antara fokus pelan strategik sek pada tahun ini ialah, pembangunan kecemerlangan kurikulum, pembangunan pengurusan HEM dan KOKO, E-pentadbiran, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Pengurusan Prestasi.

Alhamdulilah, daripada msg yang aku terima daripada guru-guru, mereka juga teruja dengan perubahan yang bakal dibuat dan dihadapi. Aku tidak ada guru yang dalam kategori bermasalah. Jadi tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada perancangan yang telah dibuat. InsyaAllah.

11 ulasan:

kunan berkata...

Demo memang hebat San..melalui penulisan demo tu, kawe dapat perhatikan bahawa demo menguasai atau kata lain "trampil" terhadap bidang jawatan yang demo sandang itu.

Kalu kawe jadi GB nanti, kawe banyak nak belajar dengan demo.

mantan berkata...

Chehassan.

Pengalaman banyak tu. Itu memang amat diperlukan. Pelbagai jawatan pernah disandang. Ini memang banyak membantu. Kursus dan pengajian pun ada. Saya percaya tentu lebih mudah untuk menjalankan tugas.

Saya juga percaya Chehasaan akan membawa SKTI ke tahap yang lebih cemerlang. Anak buah kena bagi sokongan. Bukan mudah untuk menangani perubahan. Berubah mesti tetap berubah.

Saya pernah beberapa kali bertukar ke beberapa sekolah ketika menjadi pengetua. Setiap sekolah baru yang kita jejaki, pasti kita temui enviroment yang berbeza. Keadaan ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya. Dengan usaha yang gigih dan niat yang ikhlas untuk berjaya, pastinya kita tidaka akan kecewa.

Semakin gigih usaha,semakin banyak cabarannya. Tetapi di mana ada kemahuan, pasti ada jalannya.

chehassan berkata...

Terima Ayahku dan Cikgu Wahab. Alhamdulilah setakat ini diberi kekuatan, kelebihan dan peluang, belajar dan mengamalkan yang terbaik. Saya beruntung kerana saya selalu dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah yang amat memerlukan perubahan. Dalam usaha berubah pastinya perlu ada keberanian, kesungguhan dan keikhlasan dicampur dengan sedikit bakat dan sedangkal ilmu yang ada. InsyaAllah.

Seri Suryati berkata...

pengalaman tidak boleh dibeli sebaliknya harus dilalui...
lagi banyak pengalaman lagi matang pemikiran maka banyaklah idea-idea inovasi dan perubahan ke arah kebaikan yang boleh dilaksana di sekolah.
setakat yang saya dah lihat rata-rata Guru Besar laluan PPGB UPSi memang punya kesedaran dan wawasan tersendiri di sekolah...contohnya che hassan sendiri....teruskan dgn pemikiran ke arah mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Cikgu Saupi dari Kumpulan B juga digeruni kerana ketegasannya memperbetulkan keadaan2 yang pincang di sekolah terutama sikap acuh tak acuh guru terhadap p&p dan lewat masuk kelas. Cikgu Anjalay yang punyai keberanian membuat sesuatu yang baru yang disenangi murid dan penjaganya, merealisasikan Hari Anugerah Cemerlang di Island Resort, Hari Kanak2 yg gemilang, Cikgu Zubaidah dengan halatuju bernas nya membimbing guru-guru..Cikgu Yusof dengan kemantapan Perancangan Strategiknya.....Cikgu Low dengan kepimpinannya yang disenangi ibubapa....dan banyak lagi...bila kita sering keep in touch maka banyak cerita kita dapat kongsi bersama dalam usaha mengemudi dan mengepalai sekolah...GB sebagai pemimpin dan pengurus....cuma aku jer yang belum pernah jadi GB...Gentar...Tabik kepada semua Guru Besar yang berkaki lebar..eh silap. Berkaliber. Teruskan khidmat bakti mu Che Hassan. Tugas guru adalah satu tanggungjawab dan ibadah mulia asal kita laksana ia dgn tulus dan ikhlas.

kembara kelana berkata...

aku lihat dari sudut lain. sudut yang agak kritikal dan bukan suka ampu bodek kau..
mu hasse sebenonya pemimpin idea. Idea mu memang banyak...macam macma kau cetuskan ..idea memang mudah...just baca dan lihat sana sini adapulak ilmu sikit sikit..maka banyaklah idea muncul..macam pagawai kanan KPM pergi USA macam macam idea dibawa balik , buat itu buat ini...last2 sekali idea dari USA yang menjadi ialah bas warna kuning..sedang duit kerajaan habis beribu ribu...mu juga pemimpin kemanusiaan..rasa kemanusiaan kau juga cukup tinggi..kau simpati, kau pandai memujuk kau pandai menggoda, probok dan pandai ambil hati, ketrampilan berpakaian, murah hati belanja pegawai PPD, JPN dll...tapi kau kena ingat sebagai pemimpin , kau tidak cukup dengan dua perkara ini. kau masih memerlukan dua lagi. iaitu kau perlu mengambil tindakan dan bersama dalam proses. tindakan kau selalu lambat..[last minute]banyak buktinya..kau sendiri maklum..sebab kau anggap ni semua kerja orang lain..bukan kerja kau..ni kerja GPK, Kerani dll dan dalam sesuatu proses, kau selalu kau gunakan kaedah taici, kau kurang turut serta..dan lebih kepada pemantau..walhal tidak salah kau sama sama turun padang, kalau kau turut serta kau akan cuba dominan dan susah akur kepada idea orang lain..sebab kau rasa idea dan pengalaman kau lebih dan strong dari orang lain. Maaf kalau aku agak kritikal. Tetapi dari persepsi aku , peratus kepimpinan kau adalah seperti berikut...idea 90%..kemanusiaan kau 80%,proses kau 30% dan tindakan kau 20% Ingat ini satu hipotesis...kalau kau nak tau kebenaran? sila buat kajian. kajian inilah aku gunakan dalam projek 3. Kau boleh ambil instrument kajian itu dan berikan kepada staff kau...menilai kepimpinan kau liaht dapatannya untuk lebih sahih kau suruh seorang outsider buat kajian semasa kau tak ada di sekolah..supaya staf kau lebih bebas dan telus. Bila semua dah tanda jawapan dalam SS itu kau yang buat dapatannya..nanti kau akan lihat adakah hipotesis aku betul atau tidak? aku tidak suka kau terus merasa bangga tak keruan tanpa melihat kebenaran. [ aku juga nak tau hasil kajian tu ] Ingat..jangan salah faham..pendapat ini agak kritikal harap kau buka minda...seluas open school yang kau cadangkan tu. Jangan Hanya retorik. Hanya kawan baik yang maukan kawan nya menhjadi lebih baik

chehassan berkata...

Sop,terima kasih atas keikhlasan hang. Aku rasa walaupun 3 tahun kita bersama,tapi rupanya hang belum 'mengenali' aku. Takpalah, sekurang-kurangnya hipotesis hang itu memberi banyak makna buat aku.

mantan berkata...

Chehassan,
Setiap yang dirancang akan bermula dripada cetusan idea. Jika kita ada ilmu yang mendalam berkaitan dengan apa yang kita ingin lakukan,jangan bimbang idea kita akan tersasar.

Ada pelbagai cara dan strategi kita melaksanakan sesuatu walaupun matalamatnya sama. Orang profesional (pastinya berilmu) tidak akan mudah mengatakan bahawa cara dan strategi orang lain (yang profesional dan juga berilmu) sebagai silap atau tidak sesuai atau salah. Orang profesional tidak akan mudah menyatakan bahawa caranya lebih baik daripada cara orang lain.

Sebagai orang profesional yang ingin berjaya, jika melalui keadaan ini (dalam proses mencapai kejayaan):
1. anggaplah ia sebagai satu cabaran.
2. perluas dan mantapkan ilmu berkaitan kaedah, stratedi dan sebagainya berkaitan dengan apa yang akan kita laksanakan.
3. Tidak semestinya kita menggunakan strategi orang lain untuk berjaya.
4. Persekitaran yang berbeza memerlukan strategi yang berbeza.
5. Pemimpin ialah manusia. Manusia berbeza-beza. Oleh sebab itu kepemimpinan berbeza-beza.Kesesuaiannya bergantung kepada banyak faktornya. Oleh sebab itulah terdapat pemimpin yang berbeza.
6. Apabila menggunakan soalselidik, pastikan data dan analisisnya mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan data. Jika tidak, hipotesis tidak akan terbukti benar salahnya.

kembara kelana berkata...

che hasan
aku harap kau positif...aku cuma kata pemerhatian dan andaian..mencetuskan hipotesis..so jangan kuatir.. apasalah kita buat kajian tentang diri kita..sebelum kita meneroka kajian pada orang lain.. jika kajian menunjukkan hipotesis aku tidak benar.. maka aku akan tarik balik pemerhatian dan andaian aku itu.. tapi mesti profesional macam kau selalu katakan. barulah jelas dan ikhlas.. aku kenal kau..kau memang berbakat dan berpotensi. tetapi mampukan menerima fikiran kritikal? mahukah kau sentiasa di lambung puji dan puja? ingat ..wa caya sama lu.

chehassan berkata...

Terima usop dan cikgu wahab. Pandangan dan sumbangsaran anda bernas sekali. InsyaAllah akan saya jadikan panduan.

kembara kelana berkata...

dalam kajian yang telah di jalankan, orang timur tidak suka feedback negatif, suka pada puji..sebab itu kita selalu bermasalah jika kita ingin betulkan keadaan dalam mesyuarat. pemimpin suka pada puji ..dah tradisi begitu, jadi budaya. Kalau kita kritikal pada pendapat pemimpin, pemimpin akan memandang serong dan chop di dahi kita ' penderhaka' 'bahaya' ' samseng' brutal dll label...hingga kadang kala..mereka lupa bagaimana kritikalnya para sahabat memberi pendapat..kepada baginda nabi..sila baca...medan peperangan uhud dari idea siapa? maaf se..aku menyentuh perasaan kau dalam komen terdahulu..tiada niat melukakan... dalam kelas pun kita selalu berdebat dalam isu yang dibangkitkan..kalau kita berdua membuka gelanggang silat...siaplah..habis masa kuliah

chehassan berkata...

Terima kasih sop aku terima dan setuju dgn pendapat hang. Aku tak kecil hati, bahkan bangga penulisan aku banyak komen yang menarik drp kwn2. Banyak manfaatnya. Ada kesempatan hang singgah di sek aku. Jangan bimbang sop, aku ok dan akan terus berbloger. Dan aku pun baru belajar,banyak lagi yang aku akan belajar dari hang. Harap hang tak fedup dengan aku yang akan sentiasa merujuk dan bertanya hang.